School of Civil Engineering, Universiti Sains Malaysia

Call Website Contact the university

School of Civil Engineering, Universiti Sains Malaysia Our Vision:
Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow

✨ SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR PPKA@USM!✨Minggu Siswa Siswi yang penuh semangat dan bermakna!Pusat Pengajian Kejurut...
26/09/2026

✨ SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR PPKA@USM!✨

Minggu Siswa Siswi yang penuh semangat dan bermakna!

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Universiti Sains Malaysia dengan penuh bangga mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam bagi Sidang Akademik 2026/2027.

Kami amat teruja untuk memulakan perjalanan akademik ini bersama anda. Inilah permulaan sebuah lembaran baharu yang bakal membentuk masa depan anda sebagai jurutera awam yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing dalam mendepani cabaran dunia sebenar.

🔍 Jom lihat antara sorotan menarik sepanjang program orientasi!

📸 Sesi Bergambar
Program dimulakan dengan sesi bergambar bersama staf akademik, penolong jurutera dan staf pentadbiran PPKA, menandakan langkah pertama pelajar baharu sebagai sebahagian daripada keluarga besar PPKA@USM.

🎤 Sesi Ringkas Bersama Dekan
Seterusnya, Dekan PPKA, Prof. Ir. Dr. Fadzli Mohamed Nazri, menyampaikan ucapan alu-aluan dan berkongsi gambaran ringkas mengenai Pusat Pengajian, perjalanan akademik serta pengalaman yang bakal dilalui oleh para pelajar sepanjang berada di PPKA. Beliau turut memperkenalkan barisan pensyarah yang hadir agar pelajar baharu dapat mengenali warga akademik yang akan bersama-sama membimbing mereka sepanjang pengajian.

🏃‍♂️ Explorace @ SoCE
“Explore • Discover • Solve • Together”

Pelajar kemudiannya bergerak dalam kumpulan untuk menyelesaikan tiga tugasan di sekitar SoCE. Sambil meneroka dan mengenali persekitaran PPKA, setiap kumpulan perlu melengkapkan tugasan yang diberikan untuk mendapatkan bahan yang diperlukan bagi cabaran terakhir.

🏗️ Straw Tower Challenge
“Piece by piece, our ideas take shape."

Dengan bahan yang berjaya dikumpulkan, setiap kumpulan berdepan cabaran terakhir, mereka bentuk dan membina sebuah menara menggunakan straw yang bukan sahaja perlu berdiri sendiri, tetapi juga mampu menampung beban. Aktiviti ini menguji kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan serta pemikiran asas kejuruteraan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

👏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, staf akademik, penolong jurutera dan staf pentadbiran PPKA, Pembimbing Pelajar Siswa Lestari (PPSL) serta seluruh yang memberikan komitmen dan semangat yang luar biasa.

🌟 Semoga semangat, keterujaan dan nilai kebersamaan yang terjalin sepanjang Minggu Siswa Siswi ini terus mekar sepanjang perjalanan anda menimba ilmu di USM. Kami tidak sabar menyaksikan kejayaan, inovasi dan sumbangan anda sebagai generasi jurutera masa hadapan yang akan membina masyarakat dan negara.

💜 Selamat datang ke PPKA@USM dan selamat menempuh perjalanan yang penuh ilmu, pengalaman dan kecemerlangan!

Empowering Molecular Research: DNA Extraction & Quantitative PCR (qPCR) Workshop22 September 2026 – The School of Civil ...
23/09/2026

Empowering Molecular Research: DNA Extraction & Quantitative PCR (qPCR) Workshop

22 September 2026 – The School of Civil Engineering (PPKA), Universiti Sains Malaysia (USM) Engineering Campus, successfully organized a hands-on "DNA Extraction & Quantitative PCR (qPCR) Workshop" in collaboration with Biotek Abadi Sdn Bhd at Seminar Room 1. Hosted by Ts. Dr. Nik Azimatolakma Awang, the intensive one-day workshop provided participants with practical skills and theoretical knowledge in molecular biology techniques essential for environmental and water quality assessment. The session was led by Dr. Yasmin Khairani, Field Application Specialist at Biotek Abadi.

