
14/07/2025
TAHNIAH ATAS PELANTIKAN NAIB CANSELOR UTHM YANG BAHARU
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Profesor Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali atas pelantikan beliau sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu berkuatkuasa pada 14 Julai 2025 sehingga 13 Julai 2027.
Seluruh warga universiti mendoakan semoga kepimpinan YBhg. Prof. Dr. Mas Fawzi akan terus memperkasa kecemerlangan UTHM sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul, dinamik dan berdaya saing di persada nasional dan antarabangsa.
Semoga amanah ini dipikul dengan penuh integriti dan membawa UTHM ke tahap yang lebih gemilang.