07/05/2026
.
✨ BENGKEL & CABARAN INSPIRASI INOVASI PINTAR – ONSEMI, UTeM, JPN Negeri Sembilan & PPD SEREMBAN 2026 ✨
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK) dengan kerjasama JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Negeri Sembilan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban telah berjaya melaksanakan Bengkel dan Cabaran Inspirasi Inovasi Pintar di bawah Geran Antarabangsa ONSEMI 2025/2026. Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif memperkasa pendidikan STEM, TVET dan pemikiran komputasional dalam kalangan pelajar sekolah di Negeri Sembilan.
📍 Program telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 5 Mei hingga 6 Mei 2026 di Dewan SK Wawasan, Seremban, melibatkan sebanyak 65 kumpulan/sekolah daripada sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Seremban.
📚 Sepanjang program, peserta didedahkan kepada:
🔹 Pengaturcaraan asas Arduino dan Micro:bit
🔹 Aktiviti hands-on dan pembelajaran interaktif
🔹 Pemikiran komputasional (computational thinking)
🔹 Penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif
🔹 Cabaran inovasi berasaskan projek
Bagi kategori sekolah menengah, peserta menjalani bengkel pengaturcaraan Arduino sebelum menyertai pertandingan inovasi secara berkumpulan. Manakala bagi kategori sekolah rendah, peserta mengikuti latihan asas Micro:bit dan cabaran pengaturcaraan interaktif. Program ini memberi peluang kepada pelajar meneroka teknologi sebenar serta meningkatkan keyakinan diri dalam bidang STEM dan TVET.
Pemenang Slot Cabaran Inovasi – 5 Mei 2026
🥇 Johan: SMK Chan Wa, G14
🥈 Naib Johan: SMK Puteri, G15
🥉 Ketiga: SM Teknik Tuanku Jaafar, G20
🏅 Keempat: Sekolah Dato’ Abdul Razak, G11
🏅 Kelima: SMK Dato Sheikh Ahmad, G12
Pemenang Slot Cabaran Inovasi – 6 Mei 2026
🥇 Johan: SMK Chan Wa II, G3
🥈 Naib Johan: SMK Seremban 2, G11
🥉 Ketiga: SMK Bukit Kepayang, G8
🏅 Keempat: SMK Taman Tuanku Jaafar, G12
🏅 Kelima: SMK Dato’ Shahardin, G20
👏 Sekalung penghargaan kepada barisan pensyarah dan urus setia program:
• Dr. Mas Haslinda Binti Mohamad
• Dr. Mawarni Binti Mohamed Yunus
• Ir. Dr. Fairul Azhar Bin Abdul Shukor
• Prof. Madya Ts. Dr. Faiz Bin Arith
• Ts. Dr. Nur Fatihah Binti Azmi
Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada pihak ONSEMI Foundation, JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Negeri Sembilan, PPD Seremban, guru-guru pengiring, fasilitator, urus setia serta semua sekolah yang terlibat dalam menjayakan agenda pembangunan bakat STEM dan inovasi teknologi dalam kalangan generasi muda.
🌱 Diharapkan program seperti ini dapat terus melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan masa depan teknologi negara.