Throughout the session, participants engaged in:
✅Hands-On DNA Extraction: Performing cell lysis, purification, and elution from biomass samples.
✅DNA Quantification: Measuring concentration and purity ratios using spectrophotometry.
✅qPCR Reaction Setup & Analysis: Preparing master mixes, loading controls, running qPCR instruments, and interpreting amplification curves and data.

Special appreciation goes to Biotek Abadi Sdn Bhd for fully sponsoring this workshop and providing state-of-the-art demonstration equipment to support our research community!

SoCE USM & Fibromat Berhad Explore Strategic Industry–Academia CollaborationThe School of Civil Engineering (SoCE), Univ...
22/09/2026

SoCE USM & Fibromat Berhad Explore Strategic Industry–Academia Collaboration

The School of Civil Engineering (SoCE), Universiti Sains Malaysia was delighted to welcome Fibromat (M) Berhad to the USM Engineering Campus on 21 September 2026 for an engaging industry–academia sharing and discussion session. The visit focused on exploring prospective research collaborations in areas such as sustainable slope protection, erosion control, geosynthetics, and nature-based engineering solutions. Discussions also explored opportunities for joint R&D, knowledge exchange, and translating academic research into practical industry applications.
A key highlight was the discussion on potential Industry on Campus (IoC) initiatives, supporting USM’s agenda to bring industry and academia closer together. The proposed collaboration aims to create opportunities for applied research, industry engagement, student exposure, and the development of innovative solutions to real engineering challenges. The Fibromat team also visited SoCE’s laboratory facilities, where potential opportunities for collaborative testing, research, validation, and future projects were discussed.

This engagement marks a promising step towards strengthening the relationship between SoCE USM and Fibromat Berhad, connecting research, industry expertise, and innovation for greater real-world impact. We sincerely thank the Fibromat (M) Berhad team for the visit and insightful exchange. We look forward to turning today’s discussions into meaningful collaborations ahead.

📚🎓 SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2026/2027! 🎓📚Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Universiti Sains...
19/09/2026

📚🎓 SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2026/2027! 🎓📚

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Universiti Sains Malaysia (USM), mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baharu ke Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin bagi memulakan perjalanan akademik dalam Sidang Akademik 2026/2027.
Tahniah dan selamat datang ke keluarga PPKA@USM. Semoga fasa baharu ini menjadi medan untuk menimba ilmu, membina jati diri serta mengembangkan potensi ke arah melahirkan graduan yang berdaya saing, berintegriti dan cemerlang.

Semoga setiap langkah yang diambil sepanjang pengajian dipenuhi dengan kejayaan, pengalaman berharga dan kenangan yang bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada pengurusan Kampus Kejuruteraan, khususnya Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Jabatan Keselamatan, Pengurusan Desasiswa (HAC) serta semua jabatan dan warga kerja yang terlibat dalam memastikan urusan pendaftaran pelajar baharu berjalan dengan lancar dan teratur.

Selamat maju jaya dan selamat menempuh alam universiti!





31 Tahun Khidmat Bakti: Legasi Kecemerlangan yang Terus MenginspirasiPusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Universit...
18/09/2026

31 Tahun Khidmat Bakti: Legasi Kecemerlangan yang Terus Menginspirasi

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Profesor Dato' Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan sepanjang 31 tahun perkhidmatan di Universiti Sains Malaysia.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau bukan sahaja mencurahkan ilmu sebagai seorang akademik yang cemerlang, malah memainkan pelbagai peranan kepimpinan strategik yang telah menyumbang kepada pembangunan PPKA, USM dan landskap pendidikan tinggi negara.

Dedikasi, kebijaksanaan serta visi kepimpinan beliau telah melahirkan generasi jurutera, penyelidik dan pemimpin yang terus menyumbang kepada masyarakat dan negara. Legasi yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademia.

Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah merupakan seorang tokoh akademik unggul dan pemimpin universiti yang amat disegani di peringkat nasional serta antarabangsa, khususnya dalam bidang kejuruteraan pengangkutan, keselamatan jalan raya dan kepimpinan pendidikan tinggi.

Dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam daripada The Catholic University of America pada tahun 1988, sebelum melanjutkan pengajian di Imperial College London sehingga memperoleh Diploma Imperial College dan Ijazah Sarjana Sains dalam Pengangkutan pada tahun 1990. Kecemerlangan akademik beliau diteruskan dengan penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengajian Pengangkutan daripada University College, University of London pada tahun 1995.

