Unit Integriti, UMT

Unit Integriti, UMT Unit Integriti
Aras 1, Bangunan Canselori,
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam SejahteraWarga UMT Cemerlang sekalian,📌 JEMPUTAN KE PROGRAM i-MANAGE 2026 : INTEGRITI DALAM ...
12/05/2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Warga UMT Cemerlang sekalian,

📌 JEMPUTAN KE PROGRAM i-MANAGE 2026 : INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa UMT melalui Kelab Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR-UMT) dengan Kerjasama SPRM, Unit Integriti dan Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa, UMT akan mengadakan Program i-Manage sepertimana ketetapan berikut :

🗓️ Tarikh : 14 Mei 2026 (Khamis)
⏱️ Masa : 9.00 pagi
🏢 Tempat : Auditorium Sulaiman, PSNZ UMT

🎀 Perasmian Oleh : YBhg. Prof. Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UMT

Sehubungan itu, Unit Integriti menjemput Warga UMT untuk hadir ke forum khas yang menampilkan barisan panel yang berpengalaman dan berwibawa dalam membincangkan isu berkaitan integriti, kepimpinan serta pengurusan organisasi yang beretika dalam kalangan mahasiswa dan pemimpin masa hadapan.

💎Barisan panel forum :

👩🏻‍💼Panel I : PKPj Suryani binti Ali, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Terengganu
🤵🏻‍♂️Panel II : En. Fadli bin Mamat (Pengarah PPPM, UMT)
🤵🏻Panel III : Saudara Wan Darwisy bin Khazan Wan Ahmad Rosddy (Yang Dipertua MPP, UMT)

🎙️Moderator : En. Mohd Juhari bin Ab Kadir, CeIO (Penyelaras AMAR-UMT)

🔊Terbuka kepada semua pelajar dan staf UMT

Penyertaan akan melayakkan peserta memperoleh :
🏆Merit MyStar bagi pelajar UMT
🏆Jam Latihan bagi staf UMT

Sekian, terima kasih.










01/05/2026
Assalamualaikum dan Salam SejahteraYBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,📌MAKLUMAN PERUBAHAN TEMPAT BAGI PROGRAM R...
16/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

📌MAKLUMAN PERUBAHAN TEMPAT BAGI PROGRAM R&R@UMT 2026 : AKTIVITI SUKAN RAKYAT

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bersempena PROGRAM R&R@UMT 2026 (Refresh & Recharge@ UMT 2026), pihak Canselori akan menganjurkan Program Sukan Rakyat 2026 sepertimana berikut :

🗓️ Tarikh : 30 April 2026 (Khamis)
⏱️ Masa : 8.00 pagi (sila rujuk atur acara)
🏢 Tempat : Dewan Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT
⛹🏻 Kod Pakaian : Pakaian Sukan

Semua warga UMT dijemput hadir dan menyertai acara bagi memeriahkan lagi program ini.

🎉 Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat agar warga UMT kekal cerdas dan cergas 💪. Pendaftaran AWAL bagi Sukan Rakyat boleh dibuat melalui kod QR di paparan poster.

📞 Untuk sebarang pertanyaan berkaitan acara Sukan Rakyat, boleh hubungi :
1) En. Ahmad Hafhipie (talian 014-517 8975 atau emel [email protected])
2) Pn. Noor Hafizah (talian 011-2932 4829 atau emel [email protected])

ATUR CARA PROGRAM
7.45 pagi : Pendaftaran Peserta
8.00 pagi : Senam Tari
8.30 pagi : Pertandingan Sukan Rakyat (Tuju Selipar & Sepak Raga)
9.30 pagi : Sesi Penyampaian Hadiah Pertandingan Sukan Rakyat & Cabutan Bertuah
10.00 pagi : Bersurai

🏀 Jom sama-sama meriahkan progrom ini - sambil bersukan, kita kekal sihat ⛹🏻

Sekian, terima kasih.

💎 Anjuran : Canselori, UMT 💎










Assalamualaikum WBT dan Salam SejahteraProf./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, 🫔Bau lemang harum di dapur,Rendang dimasak penuh...
19/03/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

🫔Bau lemang harum di dapur,
Rendang dimasak penuh berseri,
Gelak tawa sanak saudara berkumpul,
Mengerat kasih seikhlas hati.🫔

💫Raya hadir setahun sekali,
Membawa bahagia dan memori,
Namun integriti jangan sesekali dilupai,
Itulah indah peribadi sejati.💫

Unit Integriti ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M
Maaf Zahir dan Batin

Sekian, terima kasih.







Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam SejahteraWarga UMT Cemerlang yang dikasihi sekalian,Unit Integriti me...
05/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera

Warga UMT Cemerlang yang dikasihi sekalian,

Unit Integriti mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1447H kepada seluruh Warga UMT. Marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa turunnya Al-Quran sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia. Semoga peristiwa turunnya Al-Quran ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran serta menjadikannya sebagai panduan dalam membentuk peribadi yang berintegriti, amanah dan berakhlak mulia.

Sekian, terima kasih.

~ Salam Nuzul Al-Quran 1447H ~

Tulus ikhlas daripada
Unit Integriti, UMT










Address

Unit Integriti UMT
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096684252

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Integriti, UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Unit Integriti, UMT:

Share