Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi - UTeM

Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi - UTeM “This is the official Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UTeM page..”

لَبَّيْكَ ٱللَّٰهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ ٱلْحَمْدَ وَٱلنِّعْمَةَ لَكَ وَٱلْمُلْكَ، ل...
26/05/2026

لَبَّيْكَ ٱللَّٰهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ ٱلْحَمْدَ وَٱلنِّعْمَةَ لَكَ وَٱلْمُلْكَ، لَا شَرِيكَ لَكَ

“Alhamdulillah.. Seluruh warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) ingin mengucapkan Salam Aidiladha 1447H kepada semua warganet dan semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini menperkukuhkan nilai keikhlasan, pengorbanan dan ukhuwah sesama insan.. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan Rahmat Allah S.W.T..”

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

6 Mei 2026 | JEMPUTAN MENGHADIRI SIRI 1/2026 CITRA AKADEMIA : ‘PERJALANAN AKADEMIK, BERSAMA KITA TEMPUHI’ DI UNIVERSITI ...
06/05/2026

6 Mei 2026 | JEMPUTAN MENGHADIRI SIRI 1/2026 CITRA AKADEMIA : ‘PERJALANAN AKADEMIK, BERSAMA KITA TEMPUHI’ DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)*

Sukacita dimaklumkan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan menganjurkan program Citra Akademia Siri 1/2026 di bawah Program Mentor Menti dengan kerjasama Majlis Profesor Universiti (MPU) dan Pejabat Pendaftar seperti ketetapan berikut:

*Tarikh : 06 Mei 2026 (Rabu)*

*Masa : 02.30 petang sehingga selesai*

*Tempat : Dewan Auditorium FTKIP , UTeM*

*Tajuk : Cerita & Cabaran dalam Dunia Akademik: Kepimpinan Penyelidikan & Penyeliaan*

*Penceramah : Profesor Dr. Zahriladha bin Zakaria*
*Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)*

4 Mei 2026 | “Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mengadakan Jer...
06/05/2026

4 Mei 2026 | “Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mengadakan Jerayawara Pasukan TNC (P&I) Bersama Fakulti Teknologi Maklumat Komunikasi (FTMK)..”

“Sesi ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang lebih jelas kepada semua staf akademik UTeM tentang aktiviti penyelidikan, pengkomersilan, hubungan industri, komuniti dan lain-lain yang berkaitan serta menjawab isu-isu yang diutarakan dikalangan mereka berkenaan perkara yang dibangkitkan..”

2 Mei 2026 | YBrs. TNCPI-UTeM Prof Dr Zahriladha Zakaria selalu Komandan KÖR SISPA UTeM hadir pada pagi ini untuk pelepa...
02/05/2026

2 Mei 2026 | YBrs. TNCPI-UTeM Prof Dr Zahriladha Zakaria selalu Komandan KÖR SISPA UTeM hadir pada pagi ini untuk pelepasan dan ucap selamat kepada Majlis Tertinggi, Pegawai dan Kadet ke Latihan Medan KÖR SISPA UTeM Siri-10 Sesi 2025/2026 di Nur Jannah Campsite Eco, Pekan Nenas , Johor.. Moga dipermudahkan segala urusan..

1 Mei 2026 | Pejabat TNCPI ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Pekerja 2026’.. Dedikasi dan usaha gigih anda adalah tunjang ...
01/05/2026

1 Mei 2026 | Pejabat TNCPI ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Pekerja 2026’.. Dedikasi dan usaha gigih anda adalah tunjang kejayaan organisasi.. Terima kasih atas segala sumbangan yang tidak ternilai dalam memacu kemajuan negara."

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan penuh komit...
23/04/2026

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan penuh komitmen menyokong serta menyertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit bersempena sambutan Hari Buku Sedunia 2026 yang akan diadakan pada 23 April 2026.

Program ini merupakan satu inisiatif berimpak tinggi dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga universiti, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan masyarakat berilmu, berfikiran kritis dan inovatif. Pembudayaan membaca bukan sahaja memperkaya ilmu pengetahuan, malah menjadi asas penting dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan dan inovasi di universiti.

Seiring dengan tema “Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa”, Pejabat TNC (P&I) melihat aktiviti ini sebagai platform strategik untuk:
Meningkatkan literasi ilmu dalam kalangan penyelidik, pensyarah dan pelajar;
Merangsang pemikiran kreatif dan inovatif melalui pendedahan kepada pelbagai sumber ilmu;
Memperkasa budaya knowledge sharing dan pembelajaran sepanjang hayat;
Menyokong penghasilan penyelidikan berkualiti tinggi yang berasaskan pengetahuan luas dan mendalam.

Penyertaan dalam program ini juga mencerminkan komitmen berterusan UTeM dalam menyokong agenda nasional ke arah pembentukan masyarakat berpengetahuan serta memperkukuh kedudukan universiti sebagai hab kecemerlangan penyelidikan dan inovasi.

