Pusat Pengajian Sains Dan Teknologi Makanan - PPSTM UMT

Pusat Pengajian Sains Dan Teknologi Makanan - PPSTM UMT Laman Facebook Rasmi Bagi Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM), Universiti Malaysia Terengganu.

Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) telah ditubuhkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 2002 dan mula beroperasi pada sesi akademik November 2002/2003 dengan nama Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM). Bermula Disember 2013, FASM telah ditukarkan nama kepada Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) . PPSTM bermatl

amat untuk memberi latihan akademik dan penyelidikan dalam disiplin agroteknologi dan sains makanan bagi memenuhi keperluan tenaga profesional dan terlatih dalam negara dan serantau. PPSTM kini menawarkan empat program pengajian peringkat Ijazah Pertama dan dua program peringkat Ijazah Lanjutan. Program pengajian peringkat Ijazah Pertama adalah :

1. Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) / 4 tahun pengajian

2. Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) / 4 tahun pengajian

3. Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) / 4 tahun pengajian

4. Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepastuai) / 3 tahun pengajian

*Program peringkat Ijazah Lanjutan adalah :
1. Master Sains (M.Sc.) – minimum 2 tahun pengajian

2. Doktor Falsafah (Ph.D.) – minimum 3 tahun pengajian

Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan terletak di kampus utama Universiti Malaysia Terengganu, Mengabang Telipot, 25 kilometer dari Kuala Terengganu dan 10 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Objektif PPSTM adalah untuk :

- Menumpukan kepada aspek penyelidikan dan pengurusan teknologi pengeluaran pertanian dan makanan yang mampu mempertingkatkan pengeluaran sumber makanan serta menjana pembangunan ekonomi negara yang lebih mampan.

- Menghasilkan sumber manusia profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidangnya, berkepimpinan serta mempunyai nilai-nilai murni.

- Melahirkan usahawan dan tenaga profesional dalam agro-industri tanaman, ternakan dan akuakultur, mempertingkatkan sumber-sumber hayat dan pengurusan makanan melalui integrasi elemen-elemen IT, perniagaan, pengurusan, sains dan teknologi.

- Memberi khidmat nasihat dan idea kepada golongan-golongan berkepentingan seperti nelayan, penternak, petani, industri dan masyarakat keseluruhannya. Sebarang maklumat berkenaan program pengajian boleh menghubungi alamat dibawah:

Jabatan Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel : 09-668 4532/4219
Faks : 09-668 4143
Web : http://www.ppstm.umt.edu.my/
Email : [email protected]

cepatttttttt!!! daftar skrgblh cntc Pn Azni, Pn Nurud Ilyani, Pn Faridah
17/11/2019

cepatttttttt!!! daftar skrg
blh cntc Pn Azni, Pn Nurud Ilyani, Pn Faridah

LAST CALL !

Untuk tempahan Makan Malam

sempena Program Karnival Alumni Sains Makanan dan Agroteknologi 2019 yang bertempat di

Duyung Marina Resort.

Untuk makluman, selaras denga penjajaran baharu UMT bermula 1 Ogos 2019.FB PPSTM akan digabungkan dengan FB PPSPA dengan...
04/09/2019

Untuk makluman, selaras denga penjajaran baharu UMT bermula 1 Ogos 2019.FB PPSTM akan digabungkan dengan FB PPSPA dengan nama baharu - Faculty of Fisheries and Food Sciences.

Mohon like ya.

Terima Kasih

Admin

28/07/2019

Tahniah dan terima kasih semua.

With love,
KKR PPSTM

21/07/2019

KEJADIAN DI MAKMAL PERSEKITARAN TERKAWAL PPSTM

Pihak Pengurusan PPSTM mengambil maklum isu yang berlaku terhadap Makmal Persekitaran Luar PPSTM semalam. Kejadian ini mungkin berlaku disebabkan salah faham di antara pihak tertentu atau masalah teknikal lain yang belum dikenal pasti.

Keutamaan kami tentunya adalah kebajikan pelajar pelajar PPSTM dan UMT, dan untuk makluman semua pelajar PPSTM, Pihak Pengurusan PPSTM sudah mengambil maklum dan sedang berusaha ke arah mencapai keputusan terbaik untuk semua pihak di dalam UMT untuk isu ini.

