TVET MARA Lumut

  • Home
  • TVET MARA Lumut
Call Website

TVET MARA Lumut for inquiries:
[email protected]
+6056881403, +6056884401

26/09/2026
TVETMARA LUMUT RANGKUL KEDUDUKAN TIGA TERATAS PENARAFAN UI GREENMETRIC 2026LUMUT — TVETMARA Lumut melakar satu lagi penc...
26/09/2026

TVETMARA LUMUT RANGKUL KEDUDUKAN TIGA TERATAS PENARAFAN UI GREENMETRIC 2026

LUMUT — TVETMARA Lumut melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya menduduki tempat ketiga terbaik dalam kalangan 26 kampus TVETMARA seluruh negara menerusi penarafan kelestarian antarabangsa, UI GreenMetric World University Rankings 2026.

Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa TWG Kerangka Pengurusan Amalan Hijau TVET@KKDW, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), TVETMARA Lumut turut mencatatkan kedudukan ke-50 di peringkat Malaysia serta menduduki tangga ke-1,328 di peringkat antarabangsa daripada 2,016 institusi yang dinilai.

Kejayaan ini meletakkan TVETMARA Lumut sebaris dengan institusi terbaik lain dalam memperkasakan kampus hijau di bawah payung TVET@KKDW. Kelompok tiga teratas ini turut diterajui oleh TVETMARA Lenggong di tempat pertama dan TVETMARA Pekan di kedudukan kedua.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan UI Green TVETMARA Lumut, barisan pengurusan, serta seluruh warga kampus atas komitmen padu dalam merealisasikan amalan kelestarian dan ekosistem hijau.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyokong aspirasi "Kita Bestari, TVET@KKDW Lestari" dan matlamat pembangunan mampan.

PESERTA TVETMARA LUMUT RAIH PENGIKTIRAFAN DI WORLDSKILLS COMPETITION (WSC) 2026 SHANGHAITahniah Haziq Syahmi Bin Nazri.
26/09/2026

PESERTA TVETMARA LUMUT RAIH PENGIKTIRAFAN DI WORLDSKILLS COMPETITION (WSC) 2026 SHANGHAI

Tahniah Haziq Syahmi Bin Nazri.

𝗣𝗘𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗜𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗜𝗧𝗜𝗢𝗡 (𝗪𝗦𝗖) 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗦𝗛𝗔𝗡𝗚𝗛𝗔𝗜

𝗦𝗛𝗔𝗡𝗚𝗛𝗔𝗜, 𝟮𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 — Bakat kemahiran Malaysia terus mendapat pengiktirafan di pentas antarabangsa apabila Haziq Syahmi Bin Nazri, peserta negara dari TVETMARA Lumut dalam bidang Car Painting di WorldSkills Competition (WSC) 2026 Shanghai, berjaya meraih 3rd Sustainable Practice Excellence Award daripada Glasurit International yang juga merupakan penaja pertandingan bagi bidang tersebut
Anugerah ini mengiktiraf 3 peserta terbaik dunia daripada 24 negara dengan amalan kerja yang menekankan aspek kecekapan penggunaan bahan pertandingan, pengurangan pembaziran serta amalan yang lebih lestari (sustainable) sepanjang pertandingan
Pencapaian Haziq Syahmi membawa makna besar kepada TVETMARA apabila peserta yang dibangunkan melalui ekosistem pendidikan dan latihan kemahiran TVETMARA berjaya menerima pengiktirafan tiga peserta terbaik dunia daripada pihak industri di pentas pertandingan kemahiran bertaraf dunia
Daripada TVETMARA Lumut ke pentas WorldSkills Shanghai, Haziq Syahmi kini membawa satu lagi pencapaian yang mengangkat nama Malaysia dalam bidang kemahiran. Pengiktirafan 3rd Sustainable Practice Excellence Award menjadi bukti bahawa bakat TVETMARA mampu mencapai tahap kompetensi yang diiktiraf di peringkat dunia


26/09/2026

FINAL DAY : WORLDSKILLS COMPETITION (WSC) 2026, SHANGHAI

Selamat berjuang wira TVETMARA untuk hari terakhir di Shanghai…Demi Malaysia!!

26/09/2026
TVETMARA Lumut Anjur Ceramah "Menilai Semula Sejarah Dari Kacamata Peribumi"Pusat Islam Al-Makmur TVETMARA Lumut telah m...
25/09/2026

TVETMARA Lumut Anjur Ceramah "Menilai Semula Sejarah Dari Kacamata Peribumi"

Pusat Islam Al-Makmur TVETMARA Lumut telah menganjurkan program ceramah khas bertajuk "Menilai Semula Sejarah Dari Kacamata Peribumi" pada Jumaat, 25 September 2026, bertempat di Dewan Mohd Anwar.

Program ini menampilkan Pensyarah Kanan Bahagian Sejarah dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Prof. Madya Dr. Azmi Arifin, sebagai penceramah jemputan bagi membicarakan naratif sejarah tanah air mengikut perspektif peribumi tempatan bersama warga kampus.

25/09/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 & 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Mahzan bin Teh atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MARA yang baharu.

Pelantikan ini cukup bermakna apabila beliau menjadi Pegawai Latihan Vokasional pertama yang menerajui MARA, membawa bersama pengalaman dan kepakaran dalam bidang pendidikan serta latihan kemahiran.

Semoga kerjasama erat antara JPK dan MARA, khususnya dalam agenda TVET, terus diperkukuh dalam usaha memperkasa pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan modal insan negara.

Tahniah YBrs. Ir. Dr. Mahzan bin Teh. Selamat menjalankan amanah dan semoga terus sukses menerajui MARA.

25/09/2026

Address

Jalan Dato' Seri Kamaruddin

32040

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056881403

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TVET MARA Lumut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share