Official - Ma'ahad Assultan Ahmad Shah Addini

Official - Ma'ahad Assultan Ahmad Shah Addini Page Rasmi Ma'aahad SAS ditubuhkan untuk mengumpulkan seluruh bekas pelajar dari sekolah ini dari tahun 1985 hingga kini.

Terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi Mara ( UITM), Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini atau Ma’ahad SAS adalah satu-satunya sekolah menengah agama yang terdapat di Bandar Jengka ini. Nama Ma’ahad ini merupakan satu-satunya gelaran yang diberikan kepada Sekolah Agama Kerajaan Negeri di negeri Pahang ini. Pada tahun 1985, Ma’ahad ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Jengka Pusat

(SMAJP). Bangunan SMAJP ini pada mulanya terletak di kawasan perumahan Desa Jaya dan merupakan bangunan yang disewa khas oleh Jabatan Agama Islam Pahang dari Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Bangunan ini menempatkan kelas, pejabat, bilik gerakan, dan asrama. Ketika itu warga SMAJP berada dalam keadaan serba kekurangan di samping bangunan yang terletak di tengah-tengah perumahan Desa Jaya. Selain daripada bangunan yang disewa tersebut, terdapat beberapa kemudahan fizikal yang di dalam kawasan SMAJP ini. Antaranya ialah sebuah bangunan sumbangan ihsan LKWJ. Dengan adanya bangunan ini, maka ia dapat digunakan untuk menempatkan kelas, kediaman guru dan stor. Selain dari itu terdapat sebuah bangunan kayu yang mengandungi kelas dan surau. Hasil daripada usaha gotong royong juga terbinalah dua bangunan tandas dan bilik mandi untuk kemudahan pelajar asrama SMAJP. Selain dari itu pelajar-pelajar dan guru-guru juga disediakan sebuah kantin yang juga berfungsi sebagai dewan makan asrama. Pada awal penubuhan SMAJP bilangan pelajar yang memasuki sekolah ini adalah seramai 119 orang pelajar kelas peralihan dengan tenaga pengajar seramai 3 orang. Jumlah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Peluang untuk pelajar adalah terhad di mana sekolah ini hanya mampu menyediakan kelas sehingga tingkatan 3 sahaja. Selepas tamat SRP (PMR) mereka akan menyambung pelajaran ke tingkatan 4 di sekolah lain. Dalam mengharungi keadaan yang serba kekurangan ini, SMAJP sebenarnya telah dijanjikan sebuah kompleks yang serba lengkap dan canggih yang masih dalam pembinaan. SMAJP mengharapkan kompleks tersebut disiapkan secepat yang mungkin. Namun kompleks yang dijangka siap pembinaannya pada tahun 1995 masih tidak dapat disiapkan mengikut jadual berikutan pelbagai masalah yang melanda. Pada bulan Januari tahun 1996, kawasan perumahan Desa Jaya ditinggalkan buat selamanya dan seluruh warga SMAJP berkampung di Kompleks yang serba canggih ini walaupun sebenarnya ia masih dalam proses terakhir pembinaan. Selepas beberapa bulan kompleks ini siap sepenuhnya dengan kos perbelanjaan melebihi 10 juta ringgit. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan perkembangan dan kemajuan Ma’ahadSAS dari sudut pelajaran dan peperiksaan. Pencapaian yang memberangsangkan dari tahun ke tahun, hasil usaha kerjasama yang erat antara pihak sekolah di bawah pentadbiran Tuan Haji Mohammed dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Keupayaan Ma’ahad menonjol dengan lebih cemerlang dari sudut pencapaian yang memberangsangkan dalam peperiksaan persijilan menyebabkan ia mula disegani, terutamanya oleh sekolah-sekolah menengah di bawah kementerian pendidikan. Dengan prasarana yang lengkap dan canggih, Ma’ahadSAS sebenarnya masih menanti saat-saat untuk menempa dirinya ke dunia luar dengan lebih meyakinkan lagi. Saat yang dinantikan hampir tiba apabila timbul desas-desus yang menyatakan kompleks yang serba lengkap ini akan “dicukur kepala dan diberi nama” dalam satu upacara perasmian. Tahun 1999 adalah tahun keramat bagi Ma’ahadSAS apabila pada bulan April akan diisytiharkan satu majlis gemilang iaitu perasmian kompleks Ma’ahadSAS. Berbagai aturcara dan persiapan dibuat sehingga PIBG terpaksa