Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh

Call Website

Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh Akademi Pendidikan Al Istiqamah merupakan jawatankuasa pengurusan baru yang akan akan bertanggungjawab kepada Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh Phg

Bukan Sekadar Hafal, Tetapi Memahami Kami percaya pendidikan bukan hanya tentang menghafaz al-Quran, tetapi juga memaham...
19/09/2026

Bukan Sekadar Hafal, Tetapi Memahami

Kami percaya pendidikan bukan hanya tentang menghafaz al-Quran, tetapi juga memahami, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan.

Suasana belajar, bertanya, berbincang dan berani tampil ke hadapan. Semuanya sebahagian daripada proses membentuk generasi al-Quran.
________________

PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2027 DAH DIBUKA!

Tekan link di bawah untuk buat permohonan kemasukan:

https://forms.gle/6mjxThkgs856uc4P8

Jangan tunggu lama-lama.

Daftar sekarang!


PRA SYAHADAH PELAJARSyukur pada Allah, dua orang pelajar kami telah selesai Pra-Syahadah iaitu Adik Wafa Al-Hana  pra-sy...
18/09/2026

PRA SYAHADAH PELAJAR

Syukur pada Allah, dua orang pelajar kami telah selesai Pra-Syahadah iaitu Adik Wafa Al-Hana pra-syahadah juzuk 1-20 dan Adik Siti Nur Adibah pra-syahadah juzuk 30,1-5.

Semoga usaha mengulang-ngulang Al Quran ini diberkati Allah dan semoga berjaya meneruskan proses hafazan dan syahadah hingga ke akhirnya.

Maahad Tahfiz Al-Istiqamah
Membentuk Generasi Rabbani

=================
Jom bersama kami melahirkan generasi huffaz rabbani dan sama-sama menyumbang bagi dana pendidikan dan program pelajar.

Maybank
Akaun Maybank : 556057547971
( Maahad Tahfiz Al Istiqamah )

Jazakumullah.

Maahad Tahfiz Al-Istiqamah
Membentuk Generasi Rabbani

#2026

17/09/2026

PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2027 DAH DIBUKA!

Ayah, ibu… dah bersedia nak daftarkan anak ke MTIS?

Permohonan Pelajar Baru Tingkatan 1 Tahun 2027 kini dibuka.

Jom daftar sekarang.

Tekan link di bawah untuk buat permohonan kemasukan:

https://forms.gle/6mjxThkgs856uc4P8

Jangan tunggu lama-lama.

Daftar sekarang!


CATATAN BERSEJARAH BUAT MTIS13 September 2026 menjadi satu tarikh yang cukup bermakna buat seluruh warga Maahad Tahfiz A...
17/09/2026

CATATAN BERSEJARAH BUAT MTIS

13 September 2026 menjadi satu tarikh yang cukup bermakna buat seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Istiqamah (MTIS).

Genap 1 dekad penubuhan MTIS, detik istimewa ini turut diserikan dengan kehadiran tokoh ulama Malaysia, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang hadir merasmikan sambutan 1 Dekad Penubuhan MTIS.

10 tahun bukanlah satu perjalanan yang singkat. Banyak cerita, perjuangan, air mata, pengorbanan dan doa yang mengiringi perjalanan MTIS sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, satu lagi lembaran sejarah telah tercatat.

Semoga MTIS terus melangkah jauh, istiqamah mendidik generasi Al-Quran dan melahirkan anak-anak yang bukan sahaja menghafaz Al-Quran, tetapi mampu membawa nilai Al-Quran dalam kehidupan.

10 tahun berlalu, perjalanan masih panjang.



ANAK DAH NAK MASUK TINGKATAN 1?Jom sertai Maahad Tahfiz Al Istiqamah (MTIS) dan mulakan perjalanan pendidikan bersama Al...
17/09/2026

ANAK DAH NAK MASUK TINGKATAN 1?

Jom sertai Maahad Tahfiz Al Istiqamah (MTIS) dan mulakan perjalanan pendidikan bersama Al-Quran, ilmu dan tarbiah.

Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2027 kini dibuka!

Tempat adalah terhad.

Tekan link di bawah untuk daftar sekarang!

https://forms.gle/6mjxThkgs856uc4P8

Jangan tunggu lama-lama.

Daftar sekarang!


