Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Merupakan Politeknik kedua ditubuhkan di Malaysia sejak 1976 di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi

Laman sosial rasmi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

REVOLUSI TEKNOLOGI MAKANAN MELALUI DESIGN THINKING!๐Ÿš€ Baru-baru ini, telah berlangsung dengan jayanya Seminar "Food Tech ...
13/05/2026

REVOLUSI TEKNOLOGI MAKANAN MELALUI DESIGN THINKING!

๐Ÿš€ Baru-baru ini, telah berlangsung dengan jayanya Seminar "Food Tech Revolution: Mastering Innovation Through Design Thinking" bertempat di National Centre for Food Safety (NCFS). Program ilmu yang berimpak tinggi ini merupakan anjuran Lembaga Teknolog Malaysia (MBOT) dengan kerjasama strategik daripada CFOST, MAFSA, dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Seminar ini merupakan salah satu aktiviti utama yang dirangka khas oleh YBrs. Ts. Mohd Syafarim Bin Md Ishak. Beliau yang merupakan Ketua Unit Pembangunan Teknologi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), turut menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Technology and Technical Working Group (TTWG) โ€“ Food Technology. Usaha ini dilaksanakan bersama barisan jawatankuasa TTWG yang komited untuk memartabatkan bidang teknologi makanan.

Fokus utama perbincangan menjurus kepada penggunaan konsep Design Thinking sebagai pemacu inovasi dalam industri teknologi makanan masa kini. Kehadiran peserta amat membanggakan dengan jumlah keseluruhan 135 orang, merangkumi 70 peserta secara fizikal di dewan dan 65 peserta secara atas talian. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan CFOST dalam usaha menyebarkan ilmu dan kepakaran teknikal kepada komuniti.

Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan revolusi teknologi makanan ini!





BENGKEL PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN UNIPRENEUR BANK RAKYAT 5.0Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politek...
13/05/2026

BENGKEL PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN UNIPRENEUR BANK RAKYAT 5.0

Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Bank Rakyat bagi memperkukuh pengurusan dan pemantauan program keusahawanan pelajar POLYCC. Bengkel telah berlangsung dari 5 hingga 7 Mei 2026 di Springhill Resort, Brinchang, Pahang melibatkan 70 orang mentor dari seluruh Malaysia.

Dana UNIPRENEUR 5.0 Bank Rakyat adalah sebuah program inisiatif kewangan sosial untuk membantu usahawan siswa Asnaf yang berpotensi. Program anjuran Bersama bank rakyat dan Kementerian Pembangunan dan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) 2025 adalah perancangan strategik KUSKOP membudayakan nilai dan minda keusahawanan dalam kalangan masyarakat. Menyediakan sokongan dan bantuan keusahawanan serta pembangunan kapasiti. Visi dan Misi adalah memacu kemakmuran ekonomi anggota, pelanggan dan negara bangsa melalui suntikan dana dengan harapan untuk meningkatkan modal tambahan peserta.

Bengkel ini telah disertai oleh Puan Suriati binti Ahmad Ketua Unit Keusahawanan POLISAS mewakili mentor Ts Fauzianna binti Awang, Turut hadir, mentor Puan Nor Akmal binti Mohamad, Puan Juriah binti Ibrahim mewakili mentor Siti Nur Erma binti Ab. Ghapar, Cik Nor Fitrah binti Shamsuddin mewakili mentor Dr. Fara Adura binti Mohd Yusoff dan En Zuly Asyraf bin Zulkfly mewakili mentor En Muslim bin Mamat dan En. Muhd Ramzam bin Abu Hassan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Suhairi bin Ismail (Timbalan Pengarah, Unit Pembangunan Pelajar, JPPKK) . Turut hadir bersama di majlis ini YBrs. En. Amalulkhair bin Sarbini (Pengarah KK Jempol merangkap Pengerusi Zon Keusahawanan Melaka & Negeri Sembilan)

Unit Keusahawanan POLISAS (PUSKEP) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada enam (6) orang usahawan pelajar Dana UNIPRENEUR 5.0 Bank Rakyat;