turun padang dengan lebih kerap dan agresif. Gotong royong demi gotong royong dan disusuli dengan gotong royong perdana anjuran PIBG telah dibuat pada 21hb Mac 1999. Pada 2hb April satu mesyuarat khas PIBG telah diadakan sebagai langkah dan kesepakatan terakhir sebelum tiba detik bersejarah tersebut. Pada 4hb April satu lagi gotong royong diadakan dengan kawasan kerja meliputi keseluruhan kompleks Ma’ahadSAS. Perbincangan dan mesyuarat samada antara pihak Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, wakil-wakil Jabatan dan agensi, Protokol, JAIP, PIBG dan sekolah telah diadakan demi melancarkan upacara gemilang tersebut. Setelah ditangguh untuk beberapa hari, akhirnya tanggal 7hb April telah dipilih apabila KDYMM melengkapkan siri lawatannya ke Daerah Maran dengan merasmikan kompleks baru Sekolah Menengah Agama Jengka Pusat ini. Terukirlah nama Ma’ahad as-Sultan Ahmad Shah ad-Dini di plak perasmian apabila tirai disingkap oleh baginda dalam upacara gemilang tersebut. Turut hadir di upacara tersebut adalah KDYMM Sultanah Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob yang mewakili Menteri Besar ketika itu, dif-dif kehormat, wakil-wakil seluruh agensi Negeri Pahang dan penduduk tempatan. Semoga Ma’ahadSAS akan lebih mantap dan yakin di hari-hari mendatang. Syabas, Mabruk dan Bravo untuk Ma’ahadSAS serta seluruh warganya. Pengetua yang pertama ini dilahirkan pada 6hb Julai 1932. Anak kelahiran Perak ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Bagan Pasir (1938-1940) Pada masa pendudukan Jepun beliau masih meneruskan pengajiannya di bawah sistem pendidikan Jepun. Pada tahun 1946 beliau lulus darjah enam dan menjadi guru sehinggalah beliau berhenti pada tahun 1948 untuk meneruskan pengajian di Madrasah al-Ulum asy-Syariah, Bagan Datoh. Setelah memperoleh Sijil Sanawi beliau meruskan lagi pengajian di Madrasah al-Irsyad Asyraful Wataniah, Sungai Bakap Seberang Perai (1955-1959) dan memperoleh sijil tertinggi, Qismul Ali. Beliau berumah tangga pada tahun 1960 dan mula berkhidmat di Sekolah Rakyat al-Islahud Diniah, Matang Kunda, Bagan Datoh sehinggalah beliau berhijrah ke Pahang pada bulan April, 1964. Di Pahang, beliau dilantik sebagai Pengetua di Madrasah al-Mahmudiah, Kertau. Beliau kemudian berpindah ke Sekolah Menengah al-Arabiah, Chenor pada tahun 1965 dan berkhidmat sebagai pengetua. Pada 1hb Disember 1966 beliau berpindah ke sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Agama Chenor sehingga tahun 1970 apabila sekolah ini diiktiraf oleh kerajaan Negeri dan khidmat beliau sebagai pengetua diganti oleh Ustaz Nordin. Beliau menjadi Penolong Kanan bermula dari tahun 1971 sehingga 1984. Sepanjang khidmat cemerlang beliau dalam tahun tahun tersebut beliau berkesempatan meneruskan pengajian di peringkat Diploma Perguruan di Sultan Idris Training College (SITC) (1979 -1982). Pada tahun 1985 beliau dipilih sebagai pengetua di Sekolah Menengah Agama Jengka Pusat yang terletak di kawasan perumahan Desa Jaya. Bangunan sekolah ini merupakan bangunan yang disewa dari Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dengan kadar sewa RM3000 sebulan. Sepanjang khidmat beliau di SMAJP ini, beliau sangat mengutamakan kebersihan persekitaran sekolah terutama di dalam bilik darjah. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kasut di dalam kelas. Beliau sangat mengambil berat terhadap kebajikan pelajar dan pernah tidak dapat melelapkan mata sehingga semua pelajar telah tidur. Beliau bersara pada 1hb Disember 1989 dan kini menetap di Perumahan Desa Jaya, berhampiran bangunan SMAJP yang pada ketika ini telah dijadikan Kolej Sentral. Walaupun begitu, beliau merupakan aktivis masyarakat dan khidmat beliau masih diperlukan. Beliau masih berkesanggupan memenuhi jadual waktu kuliah-kuliah agama dan kelas-kelas fardhu ain dan sangat peka terhadap perkembangan semasa, terutama sains dan teknologi.

