Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak - IKMAS

Call Website

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak - IKMAS Facebook Rasmi Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) ditubuhkan hasil keputusan pertemuan tidak rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali ke-5 pada 3 dan 4 Ogos 1994 di Pulau Langkawi, Kedah. Lanjutan daripada pertemuan tersebut mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 September 1994 telah bersetuju menubuhkan sebuah institusi yang diberi nama Pensantren ASEAN yang dipersetujui pembinaan di Sarawak. Kerajaan negeri Sarawak di bawah pimpinan YAB Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud telah berbesar hati menganugerahkan tanah seluas 30 ekar di Telaga Air untuk pembinaan kompleks tersebut. Pada 12 September 2001, kompleks ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Kos pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM13 juta di bawah peruntukan pembangunan Jakim kemudiannya dikenali sebagai Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Ia merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang melatih pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dalam bidang Pengajian Islam dan Tahfiz di peringkat Diploma dan Kemahiran di peringkat Sijil.

KURSUS FARDHU KIFAYAH: PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SYARIAT ISLAM TAHUN 202624 September 2026 | IKMAS Institut Kemahiran ...
24/09/2026

KURSUS FARDHU KIFAYAH: PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SYARIAT ISLAM TAHUN 2026

24 September 2026 | IKMAS

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) melalui Seksyen Pembangunan Komuniti, Pusat Pembangunan Insan & Kepimpinan IKMAS akan menganjurkan Kursus Fardhu Kifayah: Pengurusan Jenazah Mengikut Syariat Islam Tahun 2026 pada 24 September 2026 bertempat di Masjid Darul Naim, IKMAS. Kursus ini disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Hafiz bin Sapiee dari Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak

Kursus ini melibatkan penyertaan daripada penjawat awam, komuniti masjid dan kampung sekitar IKMAS serta pelajar Semester 5 IKMAS, dengan memberi penekanan kepada kefahaman mengenai tuntutan fardhu kifayah serta pengurusan jenazah berdasarkan syariat Islam.

Selain pengisian ilmu, kursus ini turut memberi fokus kepada kemahiran praktikal pengurusan jenazah merangkumi proses memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah.

Penganjuran kursus ini juga menjadi platform untuk memperkasa para pelajar dan komuniti dengan ilmu serta kemahiran yang diperlukan, di samping membentuk kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam melaksanakan tuntutan fardhu kifayah.

Semoga kursus ini dapat melahirkan barisan pelapis yang berilmu, berkemahiran dan yakin dalam pengurusan jenazah, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat khususnya komuniti sekitar IKMAS.

Memperkasa ilmu, menyantuni masyarakat, melaksanakan tuntutan fardhu kifayah.

๐Ÿ“ฒ Juh budayakan semangat โ€œkitakanโ€ IKMAS!

Like ๐Ÿ‘, Share ๐Ÿ”, Follow ๐Ÿ“ฒ & Subscribe ๐ŸŽฅ media sosial rasmi kami di untuk liputan aktiviti terkini IKMAS!







TAWARAN KEMASUKAN PELAJAR PROGRAM SIJIL PENGAJIAN ISLAM (SPI) SESI 2026-2028Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (I...
23/09/2026

TAWARAN KEMASUKAN PELAJAR PROGRAM SIJIL PENGAJIAN ISLAM (SPI) SESI 2026-2028

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) memaklumkan senarai nama di bawah merupakan calon-calon yang ditawarkan untuk Program Sijil Pengajian Islam bagi sesi 2026-2028.

Sila klik pautan untuk muat turun dan lengkapkan semua lampiran berikut:

๐Ÿ“ŒSenarai nama calon yang ditawarkan
https://tinyurl.com/5bbkantb

๐Ÿ“ŒSenarai Borang dan Dokumen yang diperlukan
https://tinyurl.com/bdddchp7

Surat tawaran dan Senarai Semak (Checklist) keperluan borang-borang pendaftaran pelajar baharu juga akan di e-mel kepada semua calon. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Seksyen Pengambilan Pelajar, Graduasi dan Alumni IKMAS.

