ROTU USIM

ROTU USIM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ROTU USIM, College & University, Universiti Sains Islam, Nilai.

18/04/2026

Akhirnya… hari yang dinanti telah tiba!

Hari ini, setiap langkah membawa makna. Setiap peluh adalah bukti usaha. Dan setiap peserta adalah sebahagian daripada sejarah. Lari dengan semangat, tamatkan dengan bangga.



[AUDIT LUARAN MASt PENGURUSAN DOKUMENTASI PERSARAAN DAN PEMBERHENTIAN ANGGOTA TETAP TENTERA DARAT PALAPES USIM]NILAI, 17...
17/04/2026

[AUDIT LUARAN MASt PENGURUSAN DOKUMENTASI PERSARAAN DAN PEMBERHENTIAN ANGGOTA TETAP TENTERA DARAT PALAPES USIM]

NILAI, 17 April 2026 - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan Tim Audit Luaran bagi pelaksanaan Audit Luaran MASt Pengurusan Dokumentasi Pemberhentian dan Persaraan Anggota Tetap TD pada 17 April 2026 di MK PALAPES USIM.

Tujuan utama pemeriksaan ini adalah untuk memastikan pasukan mengamalkan sistem pengurusan kualiti yang berkesan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan dalam Manual Kualiti MASt.

Audit Luaran MASt Pengurusan Dokumentasi Pemberhentian dan Persaraan Anggota Tetap TD ini telah diketuai oleh Lt Kol Khairul Azmi bin Mohamed selaku Ketua Juruaudit Luaran dari Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD) bersama Mej Mohd Daud bin Mohamad dan Kapt Muhamad Hafiz bin Zakaria.

Audit tersebut dimulakan dengan bacaan doa kemudian disusuli dengan ucapan aluan daripada Ketua Jurulatih PALAPES USIM iaitu Mej Noor Efendy bin Hj Samih. Seterusnya Lt Halimatun Saidah binti Aminuddin selaku Pegawai MASt pasukan telah menyampaikan taklimat berkaitan pelaksanaan audit dalaman yang telah dilaksanakan oleh pasukan sebelum Tim Audit Luaran memulakan pemeriksaan mereka.

Pemeriksaan fizikal turut dilaksanakan ke atas dokumen-dokumen berkaitan persaraan anggota dan diperiksa dengan teliti oleh Tim Audit.

Audit ini kemudiannya bersambung dengan _Exit Conference_ di mana Tim Audit Luaran telah menyampaikan dapatan serta maklum balas terhadap pemeriksaan yang telah dilaksanakan. Sesi audit diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan dan tanda penghargaan atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak.

Secara keseluruhannya, audit yang dilaksanakan telah berjaya dipatuhi oleh pasukan berasaskan keperluan senarai semak MASt Pengurusan Dokumentasi Persaraan dan Pemberhentian Anggota Tetap Tentera Darat. Selain itu, pelaksanaan audit ini juga bertepatan dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-31 melalui Falsafah Kemahuan Untuk Menang, khususnya Elemen Organisasi yang menekankan pengurusan yang sistematik, tadbir urus yang berkesan serta kecekapan pentadbiran dalam memperkasakan kesiapsiagaan pasukan.




[FAMILY FUN RUN DAN FAMILY DAY PALAPES USIM TAHUN 2026]  NILAI, 12 April 2026: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES...
17/04/2026

[FAMILY FUN RUN DAN FAMILY DAY PALAPES USIM TAHUN 2026]

NILAI, 12 April 2026: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Family Fun Run dan Family Day PALAPES USIM Tahun 2026 bertempat di Markas PALAPES USIM. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan warga PALAPES USIM yang terdiri daripada 8 pegawai, 18 anggota, 14 ahli BAKAT serta 38 orang kanak-kanak.

Sebagai pembuka tirai, sesi senamrobik telah dilaksanakan bagi tujuan pemanasan badan sebelum acara larian. Aktiviti ini dikendalikan oleh Jurulatih Jasmani bersama Pegawai Kadet dan berjaya menarik penyertaan aktif daripada anggota serta ahli keluarga dalam suasana yang ceria dan bertenaga. Seterusnya, acara pelepasan larian Family Fun Run sejauh 3.2 km telah disempurnakan oleh Timbalan Komandan, Lt Kol Rozaimi bin Kamarudin. Larian ini turut menyaksikan penglibatan anggota dan ahli keluarga yang berlari bersama dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan, sekali gus memperkukuh hubungan serta kesepaduan antara warga pasukan dan keluarga masing-masing.