14/03/2026

Majlis khatam AlQuran
Tarikh: 15/3/2026
Masa: jam 5:00ptg- 6:15ptg
Tempat: Dewan besar Saidina Ali
Kehadiran: Semua pelajar Asrama dan pelajar luar
Turut hadir : Guru guru dan Guru AlQuran
Peserta Khatam: dikalangan ahli Badan Dakwah Ibadah dan Kepimpinan MaahadSas2026
Dirasmikan oleh: Pengetua Maahadsas TnHj Azmy Murad Bin Mohamed Yatim.

Majlis khatam Al-QuranTarikh: 15/3/2026Masa: jam 5:00ptg- 6:15ptgTempat: Dewan besar Saidina AliKehadiran: Semua pelajar...
14/03/2026

Majlis khatam Al-Quran

Tarikh: 15/3/2026
Masa: jam 5:00ptg- 6:15ptg
Tempat: Dewan besar Saidina Ali
Kehadiran: Semua pelajar Asrama dan pelajar luar
Turut hadir : Guru guru dan Guru AlQuran
Peserta Khatam: dikalangan ahli Badan Dakwah Ibadah dan Kepimpinan MaahadSas2026
Dirasmikan oleh: Pengetua Maahadsas TnHj Azmy Murad Bin Mohamed Yatim.

11/03/2026



Program World   Program   telah berjaya dilaksanakan di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini pada 11 Mac 2026 bersamaan 2...
11/03/2026

Program World

Program telah berjaya dilaksanakan di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini pada 11 Mac 2026 bersamaan 21 Ramadan 1447H bertempat di Dewan Saidina Ali. Program yang berlangsung pada jam 12.00 tengah hari ini menghimpunkan warga maahad bagi menghayati dan mendalami ayat-ayat suci Al-Quran.

Pada edisi kali ini, surah yang dipilih ialah Surah Al-Muzzammil. Para pelajar dan guru bersama-sama meluangkan masa membaca, mentadabbur serta mengambil pengajaran daripada surah tersebut bagi meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran.

Program ini turut menjadi salah satu pengisian bermakna sepanjang bulan Ramadan yang bertujuan menyemai nilai akhlak mulia, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan warga sekolah. Diharapkan melalui program seperti ini, para pelajar dapat terus menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.


Tadarus Al-Quran Sempena Program Ihya’ Ramadan27 Februari 2026 | Jumaat | Dewan Saidina AliProgram Tadarus Al-Quran meli...
27/02/2026

Tadarus Al-Quran Sempena Program Ihya’
Ramadan

27 Februari 2026 | Jumaat | Dewan Saidina Ali

Program Tadarus Al-Quran melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 telah diadakan pada 27 Februari 2026, jam 10.45 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan Saidina Ali. Program ini dipantau oleh semua Guru Al-Quran bagi memastikan bacaan pelajar lancar dan menepati hukum tajwid.

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk membaca Al-Quran secara bergilir-gilir dalam suasana yang tenang dan teratur.

Program ini turut menjadi sebahagian daripada pengisian Program Ihya’ Ramadan sekolah, sebagai persediaan rohani dalam menyambut bulan yang mulia. Diharapkan usaha ini dapat menyemarakkan budaya membaca Al-Quran serta memupuk kecintaan terhadap kalam Allah dalam kalangan pelajar.

