Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ

  • Home
  • Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
Website Contact the university

Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ Laman Facebook Rasmi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Sumber rasmi berita, program, aktiviti dan perkembangan terkini universiti.

KUNJUNGAN HORMAT DAN PROMOSI FPI UniSIRAJ | PERKASA HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA SMA AL-BAQIYATUSSOLIHAT SMARTLANGKAWI, 29...
29/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN PROMOSI FPI UniSIRAJ | PERKASA HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA SMA AL-BAQIYATUSSOLIHAT SMART

LANGKAWI, 29 September 2026 – Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) terus komited mengukuhkan jaringan kerjasama pendidikan menerusi siri Lawatan Kunjung Hormat dan Promosi Akademik ke Sekolah Menengah Agama al-Baqiyatussolihat (SMART), Langkawi pada 28 September lalu.

Lawatan rasmi ini bertujuan memperkukuh hubungan institusi di samping memberikan pendedahan komprehensif mengenai peluang melanjutkan pengajian tinggi di UniSIRAJ. Sesi penerangan akademik yang disampaikan merangkumi penawaran program pengajian, syarat kemasukan, kemudahan pembelajaran, serta prospek kerjaya demi membimbing para pelajar melangkah ke peringkat seterusnya.

Delegasi FPI UniSIRAJ yang diketuai oleh Dekan, Encik Mohd Roshimi bin Abdullah, disambut mesra oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMART, Ustazah Che Salmah binti Ramli dan Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Ishraqi bin Ilyas. Sesi ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi, ketua-ketua program, serta warga kerja FPI UniSIRAJ bersama-sama 20 tenaga pengajar sekolah dan 24 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan padu kepimpinan sekolah dan berharap agar perkongsian ini dapat menyuntik semangat para pelajar untuk memilih UniSIRAJ sebagai destinasi pengajian tinggi pilihan utama.

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

————————————
🔔 IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

BICARA NARATIF (RTM) | PATRIOTISME DAN PEMBANGUNAN NEGARA DENGAN PANDUAN ISLAMJangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ...
28/09/2026

BICARA NARATIF (RTM) | PATRIOTISME DAN PEMBANGUNAN NEGARA DENGAN PANDUAN ISLAM

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan temu bual eksklusif menerusi rancangan Bicara Naratif yang menampilkan Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle sebagai panel jemputan.

Sesi perbincangan kali ini bakal mengupas topik yang amat berimpak dan bernilai, iaitu "Patriotisme dan Pembangunan Negara dengan Panduan Islam". Sesi wacana ini dijangka memberi perspektif bernilai dalam memahami penterjemahan nilai-nilai Islam ke arah membina semangat patriotisme serta pembangunan negara yang mampan.

Ayuh luangkan masa bagi mengikuti wacana minda yang sarat dengan perkongsian ilmu serta kefahaman yang bermanfaat ini!

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

————————————
🔔 IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

SALAM TAKZIAH | PEMERGIAN TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI PADA USIA 100 TAHUNNaib Canselor dan seluruh warga Universiti Isl...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH | PEMERGIAN TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI PADA USIA 100 TAHUN

Naib Canselor dan seluruh warga Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, atas pemergian beliau di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh.

Ikhlas daripada:
Naib Canselor dan seluruh warga UniSIRAJ

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

————————————
🔔 IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

SELAMAT BERSARA | PERJALANAN 36 TAHUN BERSAMA MARA KINI MENJADI KENANGAN BAKTIPengerusi, Seluruh Lembaga Pengarah Univer...
25/09/2026

SELAMAT BERSARA | PERJALANAN 36 TAHUN BERSAMA MARA KINI MENJADI KENANGAN BAKTI

Pengerusi, Seluruh Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Eksekutif, dan Warga Kerja Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

YBhg. Dato’ Seri Zulfikri bin Osman
(Ketua Pengarah MARA merangkap Ahli Lembaga Pengarah UniSIRAJ)

atas segala jasa, bakti, serta sumbangan kepimpinan yang berharga sepanjang perkhidmatan beliau, khususnya dalam menyumbang kepakaran dan hala tuju strategik demi kemajuan UniSIRAJ.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan atas komitmen serta dedikasi tinggi yang telah dicurahkan. Semoga YBhg. Dato’ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta keberkatan dalam meneruskan perjalanan pada fasa seterusnya.

Ikhlas daripada:
Pengerusi, Seluruh Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Eksekutif, dan Warga Kerja Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ)

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

————————————
🔔 IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

PROMOSI & PEMASARAN FMPT UniSIRAJ DI LAPANGAN | DEKATI WARGA SMK DATUK JAAFAR HASSANFakulti Muamalat, Pengurusan dan Tek...
25/09/2026

PROMOSI & PEMASARAN FMPT UniSIRAJ DI LAPANGAN | DEKATI WARGA SMK DATUK JAAFAR HASSAN

Fakulti Muamalat, Pengurusan dan Teknologi (FMPT), Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) terus komited turun ke lapangan bagi menyebar luas maklumat penawaran pengajian serta peluang pendidikan tinggi menerusi Program Pameran Pendidikan 4K@STEM Day 2026 yang berlangsung di Dewan Seri Jerneh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan pada 24 September 2026 lalu.

