10/05/2026
PROGRAM LAWATAN AKADEMIK SMK SERI AMAN, KOTA TINGGI, JOHOR KE FAKULTI SAINS MAKANAN DAN AGROTEKNOLOGI (FSMA), UMT.
Pada 7 Mei 2026, guru dan murid dari SMK Seri Aman. Kota Tinggi, Johor telah mengadakan lawatan akademik ke Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA), Universiti Malaysia Terengganu.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi, di samping menambah pengetahuan berkaitan bidang akademik dan peluang pengajian yang ditawarkan di FSMA, UMT.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah berpeluang mengikuti sesi taklimat, lawatan fasiliti serta perkongsian ilmu bersama warga FSMA, UMT. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pelajar dalam merancang hala tuju akademik dan kerjaya pada masa hadapan.