No. Telefon: 082-843475/016-5852349
Fax: 082-843440
Emel: [email protected]

Syabas dan tahniah IKMAS ucapkan kepada calon-calon yang berjaya !!!

๐Ÿ“ฒ Juh budayakan semangat โ€œkitakanโ€ IKMAS!

Like ๐Ÿ‘, Share ๐Ÿ”, Follow ๐Ÿ“ฒ & Subscribe ๐ŸŽฅ media sosial rasmi kami di untuk liputan aktiviti terkini IKMAS!







KULIAH FARAIDH | MEMPERKASA KEFAHAMAN PELAJAR DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA19 September 2026 | IKMASInstitut Kemahiran ...
22/09/2026

KULIAH FARAIDH | MEMPERKASA KEFAHAMAN PELAJAR DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

19 September 2026 | IKMAS

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah mengadakan Kuliah Faraidh pada 19 September 2026 bertempat di Masjid Darul Naโ€™im, IKMAS.

Program anjuran Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Pusat Islam dengan kerjasama Pertubuhan Duโ€™ah Faraidh Malaysia ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar IKMAS mengenai ilmu faraidh dan pembahagian harta pusaka secara lebih mendalam.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Shamsul Anwar bin M Busra, AJK Pertubuhan Duโ€™ah Faraidh Malaysia. Pengisian yang disampaikan mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar, yang turut mengambil kesempatan untuk mengemukakan beberapa soalan berkaitan isu-isu faraidh dan pembahagian harta pusaka.

Turut hadir Ketua Cawangan Hal Ehwal Pelajar serta pegawai-pegawai Cawangan Hal Ehwal Pelajar IKMAS.

Semoga pengisian seperti ini dapat terus memperkaya ilmu dan kefahaman para pelajar dalam aspek pengurusan harta pusaka menurut syariat Islam.

Memperkasa ilmu, memahami amanah, menyantuni syariat. ๐Ÿคฒ

๐Ÿ“ฒ Juh budayakan semangat โ€œkitakanโ€ IKMAS!

Like ๐Ÿ‘, Share ๐Ÿ”, Follow ๐Ÿ“ฒ & Subscribe ๐ŸŽฅ media sosial rasmi kami di untuk liputan aktiviti terkini IKMAS!







MESYUARAT AGUNG MPP IKMAS SIDANG 2025/2026 & PENYERAHAN TUGAS MPP SIDANG 2026/202718 September 2026 | IKMASInstitut Kema...
22/09/2026

MESYUARAT AGUNG MPP IKMAS SIDANG 2025/2026 & PENYERAHAN TUGAS MPP SIDANG 2026/2027

18 September 2026 | IKMAS

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKMAS pada 18 September 2026 bertempat di Auditorium Al-Wadi, IKMAS Kampus 2.

Program anjuran Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Pusat Islam dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus IKMAS ini diadakan bagi membentangkan laporan perjalanan MPP IKMAS bagi Sidang 2025/2026, selain menjadi platform rasmi penyerahan tugas kepada barisan MPP Sidang 2026/2027.

Sepanjang mesyuarat, barisan MPP Sidang 2025/2026 telah membentangkan laporan berkaitan perjalanan serta aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh satu tahun kepimpinan. Pembentangan tersebut turut mendapat sambutan baik daripada para pelajar yang mengambil peluang untuk menyuarakan pandangan, cadangan serta isu berkaitan penambahbaikan aktiviti dan kebajikan pelajar IKMAS.

Turut hadir ialah Ketua Cawangan Hal Ehwal Pelajar serta pegawai-pegawai Cawangan Hal Ehwal Pelajar IKMAS.

Secara keseluruhannya, mesyuarat telah berlangsung dengan baik dan mendapat sambutan yang amat baik daripada para pelajar. Perbincangan serta perkongsian pandangan yang berlangsung diharapkan dapat menjadi asas kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kebajikan, aktiviti dan pembangunan sahsiah pelajar IKMAS.

