D’rawa senikayu

  • Home
  • D’rawa senikayu

D’rawa senikayu Sedia menerima tempahan ukiran kayu dan kerawang
Menjual perabut kayu,penel kayu khat ukir,dan lain2

2 ukiran kayu untuk dijual...Saiz 2 kaki x 4 kakiKayu chengal freme kayu seraya(ukiran timbul emas)Kayu tropikal jointer...
19/04/2023

2 ukiran kayu untuk dijual...

Saiz 2 kaki x 4 kaki
Kayu chengal freme kayu seraya(ukiran timbul emas)
Kayu tropikal jointer finger freme seraya(ukran warna warni)
Free COD area kuala Terengganu/Marang
Harge raya insyaallah...
Berminat boleh pm wassp dibwah

http://www.wasap.my/60105750358/khat

16/08/2022

Ukiran kayu separuh tembus...panel pintu berukir...

Tekan link ini untuk full video

https://youtu.be/nkQqieHCR1A

Terima kasih...

16/01/2022
"Buah Butong"Buah butong merupakan identiti warisan senibina melayu di negeri Terengganu..di perbuat daripada kayu, iany...
21/10/2019

"Buah Butong"

Buah butong merupakan identiti warisan senibina melayu di negeri Terengganu..di perbuat daripada kayu, ianya digunakan sejak dahulu hinggalah kini. Pemasangannya menyerlahkan lagi keindahan & keanggunan senibina.

Rumah-rumah tradisional , lama di Terengganu banyak menggunakan buah butong berbentuk bulat yang lebih rumit pembuatannya kerana memerlukan kemahiran melarik yang tinggi.Terdapat juga buah butong yang berbentuk segi 4 sama.Dari segi pembuatan, ianya lebih mudah.

Kini, buah butong juga banyak dipasang pada bangunan-bangunan agensi kerajaan & swasta. Ianya juga diminati oleh individu persendirian yang memasang buah butong dalam pembinaan kediaman mereka.

Jika anda berkunjung ke Terengganu, pasti anda akan dapat melihat buah butong menghiasi senibina bangunan-bangunan utama seperti Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kompleks Pasar Payang, pusat peranginan, chalet, masjid masjid lama, makam, wakaf, pondok, menara kawalan pantai, papan tanda, pondok perhentian & di rumah-rumah milik orang perseorangan.

Dihasilkan dalam beberapa ukuran namun yang biasa digunakan adalah berukuran 2"x 2" , 3"x 3", 4"x 4",
5"x 5", 6"x 6" (ukuran merujuk pada lebar tiang buah butong).
Ianya juga boleh ditempah mengikut saiz yang dikehendaki (custom size).

Jenis kayu yang pop**ar digunakan sebagai buah butong adalah dari spesis chengal ,seraya & tengkawang,spesis kayu ini adalah dari jenis yang tahan cuaca kerana, pemasangannya di puncak bumbung yang pasti terdedah pada cuaca.

sumber :
Mohd Rusdi Mamat
B.Sc (Hons) Construction Management

KERIS MALA.YA BERTARAF DAMASCUS STEEL 1901 ANTARA TEKNOLOGI BESI PALING TAJAM DAN PALING KUAT DAN TAHAN RETAK ATAU SUMBI...
20/06/2019

KERIS MALA.YA BERTARAF DAMASCUS STEEL 1901 ANTARA TEKNOLOGI BESI PALING TAJAM DAN PALING KUAT DAN TAHAN RETAK ATAU SUMBING//
February 12 1901 di serahkan kepada walter skeat di uji di University Cambridge Engeenering...

Alhamdulillah....mlam raya pom kite gi pasang...semoga tuan nye berpuas hati...
05/06/2019

Alhamdulillah....mlam raya pom kite gi pasang...semoga tuan nye berpuas hati...

Selamat hari kepada semua peminat2 seni kayu semua......dan salam maaf andai ade terkasar bahasa tersilap bicara dalam s...
04/06/2019

Selamat hari kepada semua peminat2 seni kayu semua......dan salam maaf andai ade terkasar bahasa tersilap bicara dalam semua urusan... semoga allah menerima amalan2 kita semua....amin yaa rabb...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK...kepada umat muslim khusus nya di malaysia ini...SEMOGA RAMADAN TAHUN INI LE...
05/05/2019

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK...kepada umat muslim khusus nya di malaysia ini...SEMOGA RAMADAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN2 YANG LALU....AMIN....

