Pejabat Penolong Naib Canselor Strategik & Kelestarian Global - UTeM

  • Home
  • Pejabat Penolong Naib Canselor Strategik & Kelestarian Global - UTeM
Call

Pejabat Penolong Naib Canselor Strategik & Kelestarian Global - UTeM Pejabat PNC (SKG) merupakan PTj yang bertanggungjawab untuk menyelaras fungsi dan peranan 4 PBU: UGlobe, PPSKR, CENSEi dan PPKU

28/09/2026
28/09/2026

Alhamdulillah, tahniah UTeM! 🌿💙
UTeM berjaya melonjak ke kedudukan ke-87 dunia dalam UI GreenMetric World University Rankings 2026 daripada 2,016 penyertaan, sekali gus mencatat pencapaian membanggakan dengan menembusi Top 100 dunia untuk pertama kali.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga UTeM yang telah memberikan sokongan, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan usaha kelestarian UTeM.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk kita terus maju dan memperkukuh agenda Blueprint UTeM Pintar Lestari 2035.

25/09/2026
25/09/2026
22/09/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi), Pejabat Penolong Naib Canselor Strategik dan Kelestarian Global (PNCSKG), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan mengadakan Audit Dalaman Energy Management Gold Standard (EMGS) 3 Bintang Di Bawah Asean Energy Management Scheme (AEMAS) seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 - 24 September 2026
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat CENSEi

Ayuh kita bersama-sama berikan komitmen penuh, tingkatkan kepekaan, dan pastikan amalan kecekapan tenaga di pusat tanggungjawab (PTj) masing-masing berada pada tahap terbaik. Kerjasama anda adalah kunci kejayaan kita! 🤝⚡

Segala kerjasama Y.Bhg. Profesor Madya/Dr./tuan/puan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

21/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi) akan menyertai Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026, bersempena dengan World Cleanup Day 2026.

Program ini akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bagi membudayakan amalan kebersihan, memperkasa aktiviti kitar semula dan pengurusan sisa secara mampan serta meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

HCM 2026 menyasarkan penyertaan seramai 200,000 orang bagi mencipta rekod baharu The Malaysia Book of Records (MBOR).

Sehubungan itu, seluruh warga UTeM dijemput untuk bersama-sama menyumbang kepada pencapaian tersebut.

“Bersama Menyokong Budaya Kebersihan dan Kitar Semula”
Pengumpulan barangan kitar semula di PTj

Tarikh: 24–25 September 2026
Masa: Waktu pejabat
Lokasi: PTj masing-masing
Kutipan oleh wakil CENSEi: 25 September 2026

Wakil setiap PTj dimohon untuk:
1. Menyelaras pengumpulan barangan kitar semula di PTj masing-masing;
2. Mengasingkan dan meletakkan barangan di lokasi yang mudah diakses; dan
3. Mengimbas kod QR “Wakil PTj” pada poster serta mengisi
maklumat kutipan selewat-lewatnya pada 24 September 2026 atau mengisi borang di pautan : https://forms.gle/EyZT21CkNS1XRtea6

Maklumat tersebut diperlukan bagi memudahkan pihak CENSEi menyelaras pengambilan barangan kitar semula pada 25 September 2026.

Antara barangan yang boleh dikumpulkan ialah:
Kertas, majalah dan dokumen terpakai;
Kotak kadbod;
Botol HDPE dan botol plastik PET;
Baju dan seluar;
E-waste;
Tin aluminium; dan
Tin keluli.

Pendaftaran HCM 2026 dan MBOR
Semua staf dan pelajar UTeM dimohon mengimbas kod QR “Pendaftaran HCM 2026” pada 26 September 2026 bagi merekodkan penyertaan masing-masing.

Kod QR pendaftaran hanya akan dibuka pada hari tersebut. Setiap pendaftaran akan menyumbang kepada jumlah penyertaan rasmi HCM 2026 bagi mencapai sasaran 200,000 peserta dan mencipta rekod baharu MBOR.

Peserta yang berjaya melengkapkan pendaftaran individu juga akan menerima sijil penyertaan secara automatik.

Aktiviti kutipan barangan kitar semula dan aktiviti pembersihan akan dilaksanakan secara berasingan mengikut penyelarasan PTj masing-masing.

Marilah kita bersama-sama menjayakan HCM 2026, mencipta rekod baharu MBOR serta membudayakan amalan kebersihan dan kitar semula dalam kalangan warga UTeM.

Jom Sertai Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat UTeM!

Sebarang pertanyaan boleh email atau hubungi Dr. Khairul Fadzli Bin Samat (Ketua Bahagian Amalan Hijau, CENSEi) - [email protected] atau Ts. Dr. Nur Fatihah binti Azmi (Penyelaras Sisa, CENSEi) - [email protected]

Address

Aras 4, Bangunan Canselori, Jalan Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal

76100

Telephone

+6062701015

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penolong Naib Canselor Strategik & Kelestarian Global - UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share