Terima kasih dan penghargaan kepada MPP Sidang 2025/2026 atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan. Selamat menjalankan amanah kepada barisan MPP IKMAS Sidang 2026/2027. ๐Ÿค

๐Ÿ“ฒ Juh budayakan semangat โ€œkitakanโ€ IKMAS!

Like ๐Ÿ‘, Share ๐Ÿ”, Follow ๐Ÿ“ฒ & Subscribe ๐ŸŽฅ media sosial rasmi kami di untuk liputan aktiviti terkini IKMAS!







PILIHAN RAYA KAMPUS IKMAS SIDANG 2026/2027 17 September 2026 | IKMAS Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) t...
22/09/2026

PILIHAN RAYA KAMPUS IKMAS SIDANG 2026/2027

17 September 2026 | IKMAS

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah melaksanakan Pilihan Raya Kampus IKMAS bagi Sidang 2026/2027 pada 17 September 2026 bertempat di Kamar Tun, IKMAS dan Auditorium Al-Wadi, IKMAS Kampus 2.

Program ini dianjurkan oleh Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Pusat Islam dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus IKMAS sebagai satu platform bagi memberikan hak kepada para pelajar IKMAS untuk memilih barisan pemimpin pelajar yang akan menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKMAS bagi Sidang 2026/2027.

Pelaksanaan pilihan raya ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri secara langsung dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar serta membentuk nilai tanggungjawab, kematangan dan kepimpinan dalam kalangan warga pelajar.

Seramai 21 orang pelajar IKMAS telah memenangi pilihan raya bagi kerusi Lajnah dan kerusi Umum. Para calon yang terpilih seterusnya akan mengisi barisan kepimpinan MPP, termasuk penempatan bagi jawatan Ketua dan Timbalan bagi Lajnah-lajnah yang terdapat dalam MPP serta kepimpinan Majlis Tertinggi MPP IKMAS.

Majlis turut menyaksikan pengumuman keputusan Pilihan Raya Kampus IKMAS dengan kehadiran Pengarah IKMAS, Ketua Cawangan Hal Ehwal Pelajar serta pegawai-pegawai Cawangan Hal Ehwal Pelajar.

Secara keseluruhannya, program telah berlangsung dengan baik serta mendapat sambutan yang amat baik daripada para pelajar IKMAS.

Selamat menjalankan amanah, barisan kepimpinan MPP IKMAS Sidang 2026/2027! ๐Ÿ—ณ๏ธ๐Ÿค

๐Ÿ“ฒ Juh budayakan semangat โ€œkitakanโ€ IKMAS!

Like ๐Ÿ‘, Share ๐Ÿ”, Follow ๐Ÿ“ฒ & Subscribe ๐ŸŽฅ media sosial rasmi kami di untuk liputan aktiviti terkini IKMAS!







SIJIL PROFESIONALISME PENGURUSAN MASJID SARAWAK (SPPMS) KALI KE-4 TAHUN 2026 (ZON SELATAN) MODUL 3: PENGURUSAN KEWANGAN ...
21/09/2026

SIJIL PROFESIONALISME PENGURUSAN MASJID SARAWAK (SPPMS) KALI KE-4 TAHUN 2026 (ZON SELATAN) MODUL 3: PENGURUSAN KEWANGAN MASJID

19-20 SEPTEMBER 2026 | KUCHING

Majlis Islam Sarawak dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah berjaya menganjurkan Program Sijil Profesionalisme Pengurusan Masjid Sarawak (SPPMS) Kali Ke-4 Tahun 2026 bagi Zon Selatan yang berlangsung selama dua hari pada 19 hingga 20 September 2026 di Masjid Bandaraya Kuching. Program kali ini memfokuskan kepada Modul 3 iaitu Pengurusan Kewangan Masjid, dengan matlamat memperkasakan tatakelola, akauntabiliti, serta kemahiran pengurusan kewangan dan aset di institusi masjid.

