14/08/2026
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐จ๐๐ค ๐๐ฎ๐๐ข๐ญ ๐๐ฐ๐๐๐ค๐ซ๐๐๐ข๐ญ๐๐ฌ๐ข ๐ค๐ ๐๐๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ค๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ก๐ฆ๐๐ง ๐๐โ๐ค๐ฎ๐(๐๐๐๐๐๐)
๐๐๐๐๐๐
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah melaksanakan Mock Audit Swaakreditasi UNIMAS pada 12 hingga 14 Ogos 2026 bertempat di Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS. Pelaksanaan mock audit ini merupakan sebahagian daripada usaha universiti untuk menilai tahap kesiapsiagaan serta memperkukuh amalan jaminan kualiti institusi sebelum penilaian sebenar Swaakreditasi oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Pada 12 Ogos 2026, telah berlangsung Sesi Audit Entrance Meeting pada sebelah pagi, diikuti dengan sesi temu bual bersama Pengarah Pusat Tanggungjawab (PTj) UNIMAS pada sebelah petang. En. Macfarlaine Anak Gilbert Jim Dibuad, Timbalan Pengarah PeTARY, telah hadir dalam kedua-dua sesi berkenaan.
Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Mock Audit Swaakreditasi UNIMAS, lawatan fasiliti ke PTj yang terpilih telah diadakan pada 14 Ogos 2026 (Jumaat), bermula jam 8.30 pagi. Perpustakaan Tun Abdul Rahman Yaโkub telah terpilih sebagai salah satu PTj yang menerima kunjungan Panel Penilai.
Lawatan tersebut telah diketuai oleh:
Prof. Dr. Hanim binti Salleh, Ketua Panel Penilai dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), bersama Ts. Dr. Ade Syaheda Wani binti Marzuki, Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti Akademik, UNIMAS.
Ketibaan mereka telah disambut oleh barisan Pustakawan, PeTARY, iaitu:
1. En. Macfarlaine Anak Gilbert Jim Dibuad
2. En. Zaiden bin Sanyut
3. Pn. Huzaimah binti Abdul Rani
4. En. Aziz bin Tuah
5. Pn. Hejilda Hendrick
Lawatan ini memberi peluang kepada Panel Penilai untuk meninjau secara langsung kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub (PeTARY).
kredit foto : Bahagian Jaminan Kualiti Akademik UNIMAS