PEMBANGUNAN PONDOK WAKAF AL-ISTIQAMAH SEDANG BERLANGSUNGAlhamdulillah, sedikit demi sedikit Pondok Wakaf Al-Istiqamah se...
16/09/2026

PEMBANGUNAN PONDOK WAKAF AL-ISTIQAMAH SEDANG BERLANGSUNG

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit Pondok Wakaf Al-Istiqamah sedang dibangunkan.

Cita-cita kami bukan sekadar membina sebuah bangunan, tetapi ingin menjadikan tanah ini sebagai pusat pendidikan dan pengajian agama yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

Insya-Allah, ia akan menjadi ruang untuk orang dewasa terus menuntut ilmu, mendalami agama serta memperbaiki diri.

Namun, perjalanan ini masih panjang. Kos pembinaan dan pembangunan masih perlu diteruskan.

Bagi yang berminat untuk membeli tapak wakaf atau ingin membantu menyumbang bagi menampung kos-kos pembangunan Pondok Wakaf Al Istiqamah, boleh hubungi kami melalui WhatsApp di nombor di bawah.

www.wasap.my/60199610849/PondokAlIstiqamah

📍 Lokasi: Pondok Wakaf Al Istiqamah
https://maps.app.goo.gl/CBiKWpwMZMsv5L6g7

“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga.” – HR. Muslim

15/09/2026

Sesi pengambilan pelajar tingkatan 1 untuk tahun 2027 dibuka.

Deras daftar . Tarikh tutup permohonan pada 15 November 2026.

Link Daftar:

https://forms.gle/6mjxThkgs856uc4P8

Alhamdulillah, terima kasih buat semua jemaah yang hadir malam tadi.Setinggi-tinggi penghargaan juga buat seluruh tetamu...
14/09/2026

Alhamdulillah, terima kasih buat semua jemaah yang hadir malam tadi.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat seluruh tetamu dan jemputan yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam Kuliah Maghrib Perdana UAI.

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan benar-benar memeriahkan majlis ilmu ini.

Sungguh, apabila kita melangkahkan kaki ke majlis ilmu, kita bukan sahaja mencari ilmu, tetapi berusaha membentuk diri menjadi insan yang lebih berkualiti, berilmu dan bermanfaat dalam kehidupan.

Terima kasih Temerloh. Terima kasih semua. Semoga kita terus bertemu dalam majlis-majlis ilmu yang akan datang.............................
💛 Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:

Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)






Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kelahiran cahaya mata baharu. Semoga kehadiran si kecil menjadi penyeri keluarga,...
14/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kelahiran cahaya mata baharu. Semoga kehadiran si kecil menjadi penyeri keluarga, membawa kebahagiaan serta menjadi anak yang soleh/solehah dan penyejuk hati buat kedua ibu bapa.

Lebih istimewa, cahaya mata ini turut mendapat tahnik daripada UAI. Masya-Allah, satu kenangan yang pastinya sangat bermakna buat keluarga.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan, keberkatan dan kehidupan yang penuh kebaikan buat si kecil.............................
💛 Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:

Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)






Alhamdulillah, satu lagi detik bersejarah buat MTIS!Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat UAI atas kesudian ...
14/09/2026

Alhamdulillah, satu lagi detik bersejarah buat MTIS!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat UAI atas kesudian hadir dan merasmikan 1 Dekad Penubuhan Maahad Tahfiz Al-Istiqamah (MTIS).

Sungguh, perasmian ini menjadi satu kenangan yang sangat bermakna buat seluruh warga MTIS.

Ia juga menjadi bukti bahawa MTIS bukan sekadar sebuah institusi pendidikan, tetapi dibina dengan satu cita-cita besar iaitu menjadikan MTIS sebagai pusat pendidikan Al-Quran dan ilmu yang dekat dengan masyarakat serta menjadi milik manfaat orang ramai.

10 tahun mungkin satu tempoh yang panjang, tetapi perjalanan ini baru sahaja bermula.

Insya-Allah, dengan sokongan masyarakat, doa dan usaha semua pihak, kita akan terus melangkah lebih jauh dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada ummah.

Terima kasih UAI, terima kasih warga Temerloh dan terima kasih kepada semua yang terus bersama MTIS.

10 Tahun MTIS, kita terus melangkah!............................
💛 Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:

Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)






Address

Lot 2016 Kg Padang Lalang KM8 Jalan Maran
Maran
2800

Opening Hours

Monday 20:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60199610849

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share