PELANCARAN IHYA’ RAMADAN & USRAH MAAHAD SAS 2026M/1447HBANDAR JENGKA, 23 Februari 2026 – Program Pelancaran Ihya’ Ramada...
23/02/2026

PELANCARAN IHYA’ RAMADAN & USRAH MAAHAD SAS 2026M/1447H

BANDAR JENGKA, 23 Februari 2026 – Program Pelancaran Ihya’ Ramadan dan Usrah 2026M/1447H anjuran BADIK Maahad SAS Jengka telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Dewan Saidina Ali pada jam 7.45 pagi.

Majlis ini dirasmikan oleh Pengetua Maahad SAS Jengka, Tn Hj Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Dalam ucapannya, beliau menyeru seluruh warga maahad agar menjadikan Ramadan sebagai medan mempertingkatkan ibadah, memperkukuh akhlak serta menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Program yang membawa tema “Bersama Ke Arah Mardhotillah” ini bertujuan menyemarakkan pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan melalui pelbagai aktiviti seperti tazkirah, usrah, bacaan al-Quran dan program kebajikan.

Majlis anjuran Badan Dakwah Ibadah dan Kepimpinan itu diharapkan dapat membentuk sahsiah pelajar yang lebih berdisiplin, berakhlak mulia serta sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

PROGRAM : PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM MAAHAD SAS (PUMA'25)TARIKH : 2 - 4 DISEMBER 2025TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN MAAHAD ...
07/12/2025

PROGRAM : PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM MAAHAD SAS (PUMA'25)
TARIKH : 2 - 4 DISEMBER 2025
TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN MAAHAD SAS



02/09/2025
السلام عليكم ورحمه الله وبركاتهSempena Bulan Kemerdekaan ini - Ma'ahad As-sultan Ahmad Shah Ad-dini menganjurkan pertand...
22/08/2025

السلام عليكم ورحمه الله وبركاته

Sempena Bulan Kemerdekaan ini - Ma'ahad As-sultan Ahmad Shah Ad-dini menganjurkan pertandingan 'Medsos Merdeka' iaitu pertandingan gambar kelas dengan bertemakan Hari Kemerdekaan. Pemenang akan ditentukan berdasarkan 'like' terbanyak pada gambar.

Justeru itu, kami memohon kepada semua followers untuk memberikan penilaian anda sebaik mungkin bagi membantu kami menentukan pemenang bagi pertandingan ini.🫰🫶☺️

Sekian, terima kasih atas bantuan semuanya..



01/08/2025

Dengan penuh rasa syukur dan setulus penghargaan, kami warga Maahad SAS merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Syed Ibrahim atas sumbangan smartboard yang amat bermakna kepada pihak sekolah.

Sumbangan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti pembelajaran secara digital, malah menjadi pemangkin semangat kepada para guru dan murid untuk terus maju seiring dengan perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan.

Komitmen dan keprihatinan YB terhadap keperluan pendidikan anak-anak di kawasan ini amat kami hargai dan sanjung tinggi. Semoga segala usaha murni dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada semua.

Sekian, terima kasih.

“Terima kasih YB, daripada kami warga Maahad SAS"

Terima kasih..
15/05/2025

Terima kasih..

*PENCAPAIAN MAAHAD SAS DI MASISUPA ZON 2 TAHUN 2025*Kategori sukan :8 - emas9 - perak 6 - gangsaKategori ilmiah :5 - ema...
27/04/2025

*PENCAPAIAN MAAHAD SAS DI MASISUPA ZON 2 TAHUN 2025*

Kategori sukan :
8 - emas
9 - perak
6 - gangsa

Kategori ilmiah :
5 - emas
3 - perak
8 - gangsa

Keseluruhan: 13 emas, 12 perak, 14 gangsa.

Naib Johan keseluruhan Masisupa Zon 2 Tahun 2025.

Syabas dan tahniah di atas usaha luar biasa dari semua guru dan staff. Tidak lupa juga buat ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan buat anak pelajar.
Moga Maahad SAS lebih cemerlang di masa akan datang.



Address

Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini
Maran
26400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Official - Ma'ahad Assultan Ahmad Shah Addini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Official - Ma'ahad Assultan Ahmad Shah Addini:

Share