Program yang berlangsung ini merangkumi pengisian Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Kokurikulum, Hari Koperasi, Hari Kerjaya, serta STEM Day (4K@STEM Day) 2026. Kehadiran FMPT UniSIRAJ dalam program ini menjadi medan penting bagi memberi pendedahan awal serta bimbingan laluan akademik kepada para pelajar sekolah berkenaan.

Sesi pameran dan promosi pengajian ini telah dijayakan oleh barisan pensyarah FMPT UniSIRAJ, iaitu Dr. Fatimah Noni binti Muhamad dan Dr. Siti Khalilah binti Basarud-din. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen serta dedikasi berterusan barisan petugas dalam memartabatkan agenda promosi akademik universiti.

Semoga usaha berterusan ini dapat menarik minat lebih ramai generasi muda, khususnya pelajar di negeri Perlis dan kawasan sekitar, untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti demi melahirkan modal insan yang berilmu serta berdaya saing.

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

————————————
🔔 IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

25/09/2026

PERSPEKTIF UniTHRA 2026 | PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN PERLIS

Kejayaan penganjuran International Islamic Tourism, Heritage, Research & Awareness (UniTHRA 2026) tidak hanya dizahirkan menerusi wacana serta perkongsian ilmu akademik, malah turut disemarakkan dengan penglibatan aktif para pemain industri pelancongan dan usahawan tempatan sepanjang persidangan berlangsung.

Sehubungan dengan itu, UniSIRAJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan serta penglibatan padu daripada Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa, Sadiah Cafe, Hotel Seri Malaysia Kangar, dan Sakinah Elias Trading (Usahawan MAIPs) yang menjayakan pameran serta pembukaan reruai sepanjang UniTHRA 2026 ini.

Semoga jaringan kerjasama dan sokongan padu daripada rakan pemain industri ini dapat berterusan dalam usaha memajukan sektor pelancongan Islam dan memelihara warisan di Perlis khususnya serta Malaysia amnya, seterusnya melonjakkan nama UniSIRAJ di peringkat antarabangsa.

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

————————————
🔔 IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN EKSEKUTIF (EXCO) UniSIRAJ KALI KE-122 BIL. 09/2026PAUH PUTRA, 25 September 2026 – Mesy...
25/09/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN EKSEKUTIF (EXCO) UniSIRAJ KALI KE-122 BIL. 09/2026

PAUH PUTRA, 25 September 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (EXCO) Kali Ke-122 Bil. 09/2026 Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) telah selesai bersidang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kampus Pauh Putra.

Mesyuarat yang berlangsung pada 23 dan 25 September 2026 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle, Naib Canselor UniSIRAJ, serta turut dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif dan pegawai-pegawai kanan universiti.

Mesyuarat EXCO ini menjadi medan utama pengurusan tertinggi universiti dalam merencana, membincangkan, serta menyelaraskan pelbagai dasar dan agenda pentadbiran demi memastikan kelancaran pengoperasian dan kecemerlangan UniSIRAJ secara berterusan.

Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai sepanjang mesyuarat ini dipermudahkan serta memberikan impak positif kepada seluruh warga UniSIRAJ.

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

————————————
🔔 IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

25/09/2026

PERSPEKTIF UniTHRA 2026 | APA KATA MEREKA?

Penganjuran International Islamic Tourism, Heritage, Research & Awareness (UniTHRA 2026) yang melabuhkan tirainya secara rasmi pada 24 September 2026 telah meninggalkan impak yang cukup bermakna serta maklum balas positif dalam kalangan peserta, penyelidik, dan delegasi dari dalam mahupun luar negara. Persidangan ini bukan sahaja menjadi wadah wacana akademik, malah menjadi medan bertukar pandangan yang membina.

Semoga maklum balas dan sinergi yang terhasil ini terus memberi dorongan kepada pengembangan industri pelancongan Islam dan pemeliharaan warisan di Perlis khususnya serta Malaysia amnya.

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN

————————————
🔔 IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

25/09/2026

BERITA RTM | PERLIS DESTINASI PELANCONGAN BERIDENTITI DAN WARISAN

Oleh: Berita RTM

Perlis berpotensi diketengahkan bukan sekadar sebagai destinasi pelancongan malah negeri yang kaya dengan identiti dan warisan tersendiri.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, kekuatan negeri ini dari segi sejarah, budaya, alam semula jadi dan identiti tempatan merupakan aset yang boleh diperkasa bagi membangunkan sektor pelancongan berteraskan nilai Islam dan keunikkan negeri.

Baginda bertitah, “Pelancongan Islam memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, universiti, pemain sektor dan komuniti setempat. Jaringan yang di bina melalui UniTHRA 2026, perlu diperkukuh melalui penyelidikan, pertukaran kepakaran serta pembangunan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.

“UniSIRAJ mempunyai peranan penting dalam menghubungkan ilmu dan penyelidikan dengan keperluan pembangunan manakala Perlis boleh terus diketengahkan berdasarkan kekuatan, keunikkan dan identiti tersendiri”.

Titah Tuanku Tuanku Syed Faizuddin selaku Tuanku Canselor UniSIRAJ ketika Baginda berkenan menyempurnakan Persidangan Pelancongan, Warisan, Penyelidikan dan Kesedaran Islam Antarabangsa (UniTHRA) 2026 di Dewan Sivik Arau.

DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN


————————————
🔔 IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/

Address

Kuala

02000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ:

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share