28/04/2026
KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI UNDANG-UNDANG DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA (FUHA) BERSAMA JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU
27 April 2026 | Isnin
Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan satu kunjungan hormat bersama Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu bertempat di Bilik Mesyuarat Terengganu Bar.
Delegasi FUHA telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Aminuddin bin Mustaffa, Dekan FUHA bersama barisan pengurusan fakulti. Kunjungan ini telah disambut baik oleh Tuan Mohd Jailani bin Adam, Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu serta ahli jawatankuasa yang lain.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan strategik antara pihak fakulti dan komuniti pengamal undang-undang di negeri Terengganu. Selain itu, ia turut membuka ruang perbincangan berkaitan potensi kerjasama dalam bidang akademik, latihan industri serta pembangunan profesional pelajar.
Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu atas kesudian menerima kunjungan ini. Diharapkan hubungan yang terjalin ini akan terus diperkukuh demi melahirkan graduan yang berpengetahuan, kompeten dan berdaya saing selaras dengan aspirasi fakulti dalam bidang perundangan khususnya.