Pusat Pengurusan Lestari UMT

Pusat Pengurusan Lestari UMT Pusat Pengurusan Lestari merupakan jabatan baharu yang ditubuhkan bagi memperkasakan kekuatan UMT.

Lawatan Penanda Aras Institut Kanser Negara ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ...
26/08/2026

Lawatan Penanda Aras Institut Kanser Negara ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Institut Kanser Negara (IKN) bagi mengadakan sesi lawatan penanda aras berkaitan inisiatif kelestarian, pengurusan alam sekitar serta amalan terbaik yang dilaksanakan di UMT. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik ke arah pembangunan organisasi yang lebih lestari.

Sepanjang lawatan, delegasi IKN telah diberikan penerangan serta dibawa meninjau beberapa inisiatif dan fasiliti kelestarian UMT, khususnya yang berkaitan dengan konsep Living Lab, pengurusan sumber, pengurangan sisa dan pembangunan infrastruktur hijau. Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk Program Hari Lestari, Green Living Lab serta projek Infrastruktur Hijau UMT yang mengintegrasikan aspek kelestarian dalam persekitaran kampus dan kehidupan warga universiti.
Lawatan turut merangkumi kunjungan ke Taman Kelulut UMT, INOS Gallery dan CEFORE, yang memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai pendekatan UMT dalam menerapkan elemen kelestarian dalam pengurusan fasiliti, aktiviti warga kampus serta pemeliharaan alam sekitar. Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan input dan inspirasi kepada pihak IKN dalam mengenal pasti pendekatan yang bersesuaian untuk diterapkan dalam konteks pengurusan dan operasi institusi kesihatan.

Sesi penanda aras ini turut menjadi platform untuk perkongsian pengalaman, pertukaran idea dan perbincangan mengenai amalan terbaik antara kedua-dua institusi. Delegasi IKN berpeluang mendapatkan gambaran secara langsung mengenai pendekatan UMT dalam mengarusperdanakan kelestarian, manakala UMT turut mendapat manfaat daripada perkongsian perspektif serta pengalaman pihak IKN dalam menguruskan keperluan sebuah institusi kesihatan.

UMT amat menghargai kunjungan dan kepercayaan yang diberikan oleh Institut Kanser Negara. Diharapkan sesi penanda aras ini dapat menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu yang berterusan, pengukuhan jaringan strategik serta penerokaan peluang kerjasama pada masa hadapan dalam bidang kelestarian, pengurusan alam sekitar dan pembangunan institusi yang berdaya tahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Institut Kanser Negara atas kunjungan dan komitmen dalam menjayakan sesi penanda aras ini, serta kepada semua pihak di UMT yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan lawatan tersebut.

Selamat petang semua, warga UMT dijemput menyertai Rakan Alam Sekitar (RAS). Pendaftaran keahlian RAS boleh dibuat melal...
18/08/2026

Selamat petang semua, warga UMT dijemput menyertai Rakan Alam Sekitar (RAS). Pendaftaran keahlian RAS boleh dibuat melalui pautan online myras.doe.gov.my dan adalah percuma. Semoga perkara ini dalam makluman semua warga. Terima kasih.

Tahniah diucapkan kepada ahli akademik yang berjaya memperoleh kelulusan Dana Environmental and Social Sustainability Fu...
11/08/2026

Tahniah diucapkan kepada ahli akademik yang berjaya memperoleh kelulusan Dana Environmental and Social Sustainability Funds (ESSF) bagi tahun 2026.

Sekian, terima kasih.

Pusat Pengurusan Lestari, UMT

SDG Awards 2026 Iktiraf Warga UMT Pacu Agenda KelestarianKUALA NERUS, 26 Julai 2026 – Universiti Malaysia Terengganu (UM...
29/07/2026

SDG Awards 2026 Iktiraf Warga UMT Pacu Agenda Kelestarian

KUALA NERUS, 26 Julai 2026 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh komitmennya terhadap agenda kelestarian menerusi penganugerahan SDG Awards 2026 sempena Majlis Anugerah Tahunan UMT 2026 yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan, UMT.