Beliau memulakan khidmat di Universiti Sains Malaysia pada 29 Mei 1995 sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. Sepanjang lebih tiga dekad perkhidmatan, beliau telah menggalas pelbagai tanggungjawab strategik termasuk sebagai Pengerusi Rancangan, Penyelaras, Dekan, Pengarah Inovasi, Pengarah Kampus Kejuruteraan serta Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM bagi tempoh 2017 hingga 2021.

Sebagai Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam pada tahun 2007–2008 dan 2013–2017, beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh keupayaan akademik, penyelidikan dan jaringan industri, sekali gus melonjakkan kecemerlangan pusat pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Di peringkat nasional, beliau dikenali sebagai antara pakar terkemuka negara dalam bidang kejuruteraan pengangkutan dan keselamatan jalan raya. Antara jawatan penting yang pernah disandang termasuk Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ahli Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Ketua Kluster Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi Keselamatan Jalan Raya. Sebagai antara pengasas SPAD, beliau turut memainkan peranan penting dalam pembangunan dasar dan hala tuju sistem pengangkutan negara.

Sumbangan beliau dalam memperkasa agenda penyelidikan, inovasi, pengantarabangsaan dan transformasi strategik Universiti Sains Malaysia sebagai Universiti APEX telah meninggalkan kesan yang mendalam dan berkekalan kepada universiti, negara serta masyarakat.

Pelantikan beliau sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia pada 2 Oktober 2023 merupakan satu pengiktirafan yang amat membanggakan. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan warga PPKA, malah seluruh warga Universiti Sains Malaysia yang pernah mendapat manfaat daripada kepimpinan dan bimbingan beliau.

Sesungguhnya, Yang Berbahagia Profesor Dato’ bukan sekadar seorang sarjana terbilang, tetapi seorang pemimpin yang membentuk pemikiran, memacu perubahan dan mencipta legasi yang akan terus dikenang oleh generasi akan datang.

Walau seberapa panjang sekalipun catatan tentang perjalanan kerjaya Yang Berbahagia Prof. Dato’, hakikatnya ia masih belum mampu menggambarkan sepenuhnya keluasan sumbangan, dedikasi dan amanah yang telah dipikul sepanjang lebih 31 tahun perkhidmatan. Pelbagai portfolio kepimpinan, tanggungjawab strategik, sumbangan kepada bidang akademik, penyelidikan, pengangkutan, keselamatan jalan raya serta pembangunan institusi telah dilaksanakan dengan penuh komitmen dan kecemerlangan. Namun lebih daripada jawatan dan pencapaian yang terakam, nilai sebenar legasi beliau terletak pada inspirasi, bimbingan dan impak yang ditinggalkan kepada rakan sejawat, mahasiswa, alumni dan masyarakat. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan Yang Berbahagia Prof. Dato’ tidak terhenti pada apa yang tercatat dalam rekod perkhidmatan, tetapi terus hidup melalui setiap individu yang pernah disentuh oleh ilmu, kepimpinan dan kebijaksanaan beliau.

Bagi pihak seluruh warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Universiti Sains Malaysia, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan setulus-tulus ucapan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Semoga Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, keberkatan, kekuatan dalam memimpin, serta kejayaan yang berterusan dalam setiap amanah yang dipikul.

Persaraan ini bukan noktah kepada sumbangan Yang Berbahagia Prof. Dato’, sebaliknya permulaan kepada satu fasa baharu. Insya-Allah, dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, beliau akan terus menyumbang kepada PPKA dan dunia akademia dalam pelbagai platform. Hubungan yang telah terjalin sekian lama akan terus kekal erat, dan legasi beliau akan terus hidup dalam setiap kejayaan yang dikecapi oleh warga PPKA.

“Kecemerlangan yang menginspirasi, kepimpinan yang membimbing, dan legasi yang akan terus hidup sepanjang zaman.”

Kredit: Video dan poster disediakan oleh En. Rashidi Razak



🏆 PPKA USM Crowned Champion of the 2nd 4D BIM Competition 2026!Congratulations to Muhammad Afif Uzair bin Hirmizan and G...
17/09/2026

🏆 PPKA USM Crowned Champion of the 2nd 4D BIM Competition 2026!