Seterusnya, majlis penutup program telah diadakan dalam suasana sederhana namun meriah. Majlis penutup ini turut dilaksanakan sebagai sambutan Family Day PALAPES USIM yang menggabungkan dua acara dalam satu penganjuran yang berkonsepkan kekeluargaan. Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan majlis, antaranya indoor game yang melibatkan penyertaan keluarga dan kanak-kanak serta persembahan oleh pegawai kadet.

Pada akhir majlis, acara penyampaian hadiah telah diadakan sebagai penghargaan kepada para pemenang atas pencapaian dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada ahli BAKAT yang bakal bersara serta penghargaan kepada ahli BAKAT dan anggota yang akan bertukar keluar sebagai tanda pengiktirafan terhadap jasa mereka sepanjang berkhidmat di PALAPES USIM. Penyampaian hadiah dan cenderahati ini telah disempurnakan oleh Puan Noryurni Syahida binti Mohd Yusoff, Pengerusi BAKAT PALAPES USIM dan Mej Noor Efendy bin Hj Samih, Ketua Jurulatih PALAPES USIM.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen dalam memupuk kesejahteraan warga serta memperkukuh institusi kekeluargaan yang menjadi asas penting dalam melahirkan anggota yang seimbang dari segi mental dan fizikal.




17/04/2026

1 hari lagi… saatnya telah tiba!

Segala latihan, disiplin dan pengorbanan akan diterjemahkan di garisan permulaan. Esok bukan sekadar larian tetapi kita buktikan siapa kita.



15/04/2026

2 hari lagi… semakin hampir !

Detik penentuan kian tiba. Segala persiapan bakal diuji dari segi fizikal, mental dan semangat juang. Bersedia untuk berlari, bersedia untuk membuktikan.



15/04/2026

3 hari lagi… masa untuk bangkit!

Semangat setiakawan, kekuatan mental dan fizikal akan menentukan segalanya. Bersedia untuk buktikan kemampuan anda.



14/04/2026

4 hari lagi…

Hitungan detik telah bermula.
Persiapkan langkah, kuatkan semangat ini bukan sekadar larian, ini adalah legasi. Adakah anda sudah bersedia? Jumpa anda di garisan permulaan!



[PERTANDINGAN UJIAN JALAN LAJU ANTARA KOMPENI PALAPES USIM] NILAI, 12 April 2026: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALA...
13/04/2026

[PERTANDINGAN UJIAN JALAN LAJU ANTARA KOMPENI PALAPES USIM]

NILAI, 12 April 2026: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Pertandingan Ujian Jalan Laju (UJL) Antara Kompeni pada 12 April 2026 dengan penglibatan seramai 90 pegawai kadet.

Acara tersebut turut dihadiri oleh Peg dan Jurulatih PALAPES USIM sebagai juri dan pengadil serta penyempurnaan pelepasan larian oleh Ketua Jurulatih, Mej Noor Efendy bin Hj Samih. Laluan UJL ini telah dilaksanakan di sekitar kampus USIM dengan jarak dan laluan yang telah ditetapkan.

Acara melibatkan penyertaan daripada tiga kompeni yang bertanding secara kompetitif bagi menunjukkan tahap kecergasan fizikal, ketahanan mental serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pegawai kadet selaras dengan keperluan latihan ketenteraan semasa.

Sejurus tamat larian, kesemua peserta telah menjalani pemeriksaan Full Set Marching Order (FSMO), iaitu berpakaian loreng tempur lengkap bersama bagpack. Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan fizikal pegawai kadet sentiasa berada pada tahap optimum serta mampu melaksanakan tugas dalam keadaan bebanan peralatan sebenar di medan.

Diakhir pertandingan, Kompeni Umar Al-Khattab telah berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan, diikuti Kompeni Abu Bakar As-Siddiq sebagai Naib Juara dan di tempat ketiga adalah Kompeni Uthman bin Affan.

Penganjuran UJL ini adalah selari dengan Perintah Ulung Panglima Latihan TD Ke-31 iaitu “Kemahuan Untuk Menang” yang menuntut setiap pegawai kadet sentiasa berdaya saing, bersemangat juang tinggi dan tidak mudah mengalah dalam apa jua cabaran.




[BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-10 PALAPES USIM]NILAI, 11 April 26 - Pasukan Latihan ...
13/04/2026

[BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-10 PALAPES USIM]

NILAI, 11 April 26 - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Sains Islam Malaysia (PALAPES USIM) telah melaksanakan bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat bersempena Hari Ulang Tahun Ke-10 PALAPES USIM. Majlis ini telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz, USIM dengan kehadiran Mej Noor Efendy bin Hj Samih, Ketua Jurulatih PALAPES USIM, semua Anggota dan Pegawai Kadet.

Majlis telah bermula pada jam 1500 dengan didahului oleh bacaan Yassin seterusnya Tahlil dan Doa Selamat. Bacaan ini telah diketuai oleh PK Ammar bin Mohd Zaharudin.

Tujuan pelaksanaan majlis ini adalah untuk memohon keberkatan dan kesejahteraan daripada Allah S.W.T. sempena ulang tahun penubuhan PALAPES USIM yang ke-10. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenang jasa serta pengorbanan warga PALAPES terdahulu dalam membangunkan pasukan ini hingga ke tahap yang membanggakan pada hari ini.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti kerohanian yang harus dilaksanakan oleh pasukan agar dapat meningkatkan ketaqwaan dalam diri setiap Anggota dan Pegawai Kadet. Dengan berpegang teguh kepada Ikrar Kesatria yang pertama iaitu Beriman Kepada Tuhan dan Bertaqwa KepadaNya, diharapkan majlis ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T.




[PELAKSANAAN UJIAN KECERGASAN ASAS (UKA) PENGGAL PERTAMA TAHUN 2026 PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN UNIVERSITI SAINS IS...
12/04/2026

[PELAKSANAAN UJIAN KECERGASAN ASAS (UKA) PENGGAL PERTAMA TAHUN 2026 PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA]

NILAI, 11 April 2026: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) Penggal Pertama Tahun 2026 pada 11 April 2026 di kawasan Markas PALAPES USIM dan Kampus USIM melibatkan 3 Pegawai dan 17 Anggota Tetap PALAPES USIM.

Pelaksanaan UKA Penggal Pertama ini turut melibatkan 6 Pegawai Muda dan 143 Pegawai Kadet. Terdapat dua komponen wajib yang dilaksanakan. Komponen pertama adalah melibatkan ujian kekuatan serta daya tahan otot iaitu ujian bangun tubi dan bangkit tubi. Manakala komponen kedua ialah larian 2.4 km.

Objektif perlaksanaan UKA Penggal Pertama ini untuk menguji, menilai dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mental semua peringkat pegawai dan anggota agar sentiasa berada di tahap yang tinggi sebilang masa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh PROTAP Latihan PLDTD. Selain itu, ianya turut bertujuan bagi memberi pendedahan kepada Pegawai Kadet PALAPES berkenaan pelaksanaan UKA.

Sesungguhnya pelaksanaan UKA yang dikoordinasikan oleh Cawangan Latih PALAPES USIM ini adalah selaras dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke - 31 dalam mendokong salah satu elemen Teras Keupayaan Angkatan Masa Hadapan iaitu pengukuhan elemen Latihan. Ujian ini bukan sahaja meningkatkan tahap kecergasan dan kesiapsiagaan anggota dan peg kadet, malah membentuk jati diri serta kepimpinan yang berteraskan prinsip “Kemahuan Untuk Menang” dalam setiap aspek latihan dan kehidupan sebagai anggota tentera.




[BARISAN AHLI TERTINGGI KADET PALAPES USIM SESI AKADEMIK 2025/2026]Dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah, kami memp...
08/04/2026

[BARISAN AHLI TERTINGGI KADET PALAPES USIM SESI AKADEMIK 2025/2026]

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah, kami mempersembahkan barisan Ahli Tertinggi Kadet Palapes Universiti Sains Islam Malaysia bagi Sesi Akademik 2025/2026.

Barisan ini merupakan tonggak utama dalam memastikan kelancaran pentadbiran, pengurusan dan pelaksanaan setiap aktiviti PALAPES USIM. Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kepimpinan yang tinggi.

“Berkhidmat Dengan Penuh Disiplin, Memimpin Dengan Penuh Tanggungjawab.”





Address

Universiti Sains Islam
Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ROTU USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to ROTU USIM:

Share