20/09/2026
🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelab Mahasiswa/i Pengurusan Maritim (MAPEM) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada mahasiswa/i yang terlibat diatas pertaulihan sebagai Leftenan Muda Palapes Laut dan Palapes Darat sempena istiadat perbarisan pertaulihan Diraja dan pengurniaan watikah tauliah pegawi kadet Palapes Universiti Awam ke-44 Tahun 2026.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen, dedikasi, serta semangat juang yang tinggi dalam mengharumkan nama fakulti dan universiti. Semoga pencapaian ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada diri sendiri dan keluarga, malah turut mengangkat nama UMT di persada kejayaan.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga UMT, khususnya mahasiswa/i pengurusan maritim, untuk terus cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum serta melahirkan lebih banyak graduan yang berkaliber.
Tahniah kepada semua penerima penghargaan dan pengiktirafan. Teruskan melakar kejayaan dan menginspirasikan kecemerlangan! ⚓💙
Kelab Mahasiswa Pengurusan Maritim (MAPEM)
Sesi 2025/2026
Yang Menjalankan Amanah,
Kelab Mahasiswa Pengurusan Maritim (MAPEM)
Universiti Malaysia Terengganu