Congratulations to Muhammad Afif Uzair bin Hirmizan and Gusti Ekhwan Iskandar bin Gusti Anuar (Team RUWA), together with their supervisor, Ts. Dr. Mohamad Al-Zaim bin Omar, for being crowned Champion of the 2nd 4D BIM Competition 2026 on 12 September 2026! 🥇

A big thumbs-up also to Tan Hoong Guan and Teoh Wei Zhi (Team TT) for being selected among the Top 10 finalists, and to all PPKA students who participated enthusiastically and challenged themselves throughout the competition.
Through self-learning and a strong passion for BIM, Team RUWA successfully applied Bentley SYNCHRO 4D to integrate construction scheduling with 3D modelling, demonstrating creativity in construction sequencing, coordination and potential clash identification.

Following this achievement, Team RUWA was invited to the Malaysia BIM Day 2026 Awards Dinner on 14 September 2026 at Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. The evening featured the BIM Competition prize presentation and was graced by YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Deputy Minister of Works, Malaysia.

We hope this achievement will inspire other students and encourage greater knowledge sharing, collaboration, and networking within the BIM community. Our sincere appreciation goes to CIDB Digital, PETRONAS, Pertubuhan BIM Malaysia and Bentley for providing this valuable platform to nurture Malaysia’s future BIM talents.
Congratulations to Team RUWA and all our PPKA participants! 🏆🚀

🎉 SEKALUNG TAHNIAH 🎉Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahni...
09/09/2026

🎉 SEKALUNG TAHNIAH 🎉

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

Ts. Dr. Mohd Amirul Mohd Snin

atas pengiktirafan sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dalam bidang Building & Construction Technology (BC) oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), berkuat kuasa mulai 8 September 2026.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang akademik, penyelidikan dan perkhidmatan profesional serta terus mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia.

🌟 Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini!

📢 HEBAHAN KERATAN AKHBARTahniah kepada Assoc. Prof. Ts. Dr. Fatimah De'nan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Unive...
02/09/2026

📢 HEBAHAN KERATAN AKHBAR

Tahniah kepada Assoc. Prof. Ts. Dr. Fatimah De'nan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) atas perkongsian kepakaran dalam artikel yang diterbitkan oleh Sinar Daily bertajuk:

🎢 "Roller Coaster: Why a Passed Inspection Does Not Mean a Ride Stays Safe"

Artikel ini membincangkan kepentingan pemantauan berterusan terhadap struktur kejuruteraan, khususnya berkaitan isu keletihan bahan (fatigue), pemeriksaan teknikal, dan keselamatan infrastruktur yang terdedah kepada beban berulang.

Perkongsian ini mencerminkan komitmen warga akademik USM dalam menyumbang kepakaran kepada masyarakat serta meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kejuruteraan struktur.

📅 1 September 2026 📰 Sinar Daily

🎉 SETINGGI TINGGI TAHNIAHPusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi tinggi tahniah...
01/09/2026

🎉 SETINGGI TINGGI TAHNIAH

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada alumni PPKA@USM, YBhg. Datuk Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah, Jabatan Bekalan Air, atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi Ke 77 Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Negeri Melaka.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat membanggakan terhadap sumbangan, kepimpinan dan khidmat bakti beliau, serta turut mengharumkan nama PPKA@USM.

Semoga terus cemerlang dalam memimpin, menyumbang kepada negara dan menjadi inspirasi kepada generasi jurutera masa hadapan.

Tahniah, YBhg. Datuk! 👏🎓

Sekalung Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)

Atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk, sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama
Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam,
Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 26 Ogos 2026.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Bekalan Air

🎉 SETINGGI TINGGI TAHNIAHPusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi tinggi tahniah...
01/09/2026

🎉 SETINGGI TINGGI TAHNIAH

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada alumni PPKA@USM, Ir. Junaidi Apandi Jemain, atas pemangkuan dan penempatan beliau sebagai Pengarah, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Pelantikan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, khususnya dalam menerajui peranan penting berkaitan kesiapsiagaan dan pengurusan risiko banjir negara.

Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah, menyumbang kepakaran kepada negara dan menjadi inspirasi kepada generasi jurutera akan datang.

Tahniah dan selamat maju jaya daripada seluruh warga PPKA@USM! 👏

Address

School Of Civil Engineering, Engineering Campus
Universiti Sains
14300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+604-599 6201

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when School of Civil Engineering, Universiti Sains Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to School of Civil Engineering, Universiti Sains Malaysia:

Shortcuts

Share