Semoga semua pelajar PPSTM dan mereka yang terkesan dengan kejadian semalam dapat meneruskan kerja seperti biasa dan boleh menghubungi Pihak Pengurusan PPSTM bagi mendapat maklum perkembangan lain dari masa ke masa.

Sekian, Terima kasih.

PPSTM.

Day 1| 8 Julai 2019 Kursus Proximate Analysis
08/07/2019

Day 1| 8 Julai 2019 Kursus Proximate Analysis

Pada semua bakal graduan PPSTM,Sila masukkan tarikh ini ya!
07/07/2019

Pada semua bakal graduan PPSTM,
Sila masukkan tarikh ini ya!




Majlis Konvokesyen UMT - Universiti Malaysia Terengganu ke - 17 bermula 16 hingga 18 November 2019.

Tahniah kepada semua Graduan

* LIKE https://www.facebook.com/OfficialUMT utk belajar dan kerja di UMT serta memenangi pelbagai hadiah eksklusif yang menarik!




4 Julai 2019 | MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM LATIHAN PENANAMAN MELON MANIS TERENGGANU BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT PE...
07/07/2019

4 Julai 2019 | MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM LATIHAN PENANAMAN MELON MANIS TERENGGANU BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT PENJARA MARANG

4 Julai 2019 | MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM LATIHAN PENANAMAN MELON MANIS TERENGGANU BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT PENJARA MARANG

LIKE https://www.facebook.com/OfficialUMT utk belajar dan kerja di UMT serta memenangi pelbagai hadiah eksklusif yang menarik!




Tahniah buat semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC dan Hadiah Setia Bakti (10 tahun berkhidmat di UMT) PPST...
01/07/2019

Tahniah buat semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC dan Hadiah Setia Bakti (10 tahun berkhidmat di UMT) PPSTM.

Terima kasih dengan segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun ini.


SEMUA WARGA PPSTM UMT DIJEMPUT HADIR!Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan seluruh warga UMT yang ...
01/07/2019

SEMUA WARGA PPSTM UMT DIJEMPUT HADIR!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan seluruh warga UMT yang dihormati,

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UMT 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa UMT akan meneruskan tradisi sempena Syawal dengan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri UMT 2019 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Julai 2019 (Isnin)
Waktu : 11.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Mizan

Sehubungan itu, YBhg. Dato'/Prof/Dr/Tuan/Puan seluruh warga UMT adalah dijemput untuk sama-sama hadir dan memeriahkan majlis ini. Setiap PTj juga adalah dialu-alukan membawa juadah tambahan untuk dikongsi bersama pada sambutan tersebut. Warga UMT adalah digalakkan untuk memakai pakaian kebangsaan (Baju Melayu bagi lelaki dan busana sopan untuk wanita).

Sekian, sesungguhnya kehadiran YBhg. Dato'/Prof/Dr/Tuan/Puan seluruh warga UMT bakal menyerikan lagi majlis ini.

Terima kasih.


Terima kasih kepada semua kakitangan PPSTM yang turut bersama memeriahkan Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019.
20/06/2019

Terima kasih kepada semua kakitangan PPSTM yang turut bersama memeriahkan Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019.


 Bengkel Pelarasan JK Penjaminan Kualiti PPSTM Sempena Audit Dalaman Bersepadu (Integrated Internal Audit) 201920 Jun 20...
20/06/2019



Bengkel Pelarasan JK Penjaminan Kualiti PPSTM Sempena Audit Dalaman Bersepadu (Integrated Internal Audit) 2019

20 Jun 2019 (Khamis)
2.30 Petang
Bilik Seminar PPSTM

Tahniah buat semua UA yang berjaya menunjukkan peningkatan yang mengagumkan!
19/06/2019

Tahniah buat semua UA yang berjaya menunjukkan peningkatan yang mengagumkan!

Congratulations to all universities which made it to the top 500 universities in the world. The ranking is based on the recent release of QS World University Ranking 2020.

CONGRATULATIONS!




Jom ikuti kami di:
Facebook:
Twitter:
Instagram:

Address

Universiti Malaysia
Kuala
21030,

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:45

Telephone

+6096684930

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Sains Dan Teknologi Makanan - PPSTM UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Pengajian Sains Dan Teknologi Makanan - PPSTM UMT:

Share