Anugerah tersebut merupakan antara pengisian utama majlis berkenaan bagi mengiktiraf warga UMT yang menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan inisiatif berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG). Pengiktirafan ini turut mencerminkan usaha berterusan universiti dalam membudayakan amalan kelestarian melalui penyelidikan, inovasi, kerja berpasukan dan pelaksanaan projek berimpak.

Pada tahun ini, SDG Awards dipertandingkan menerusi tiga kategori utama, iaitu Trofi Individu, Trofi Berkump**an/Kelab dan Trofi Projek. Setiap kategori mengetengahkan individu serta pasukan yang telah menyumbang kepada pembangunan universiti, masyarakat dan alam sekitar melalui pendekatan yang inovatif dan lestari.

Bagi kategori Trofi Individu, anugerah diberikan kepada Ts. Dr. Mohamed Shahrir bin Mohamed Zahari dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK). Pengiktirafan tersebut menyerlahkan sumbangan beliau sebagai penyelidik yang komited dalam mendukung agenda kelestarian UMT.

Kategori Trofi Berkump**an/Kelab p**a dimenangi oleh pasukan yang diketuai oleh Dr. Norhayati binti Ab Manaf dari Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL). Kejayaan tersebut membuktikan bahawa kerjasama dan perkongsian kepakaran mampu menghasilkan inisiatif kelestarian yang lebih menyeluruh serta memberi manfaat kepada pelbagai pihak.

Sementara itu, Trofi Projek dianugerahkan kepada Dr. Wan Zaliha binti Wan Sembok dari Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA). Penganugerahan ini mengiktiraf pelaksanaan projek yang menyumbang kepada penyelesaian isu semasa melalui pendekatan berasaskan ilmu, inovasi dan kelestarian.

Penganjuran SDG Awards 2026 diharapkan dapat menyuntik inspirasi kepada seluruh warga universiti untuk terus menghasilkan penyelidikan, program dan projek yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik, malah memberikan impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar.

Kejayaan para penerima turut membuktikan bahawa pembudayaan kelestarian di UMT dapat digerakkan melalui gabungan usaha individu, kekuatan pasukan dan keberkesanan pelaksanaan projek. Usaha ini selaras dengan aspirasi UMT untuk menjadi institusi yang mendukung agenda kelestarian global menerusi slogan β€œUMT untuk Masyarakat dan Alam Sekitar.”

Free Market di Kembara IPT @ Terengganu di Sekoleh Menengah Kebangsaan Tok Jembal pada 25 Julai 2026.
26/07/2026

Free Market di Kembara IPT @ Terengganu di Sekoleh Menengah Kebangsaan Tok Jembal pada 25 Julai 2026.

πŸ“’ SEKALUNG TAHNIAH! πŸŒπŸŽ‰Pusat Pengurusan Lestari, UMT merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua orang mahasiswa...
09/07/2026

πŸ“’ SEKALUNG TAHNIAH! πŸŒπŸŽ‰
Pusat Pengurusan Lestari, UMT merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua orang mahasiswa UMT yang telah berjaya dipilih mewakili universiti ke The 4th International Student Leaders Meeting on Sustainability (ISLMS 2026).

πŸ“’ SEKALUNG TAHNIAH! πŸŒπŸŽ‰

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua orang mahasiswa UMT yang telah berjaya dipilih mewakili universiti ke The 4th International Student Leaders Meeting on Sustainability (ISLMS 2026).

πŸ‘ Saw Ern Lei (S65854)
πŸ‘ Ten Rui Han (S75541)

Program berprestij ini akan berlangsung di National Pingtung University of Science and Technology, Taiwan pada 14 hingga 17 Julai 2026, menghimpunkan pemimpin-pemimpin pelajar dari pelbagai negara bagi membincangkan isu kelestarian, kepimpinan dan kerjasama antarabangsa.

Penyertaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan mahasiswa UMT di peringkat global serta mencerminkan komitmen universiti dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, berwawasan dan mampu menjadi agen perubahan ke arah pembangunan mampan.

