11/05/2026
BEDAH BUKU: Dari Langkawi ke Sarawak: Lapan Sumber Perancis (1621–1899)
Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu dengan sukacitanya menjemput para akademik, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan seluruh warga intelektual untuk menghadiri program Bedah Buku yang mengetengahkan karya penting dalam bidang sejarah dan sumber primer Nusantara:
Dari Langkawi ke Sarawak: Lapan Sumber Perancis (1621–1899)
Buku ini menghimpunkan lapan sumber primer berbahasa Perancis yang merakamkan pengalaman, pemerhatian dan hubungan dunia luar terhadap kawasan yang kini dikenali sebagai Malaysia, meliputi Kedah, Perak, Melaka, Johor dan Sarawak. Karya ini turut menampilkan teks-teks pilihan yang diterjemahkan dan dianotasi secara ilmiah, sekali gus membuka ruang baharu dalam kajian sejarah, kolonialisme, hubungan antarabangsa dan peradaban Melayu.
Program ini bakal menampilkan dua tokoh akademik terkemuka:
Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Profesor Emeritus Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Datuk Profesor Kolonel (K) Dr. Awang Azman Awang Pawi, Dekan Akademi Pengajian Melayu & Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu
15 Mei 2026 (Jumaat)
10.00 pagi – 11.30 pagi
The Cube, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
Program ini merupakan platform penting untuk memahami dimensi sejarah Malaysia melalui perspektif sumber Perancis yang jarang diketengahkan, di samping memperkukuh wacana akademik rentas disiplin berkaitan sejarah, budaya dan warisan Nusantara.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga universiti dan masyarakat umum yang berminat.
Sebarang pertanyaan:
[email protected]
+03-7967 5507