Sesi pembentangan dimulakan dengan ceramah berkenaan Akauntabiliti dan Pengurusan Aset Masjid yang disampaikan oleh Encik Amir bin Abdul Kadir, Juruaudit Bahagian Tadbir Urus & Audit Majlis Islam Sarawak berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Masjid & Surau Sarawak 2024. Program diteruskan lagi dengan Slot Akauntabiliti dan Pengurusan Kewangan Masjid oleh Encik Mohamad Aslan bin Mohamed, Ketua Bahagian Tadbir Urus & Audit Majlis Islam Sarawak. Para peserta turut dibimbing secara intensif menerusi sesi amali penyediaan dokumen dan laporan kewangan masjid bersama barisan fasilitator bertauliah.

Program diakhiri dengan ujian penilaian bagi menguji kefahaman para peserta sebelum diakhiri dengan sesi bergambar. Diharapkan pendedahan dan kolaborasi strategik ini dapat memastikan pengurusan kewangan masjid di seluruh Sarawak sentiasa ditadbir dengan lebih telus, teratur, dan berintegriti. Terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa, penceramah, fasilitator, dan peserta yang telah menjayakan program ini.

๐Ÿ“ฒ Juh budayakan semangat โ€œkitakanโ€ IKMAS!
Like ๐Ÿ‘, Share ๐Ÿ”, Follow ๐Ÿ“ฒ & Subscribe ๐ŸŽฅ media sosial rasmi kami di untuk liputan aktiviti terkini IKMAS!






Setiap dari kita pasti tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai cabaran hidup. Ada kalanya rasa lelah dan sedih dat...
21/09/2026

Setiap dari kita pasti tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai cabaran hidup. Ada kalanya rasa lelah dan sedih datang menyapa, namun ketahuilah bahawa ujian itu bukanlah tanda Allah melupakan kita.

๐Ÿ“ฒ Juh budayakan semangat โ€œkitakanโ€ IKMAS!

Like ๐Ÿ‘, Share ๐Ÿ”, Follow ๐Ÿ“ฒ & Subscribe ๐ŸŽฅ media sosial rasmi kami di untuk liputan aktiviti terkini IKMAS!







TEMUDUGA PELAJAR BAHARU PROGRAM SIJIL PENGAJIAN ISLAM (SPI) SESI 2026-202814 September 2026 | IKMAS IKMAS telah menjalan...
19/09/2026

TEMUDUGA PELAJAR BAHARU PROGRAM SIJIL PENGAJIAN ISLAM (SPI) SESI 2026-2028

14 September 2026 | IKMAS

IKMAS telah menjalankan sesi temu duga secara dalam bersemuka dan atas talian bagi calon pelajar baharu program Sijil Pengajian Islam IKMAS sesi 2026-2028.
Seramai 16 orang calon telah ditemu duga. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon.

๐Ÿ“ฒ Juh budayakan semangat โ€œkitakanโ€ IKMAS!

Like ๐Ÿ‘, Share ๐Ÿ”, Follow ๐Ÿ“ฒ & Subscribe ๐ŸŽฅ media sosial rasmi kami di untuk liputan aktiviti terkini IKMAS!







JUMAAT MUBARAKAH: MEMOHON KETENANGAN DAN KEBERKATANSalam Jumaat yang penuh pengharapan dan keberkatan buat seluruh warga...
18/09/2026

JUMAAT MUBARAKAH: MEMOHON KETENANGAN DAN KEBERKATAN

Salam Jumaat yang penuh pengharapan dan keberkatan buat seluruh warga IKMAS serta umat Islam sekalian.

Penghulu segala hari ini merupakan waktu terbaik untuk kita memperbanyakkan doa, memohon ampunan, serta memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mempermudahkan urusan seharian, dan melimpahkan rahmat-Nya buat kita semua.

๐Ÿ“ฒ Juh budayakan semangat โ€œkitakanโ€ IKMAS!

Like ๐Ÿ‘, Share ๐Ÿ”, Follow ๐Ÿ“ฒ & Subscribe ๐ŸŽฅ media sosial rasmi kami di untuk liputan aktiviti terkini IKMAS!







Address

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Peti Surat 2867, Telaga Air, Jalan Matang
Matang
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak - IKMAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share