Rektor UiTM Cawangan Perak

Website

Rektor UiTM Cawangan Perak MAKLUMAN :
Laman ini khusus untuk staf dan pelajar UiTM serta orang awam yang berminat untuk mengikuti perkembangan Rektor UiTM Cawangan Perak.

24/09/2026
Hari ini giliran saya bersama warga UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah menyambut kehadiran pelajar baharu Sesi September 2...
24/09/2026

Hari ini giliran saya bersama warga UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah menyambut kehadiran pelajar baharu Sesi September 2026. Sempat saya bertemu dan beramah mesra dengan pelajar serta ibu bapa yang hadir menguruskan pendaftaran dan penempatan di kolej kediaman.

Kepada para pelajar, selamat memulakan satu fasa baharu dalam kehidupan anda. Datanglah dengan semangat untuk belajar, mencuba perkara baharu, membina persahabatan dan mencipta pengalaman yang akan menjadi bekalan pada masa hadapan.

Buat ibu bapa dan keluarga, terima kasih kerana memilih dan memberikan kepercayaan kepada UiTM. Kami menerima anak-anak ini sebagai sebahagian daripada keluarga UiTM Cawangan Perak.

Selamat datang dan selamat memulakan perjalanan di UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah!

Alhamdulillah, pagi ini saya bersama barisan Pengurusan Eksekutif berkesempatan turun melihat suasana pendaftaran pelaja...
23/09/2026

Alhamdulillah, pagi ini saya bersama barisan Pengurusan Eksekutif berkesempatan turun melihat suasana pendaftaran pelajar baharu Sesi September 2026 di Kampus Seri Iskandar. Seronok melihat wajah-wajah baharu yang akan memulakan perjalanan sebagai sebahagian daripada keluarga besar UiTM Cawangan Perak.

Selamat datang kepada semua pelajar baharu! Manfaatkan peluang sepanjang berada di sini untuk menimba ilmu, membina pengalaman dan mengembangkan potensi diri.

Kepada ibu bapa dan keluarga, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada UiTM. Insya-Allah, amanah ini akan kami galas sebaiknya dalam membimbing dan menyokong anak-anak sepanjang perjalanan pengajian mereka.

ALHAMDULLAH dan TAHNIAH!
23/09/2026

ALHAMDULLAH dan TAHNIAH!

๐—จ๐— ๐—•๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฑ ๐— ๐—•๐—ข๐—ฅ

SERI ISKANDAR - Penganjuran UiTM Marching Band Competition (UMBC) 2026 mencipta sejarah apabila meraih dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan ratusan peserta di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak di sini.

Dua pengiktirafan itu melibatkan kategori 'Most Participants in a Marching Band Competition' dengan penyertaan 693 peserta serta 'Most Marching Band Members in a Patriotic Song Performance (Negaraku)' membabitkan 686 ahli pancaragam.

UMBC 2026 yang berlangsung selama empat hari bermula 15 September lalu dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia dengan mengetengahkan tema โ€˜Melakar Sejarah, Menggema Patriotismeโ€™.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi berkata, pencapaian berkenaan mencerminkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecemerlangan dalam kalangan mahasiswa.

Menurutnya, pertandingan berkenaan turut membuktikan seni persembahan pancaragam mampu diketengahkan melalui gabungan disiplin, kreativiti, kepimpinan dan semangat kebangsaan.

Kemuncak program menyaksikan dua sijil pengiktirafan MBOR disampaikan Pegawai Rasmi Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor kepada Mohd Sazili.

Pengarah Pusat Kesatria dan Kokurikulum (PKeKO), Datuk Dr Hasrol Jono p**a berkata, kejayaan itu hasil kerjasama UiTM Cawangan Perak, PKeKO, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), urus setia, jurulatih, pegawai pengiring, panel juri, sukarelawan serta kontinjen terlibat.

Menurutnya, pencapaian tersebut turut didorong persediaan dan latihan peserta dalam memastikan setiap persembahan dapat dilaksanakan dengan baik.

Sepanjang pertandingan, peserta berentap dalam beberapa kategori antaranya Percussion, Color Guard, Wind Ensemble, Drumline Battle serta beberapa kategori solo.

Selain pertandingan, seramai 686 ahli pancaragam bergabung mempersembahkan lagu kebangsaan, Negaraku yang membawa kepada pengiktirafan MBOR.

Pada pertandingan itu, Band of Spirit dari UiTM Shah Alam dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan UMBC 2026.

Penganjuran UMBC 2026 turut dilihat sebagai platform memperkembangkan bakat mahasiswa dalam seni pancaragam selain menerapkan elemen disiplin, kerja berpasukan dan kepimpinan menerusi aktiviti kokurikulum.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tan Sri Datoโ€™ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir atas pelantikan se...
23/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tan Sri Datoโ€™ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sahabat kami juga mantan PLPU UiTM, Tan Sri Datoโ€™ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tahniah dan Selamat menunaikan amanah Tan Sri dari seluruh warga UiTM.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan atas pelantikan semula sebagai Pengerusi LPU U...
23/09/2026

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan atas pelantikan semula sebagai Pengerusi LPU UMK bermula 21 Sep 2026-20 Sept 2028.

Tahniah diucapkan kepada sahabat kami, YBhg. Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan atas pelantikan semula sebagai Pengerusi LPU UMK bermula 21 Sep 2026-20 Sept 2028.

Tahniah dan selamat menunaikan amanah YBhg. Dato dari seluruh warga UiTM.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra...
23/09/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) berkuat kuasa dari 18 September 2026 hingga 17 September 2028.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) berkuat kuasa dari 18 September 2026 hingga 17 September 2028.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay atas lantikan sebagai Pengerusi Lembaga P...
23/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay atas lantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), berkuat kuasa mulai 16 September 2026 hingga 15 September 2029 .

Semoga UTeM terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay atas lantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), berkuat kuasa mulai 16 September 2026 hingga 15 September 2029 .

Semoga UTeM terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Tahniah kepada YBrs. Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad atas lantikan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengg...
23/09/2026

Tahniah kepada YBrs. Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad atas lantikan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu yang baharu berkuat kuasa mulai 28 September 2026.

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Prof. di atas pelantikan tersebut

Tahniah kepada YBrs. Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad atas lantikan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu yang baharu berkuat kuasa mulai 28 September 2026.

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Prof. di atas pelantikan tersebut dari seluruh warga UiTM.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
โ€Žุฏู…ูŠ ุงฺฌุงู… ุจฺ ุณุง ุฏุงู† ุชุงู†ู‡ ุงูŠุฑ
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ู„ูŠุง


โค๏ธ

Address

UiTM Cawangan
Lumut
32040

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rektor UiTM Cawangan Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share