27/09/2026
TVETMARA PASIR MAS SERTAI PROGRAM PEMERKASAAN WANITA & KOMUNITI 2026
๐
26 September 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi โ 1.00 tengah hari
๐ Dewan Auditorium, Pejabat MARA Negeri Kelantan
Unit Promosi TVETMARA Pasir Mas telah menyertai Program Pemerkasaan Wanita & Komuniti 2026 Peringkat Parlimen Kota Bharu sebagai pempamer pendidikan.
Sepanjang program berlangsung, pihak TVETMARA Pasir Mas telah membuka reruai pameran dan memberikan penerangan berkaitan program pengajian, kemudahan latihan, syarat kemasukan serta peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Penyertaan ini memberi peluang kepada Unit Promosi untuk mendekati masyarakat setempat, khususnya pelajar lepasan sekolah, golongan belia dan komuniti luar bandar daripada keluarga B40. Pengunjung turut menerima maklumat dan panduan mengenai laluan pendidikan serta peluang membina kemahiran teknikal sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan.
Program ini menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan TVETMARA Pasir Mas kepada masyarakat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan berasaskan kemahiran dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan memenuhi keperluan industri.
Terima kasih kepada pihak MARA Negeri Kelantan atas jemputan dan peluang yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan bagi memperkasa pendidikan TVET dan membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda.
TVETMARA PASIR MAS โ Pilihan Pendidikan, Laluan Masa Hadapan.