06/03/2023
*[MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERSAINTEK]*
Assalamualaikum dan Salam UNIMASku Sayang 💕
Pada 5 Mac 2023, PERSAINTEK telah menganjurkan Mesyuarat Agong bersama Majlis Tertinggi PERSAINTEK Sesi 21/22 serta Majlis Tertinggi PERSAINTEK Sesi 22/23 dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Mohamad Hasnul Bolhassan.
Mesyuarat tersebut merangkumi pembentangan daripada Majlis Tertinggi PERSAINTEK 21/22, penyerahan kuasa kepada Majlis Tertinggi PERSAINTEK 22/23 dan diakhiri dengan ucapan daripada Dr. Hasnul.
Semoga PERSAINTEK kekal mengharumkan nama FSTS dan mewakili pelajarnya dengan penuh jayanya.
Sila ikuti Instagram PERSAINTEK ( - https://www.instagram.com/p/Cpb24QVS_TJ/?igshid=MDJmNzVkMjY=) untuk hasil sesi gambar Mesyuarat Agong Tahuanan PERSAINTEK.
Sekian.
_“Ukhwah Terjalin, Kebajikan Terjaga”_
*Persatuan Sains dan Teknologi (PERSAINTEK)*
*Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS)*
*Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)*