Seluruh warga UMT mendoakan agar kedua-dua wakil ini terus cemerlang, memperoleh pengalaman yang bermakna serta mengharumkan nama Universiti Malaysia Terengganu dan Malaysia di persada antarabangsa.

Syabas dan selamat maju jaya! πŸ’œπŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ






Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

30 Jun 2026 | SelasaProgram USR Pejabat TSR bersama Komuniti Kg. Wakaf Catur, Maras
05/07/2026

30 Jun 2026 | Selasa
Program USR Pejabat TSR bersama Komuniti Kg. Wakaf Catur, Maras

UMT ZERO WASTE MARKET 2026 ♻️Ada baju terpakai yang masih elok tapi dah tak pakai? Jangan simpan atau buang! πŸ€—Sumbangkan...
05/07/2026

UMT ZERO WASTE MARKET 2026 ♻️

Ada baju terpakai yang masih elok tapi dah tak pakai? Jangan simpan atau buang! πŸ€—

Sumbangkan baju anda untuk Program Zero Waste Market kami! Sumbangan anda akan disalurkan kepada komuniti yang memerlukan.

πŸ“† 5 - 23 Julai 2026
⏰ 8.00 PG - 3.30 PTG
🏒 Pusat Pengurusan Lestari, UMT.

1 baju, 1001 makna.
Bantu masyarakat. Kurangkan sisa. Lestarikan bumi.

Hubungi: En. Jamil (09-668 3433) untuk maklumat lanjut.

πŸŽ‰ TAHNIAH UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)! πŸŽ‰Sukacita dimaklumkan bahawa UMT telah mencatatkan pencapaian yang amat ...
24/06/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)! πŸŽ‰
Sukacita dimaklumkan bahawa UMT telah mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan dalam penganugerahan Times Higher Education Sustainability Impact Ratings 2026
πŸ“ˆ Kedudukan penarafan keseluruhan UMT telah berjaya melonjak secara drastik: Dari tangga 401-600 pada tahun 2025 ➑️ ke tangga 201-300 pada tahun 2026! πŸš€ Ini membuktikan kecemerlangan berterusan UMT di persada antarabangsa.
Selain lonjakan keseluruhan yang cemerlang ini, UMT juga telah merekodkan penarafan yang terbaik dalam kategori Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang berikut: 🌾 SDG 2 (Anti-poverty): Kedudukan 101-200 (daripada 731 institusi di seluruh dunia) 🐟 SDG 14: Kedudukan 101-200 (daripada 561 institusi) 🌳 SDG 15: Kedudukan 68 (daripada 658 institusi) 🀝 SDG 17: Kedudukan 101-200 (daripada 1610 institusi)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua staf, pengurusan, dan pelajar UMT atas kerja keras, komitmen, dan dedikasi bersama ke arah pemerkasaan kelestarian global. Teruskan kecemerlangan ini! 🌏✨

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,EDARAN BORANG DAN GARIS PANDUAN ENVIRONMENTAL A...
15/06/2026

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,

EDARAN BORANG DAN GARIS PANDUAN ENVIRONMENTAL AND SOCIAL SUSTAINABILITY FUND (ESSF) KEPADA WARGA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Lestari kini membuka permohonan bagi Environmental and Social Sustainability Fund (ESSF) sebagai satu inisiatif menyokong usaha kelestarian alam sekitar dan sosial dalam kalangan komuniti universiti.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan borang permohonan dan garis panduan ESSF untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan. Permohonan yang lengkap di isi boleh dihantar kepada Pusat Pengurusan Lestari atau emel [email protected]. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Jun 2026 (Ahad). Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi Encik Mohamad Jamil Rasyidi bin Mohd Ramlan (Penolong Pendaftar) di talian 09-633 3433. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"Kebersamaan UMT"

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Address

Pusat Pengurusan Lestari, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia
Kuala
21030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengurusan Lestari UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Pengurusan Lestari UMT:

Shortcuts

Share