Nurmumtaz Aleeya Binti Md Hamidi - Jabatan Kejureteraan Awam (NeoBag)
Mohamad Danish Zikry Bin Mohamad Zahir - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (Autosas car wash)
Aliff Muzaffar Bin Mohd Shahrul -Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (Autosas services)
Muhammad Danish Irfan Bin Hasrul โ€“ Jabatan Perdagangan (Danish Bongsu Sambal Tempoyak)
Raudhatul Aishah Binti Mohd Farid - Jabatan Teknologi Makanan (Sambal Bilis Garing)
Alif Aiman Binti Fazli Sharel -Jabatan Kejuruteraan Elektrik (Crab Chips & Produk berasaskan Cendawan)








PROGRAM GERAKAN EKONOMI MADANI 2026 (GEMA)Telah berlangsung pada 7 Mei 2026 Program Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) Perin...
13/05/2026

PROGRAM GERAKAN EKONOMI MADANI 2026 (GEMA)

Telah berlangsung pada 7 Mei 2026 Program Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) Peringkat Negeri Pahang bertempat di Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, Pahang hasil gabungan bersama MARA Negeri Pahang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Norsyahrin Bin Hamdon selaku Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Program ini bertujuan memperkasa usahawan bumiputera melalui pengukuhan rangkaian perniagaan, peningkatan pemahaman ekonomi digital serta membuka lebih banyak peluang pasaran dan kerjasama strategik selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI. Selain itu, program ini turut menjadi platform menghimpunkan komuniti usahawan bagi membina jaringan yang lebih kukuh dan berdaya saing dalam era ekonomi digital.

POLISAS telah disertai oleh tiga orang pensyarah; Ts Fauzianna binti Awang Timbalan Ketua Unit keusahawanan, Puan Fauzani binti Jumodi, Penyelaras YEC dan En Mohamad Hadry bin Abu Bakar Ketua Penyelaras Inkubator JKM dan dua orang usahawan pelajar; Muhammad Danish Irfan Bin Hasrul (JP) dan Shahmie Haziq Bin Saiful Azwa (JKE) . Penyertaan ini memberi pendedahan baharu kepada peserta mengenai trend semasa perniagaan, penggunaan teknologi digital, strategi pemasaran berkesan serta peluang menjalin hubungan dengan usahawan berjaya dan agensi berkaitan bagi memperluaskan potensi kerjaya pada masa hadapan.








โ€œInilah kisah inspirasiโ€ฆPerjalanan yang membuktikan bahawa ilmu, usaha dan semangat mampu mencipta perubahan.โ€Mari sama-...
12/05/2026

โ€œInilah kisah inspirasiโ€ฆ
Perjalanan yang membuktikan bahawa ilmu, usaha dan semangat mampu mencipta perubahan.โ€

Mari sama-sama saksikan dokumentari penuh Jejak Legasi Alumni POLISAS minggu ini yang kami bawa khas iaitu LSr Azhar bin Husain, Pengurus Azhar Ukur Sdn. Bhd.








Jejak Legasi Alumni merupakan satu inisiatif perkongsian kisah inspirasi daripada alumni sempena sambutan Jubli Emas POLISAS 2026. Dokumentari pendek ini men...

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐—™๐—ž๐— ๐—ฃ ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ฆ8 Mei 2026 -  Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah menerima k...
11/05/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐—™๐—ž๐— ๐—ฃ ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ฆ

8 Mei 2026 - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)bagi sesi taklimat berkaitan Program Akademik di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) yang berlangsung di Auditorium Sri Makmur, POLISAS.

Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Kamaruddin bin Kamdani bersama YBrs. Prof. Madya Dr. Sofian bin Mohd kepada para pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi kejuruteraan serta prospek kerjaya yang ditawarkan melalui program-program akademik di FKMP UTHM.