UNTUK TATAPAN PENCINTA SENIBINA MELAYU.Rumah-rumah tradisional Melayu telah diwarisi  semenjak beratus tahun yang lalu. ...
30/03/2019

UNTUK TATAPAN PENCINTA SENIBINA MELAYU.

Rumah-rumah tradisional Melayu telah diwarisi semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya dan bentuk Rumah Tradisional Melayu dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam persekitaran dan iklim.
Iklim adalah perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina Rumah Tradisional Melayu.

Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan berpanggung atau bertiang. Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana memberi laluan atau pengedaran udara.Rumah Tradisional Melayu yang bertiang dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir.

Bentuk bumbung yang curam yang dipanggil “lipat kajang” dapat memudahkan curahan air hujan. Lantai dan dinding rumah yang diperbuat daripada anyaman peluhan adalah untuk memudahkan pengedaran udara dan untuk mengurangkam rasa bahang panas.
Rumah Tradisional Melayu yang awal yang digunakan oleh Melayu dipanggil “dangau” atau “teratak”. Bentuk rumah tradisi ini adalah ringkas. Pada masa dahulu, tiang Rumah Tradisional Melayu adalah bulat dan diperbuat daripada anak-anak pokok kayu. Seluruh rumah diperbuat daripada kayu dan bumbungnya daripada atap nipah atau rumbia.

Bentuk Rumah Tradisional Melayu ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Tetapi bentuk asas iaitu bertiang dan berlantai tinggi dari tanah masih dikekalkan. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, atap nipah, atap rumbia, atap bertam, buluh berayam, pelupuh, kayu buluh atau batang nibung, telah digantikan dengan bahan-bahan lain seperti zing dan genting untuk bumbung dan simen serta batu bata.

Bentuk rumah tradisional adalah berbeza bagi setiap negeri. Rumah-rumah ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan dievolusi menjadi Rumah “Limas”.

Untuk mengenali lebih lanjut mengenai peranan dan fungsi tertentu senibina melayu, kita nantikan penghasilan Buku dari pengkaji Seni Bina Melayu saudara Khairul Anuar yang giat mengumpul material lengkap dan berfakta.

sumber bergambar:
Dari buku Lim Jee Yuan (Author of The Malay House)

ARCHITECTURE RUMAH MELAYU LAMA YANG ANDA PERLU TAHU.. Saya rasa orang Melayu dulu cukup genius. Bahkan, pensyarah saya p...
13/02/2019

ARCHITECTURE RUMAH MELAYU LAMA YANG ANDA PERLU TAHU..

Saya rasa orang Melayu dulu cukup genius. Bahkan, pensyarah saya pun cakap Rumah Melayu dinobatkan antara architecture terbaik di dunia. Wow tak wow.

Jadi, disebabkan saya sangat s**a dengan Rumah Melayu, izikan saya berkongsi sedikit ilmu. Kalau ada yang kurang, mohon tambah ya.

LALUAN ANGIN.

Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam, pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.

Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung p**a kebiasaannya berlapis. Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.

Kenapa?

Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.

PINTU MASUK LELAKI LAIN, PEREMPUAN LAIN.

Masa saya kecil-kecil dulu, bila ikut Mak pergi kenduri di kampung, orang perempuan mesti masuk ikut pintu tengah atau pintu dapur. Saya jadi pelik. Macam tak adillah, sebab ayah masuk ikut pintu depan.

Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.

Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan p**a bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.

RUMAH TINGGI.

Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.

Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat kawal mata, mau kita skodeng rumah orang lain. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.

Selain itu, nak elak binatang buas atau liar masuk ke dalam rumah dan juga faktor iklim kita iaitu musim hujan yang kadang-kalanya menyebabkan banjir.

Lagipun, ruang bawah rumah boleh dijadikan tempat simpanan barang. Macam stor.

KIBLAT LURUS.

Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.

Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.

Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.

Ini sajalah yang saya boleh share. Jenuh jugalah nak ingat kembali apa yang saya study dulu. Dengan harapan, dah tua nanti merasa duduk kampung ada kebun.

Manalah tahu kan.

Nazia Suhaimi
Belajar architecture dulu tapi sangkut.

Gambar sumber dari Google.

Address

2204 A Kampung Titian Rawa, Kedai Buluh

21070

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

0105750358

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D’rawa senikayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your university to be the top-listed University?

Share