23/09/2020
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk Wira/Datuk/Profesor/Profesor Madya/Ir./Dr./Tuan/Puan,
MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PJP PROTOTAIP (PEMBANGUNAN PRODUK)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Geran PJP Prototaip (Pembangunan Produk) akan dibuka. Peruntukan Geran PJP Prototaip (Pembangunan Produk) merupakan suntikan kewangan daripada UTeM di bawah peruntukan PJP. Geran yang diperuntukkan adalah untuk penghasilan produk-produk yang mempunyai permintaan pasaran dan berpotensi untuk dikomersilkan.
3. Sehubungan itu, para penyelidik yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan mulai 18 September 2020 menggunakan borang yang telah disediakan. Bersama-sama ini dilampirkan borang permohonan dan garis panduan untuk rujukan pihak YBhg. Datuk Wira/Datuk/Profesor/Profesor Madya/Ir./Dr./Tuan/Puan.
4. Pihak penyelidik adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan dihantar mengikut tempoh masa serta telah memenuhi semua syarat dan kriteria penilaian yang ditetapkan. Semua permohonan hendaklah melalui Pengurus CoE. Penyelidik juga dimohon agar mengambil perhatian dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh pihak Pusat Pengkomersilan (UCC).
5. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk Wira/Datuk/Profesor/Profesor Madya/Ir./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
b/p Pengarah Pusat Pengkomersilan
Borang geran prototaip pembangunan produk
https://utemedu-my.sharepoint.com/:w:/g/personal/d031810255_student_utem_edu_my/EfKdIFl0ACFIjDPFz17ilisBS7VxEV76lMOWpHSIWkCVIQ?e=62PP4V
Garis Panduan geran prototaip pembangunan produk
https://utemedu-my.sharepoint.com/:b:/g/personal/d031810255_student_utem_edu_my/Eb130J9rDNZHnGJGgyDl4cYBvzi5Kv5b8l_RnXu1cZom3A?e=IEcflq