Selain memperkenalkan laluan akademik yang tersedia, para pelajar turut didedahkan dengan kelebihan kurikulum berasaskan industri serta keperluan semasa sektor teknikal dan TVET negara. Program seperti ini dilihat mampu membantu pelajar membuat perancangan hala tuju pendidikan dan kerjaya dengan lebih jelas dan terarah.

POLISAS merakamkan penghargaan atas kesudian pihak FKMP UTHM berkongsi maklumat serta pengalaman bersama warga POLISAS. Diharapkan jalinan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi ini akan terus diperkukuh demi melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri negara.






Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK), POLISAS telah menganjurkan kursus Augmented Reality for Teaching and Learnin...
11/05/2026

Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK), POLISAS telah menganjurkan kursus Augmented Reality for Teaching and Learning pada 6 dan 7 Mei 2026 bertempat di Makmal Komputer ULPL.

Kursus ini disampaikan oleh YBrs. Lt Kol Rizal bin Rohim, Ketua Jabatan, JMSK di mana kandungan kursus ini yang merangkumi pengenalan konsep dan aplikasi Augmented Reality (AR) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Objektif kursus adalah seperti berikut :

โ€ข Menjelaskan konsep asas dan kepentingan Augmented Reality dalam pendidikan.
โ€ข Mengenal pasti aplikasi AR yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
โ€ข Menggunakan platform AR untuk membina bahan pengajaran interaktif.

Dengan perkembangan teknologi digital, AR mampu meningkatkan kefahaman pelajar melalui visualisasi interaktif, simulasi dan pengalaman pembelajaran yang lebih imersif.

Untuk mencapai objektif kursus ini, pensyarah dan kakitangan perlu didedahkan kepada kemahiran menggunakan serta pembangunan bahan AR. Kursus ini juga membantu meningkatkan kreativiti pengajar dalam menghasilkan bahan pengajaran inovatif, sekaligus menjadikan proses PdP lebih menarik dan efektif.

Semoga kursus ini dapat memberikan banyak manfaat kepada pensyarah dan peserta samada dalam PdP atau inovasi.





11/05/2026





Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkuat kuasa 11 Mei 2026 (Isnin).

Semoga dengan pelantikan ini akan dapat terus memacu kecemerlangan sektor pendidikan tinggi negara, khususnya dalam memperkasakan agenda pemerkasaan dasar dan tadbir urus yang mampan.

Selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC




11/05/2026






Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkuat kuasa 11 Mei 2026 (Isnin).

Pihak jabatan yakin dengan pelantikan ini akan dapat terus memperkukuh agenda pendidikan tinggi negara serta memacu kecemerlangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ke tahap yang lebih gemilang.

Selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC




08/05/2026





Syabas dan tahniah kepada semua Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berjaya dalam urusan pemangkuan ke ๐†๐ซ๐ž๐ ๐ƒ๐‡๐Ÿ๐Ÿ’ & ๐ƒ๐‡๐Ÿ๐Ÿ‘ bagi permohonan tahun 2024.

Semakan penempatan pemangkuan ke ๐†๐ซ๐ž๐ ๐ƒ๐‡๐Ÿ๐Ÿ’ & ๐ƒ๐‡๐Ÿ๐Ÿ‘ bagi permohonan tahun 2024 boleh disemak melalui portal e-SIS pada ๐Ÿด ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜), ๐Ÿฑ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด.

Tahniah sekali lagi atas urusan penempatan ini dan semoga amanah ini dapat digalas dengan penuh dedikasi dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan TVET negara.

Ikhlas daripada;
Dr. Shamsuri bin Abdullah
Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti




08/05/2026





Tahniah kepada 18 politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) yang berjaya melakar pencapaian membanggakan apabila tersenarai sebagai FINALIS bagi pelbagai kategori (13 kategori) dalam Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT 2025) yang akan berlangsung di Hilton Kuala Lumpur pada 15 Mei 2026 (Jumaat).

Semoga kejayaan dan kemenangan menjadi milik POLYCC serta terus mengharumkan nama institusi di persada keusahawanan negara.




08/05/2026





Address

Semambu
Kuantan
25350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095655300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share