05/05/2026
FTKPM UMPSA telah berjaya menganjurkan program Global Classroom pada hari ini yang memfokuskan kepada topik Machining Processes. Program ini menampilkan penceramah jemputan antarabangsa, Dr. Ir. Parvanto, S.Pd., M.Pd. dari Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia.
Sesi ini melibatkan penyertaan aktif pelajar diploma serta pelajar sarjana muda Kejuruteraan Teknologi, bersama barisan pensyarah fakulti. Perkongsian ilmu yang disampaikan memberi pendedahan kepada perkembangan semasa dalam bidang pemesinan, selain memperkukuh pemahaman teknikal dalam konteks global.
Program ini turut membuka ruang interaksi akademik antara institusi antarabangsa dan warga FTKPM, selaras dengan usaha memperkasa pembelajaran berimpak tinggi serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Diharapkan program seperti ini terus memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah dalam memperluas pengetahuan serta memperkukuh jaringan akademik di peringkat antarabangsa.