“Buku Membuka Fikiran, Menginspirasi Hati, Mengubah Dunia”

Perpustakaan Laman Hikmah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

20 April 2026 | Pejabat TNCPI UTeM telah menerima kunjungan hormat daripada wakil FENECON yang terdiri daripada Mr. Thom...
21/04/2026

20 April 2026 | Pejabat TNCPI UTeM telah menerima kunjungan hormat daripada wakil FENECON yang terdiri daripada Mr. Thomas Goesswin, Mr. Uwe Fuchs, Dr. Han Yu dan Encik Haseef Hizan bersama dengan wakil UHSB bagi membincangkan kerjasama industri yang boleh diterokai”.

“11 Syawal 1447H - YBrs. TNCPI-UTeM Prof Dr Zahriladha Zakaria menerima jemputan menghadiri ke Majlis Himpunan Setia Bil...
31/03/2026

“11 Syawal 1447H - YBrs. TNCPI-UTeM Prof Dr Zahriladha Zakaria menerima jemputan menghadiri ke Majlis Himpunan Setia Bil. 1/2026 & Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Ke-74 yang diadakan di Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia , Melaka.. Terima kasih atas jemputan dan moga majlis berjalan dengan lancar..”

Ucapan daripada YBrs. Tuan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Melaka : Berdasarkan perancangan strategik semasa (2023–2030), berikut adalah Empat Teras Strategik Utama yang menjadi panduan operasi dan pembangunan APM:

1. Pemantapan Dasar dan Perundangan :
Teras ini memfokuskan kepada pengukuhan punca kuasa APM agar kekal relevan dengan cabaran semasa.
• Pengukuhan Akta 221: Menyemak semula Akta Pertahanan Awam 1951 untuk memperluas fungsi dan kuasa anggota dalam situasi kecemasan.
• Penyelarasan Dasar: Memastikan dasar pertahanan awam selari dengan Dasar Pengurusan Bencana Negara dan komitmen antarabangsa.

2. Keutuhan Rakyat dan Kesejahteraan Negara :
Fokus utama adalah membina komuniti yang berdaya tahan (resilient) terhadap bencana.
• Pendidikan Pertahanan Awam: Melaksanakan program latihan kepada orang awam, sekolah (Kadet PA), dan universiti (Sispa).
• Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM): Melatih penduduk setempat agar mampu bertindak sebagai "responden pertama" sebelum bantuan profesional tiba.

3. Pemerkasaan Angkatan :
Menumpukan kepada kualiti modal insan dan kecukupan logistik untuk meningkatkan kecekapan operasi.
• Pembangunan Sumber Manusia: Meningkatkan kompetensi anggota tetap dan sukarelawan melalui latihan kepakaran menyelamat, perubatan kecemasan, dan pengurusan pusat pemindahan.
• Pemodenan Aset: Memperoleh aset-aset kritikal seperti ambulans, bot penyelamat, kenderaan pacuan empat roda, dan peralatan komunikasi satelit.

4. Pemantapan Penyampaian Perkhidmatan :
Teras ini bertujuan untuk mempercepatkan masa tindak balas (response time) dan kualiti bantuan kepada rakyat.
• Digitalisasi Operasi: Mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat (ICT) dan sistem amaran awal dalam pengurusan bencana.
• Pengukuhan PKOD: Memastikan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) berfungsi secara optimum 24/7 dengan sokongan data yang tepat.
• Kolaborasi Strategik: Menjalin kerjasama dengan agensi keselamatan lain (BOMBA, PDRM, KKM) serta NGO untuk penyelarasan misi bantuan yang lebih tersusun.

"Sedia, Pantas, Berintegriti"

“Rentetan daripada Program Sentuhan Kasih Ramadan UTeM 1447H pada 16 Mac 2026 bagi menyantuni masyarakat sekitar Duyong....
20/03/2026

“Rentetan daripada Program Sentuhan Kasih Ramadan UTeM 1447H pada 16 Mac 2026 bagi menyantuni masyarakat sekitar Duyong.. jumpa ladi di Ramadan tahun hadapan.. in shaa Allah..”

20/03/2026

Alhamdulillah, kita dipertemukan dengan Syawal setelah melalui madrasah Ramadan yang penuh dengan keberkatan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UTeM, rakan kolaborasi, serta semua yang mengenali.

Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT, dikurniakan keampunan,
serta terus diberikan kekuatan untuk melangkah dengan penuh hikmah dan keikhlasan dalam setiap amanah yang dipikul.

Semoga Aidilfitri ini juga menjadi ruang untuk kita memperkukuh silaturrahim, menyuburkan nilai kebersamaan, serta terus menyumbang dengan penuh dedikasi dalam memacu kecemerlangan penyelidikan dan inovasi.

Andai ada kekhilafan dan kekurangan, saya dengan penuh rendah hati memohon ampun dan maaf.

Salam Aidilfitri 1447H - Minal Aidin wal Faizin.

Maaf zahir dan batin.

Ikhlas,
Zahriladha Zakaria
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Address

Malacca City
76100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi - UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi - UTeM:

Share