Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA

  • Home
  • Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA
Website

Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

HARI KELUARGA KESUMP 2026Pada 16 September 2026, KESUMP telah menganjurkan Hari Keluarga KESUMP 2026 buat julung kalinya...
17/09/2026

HARI KELUARGA KESUMP 2026

Pada 16 September 2026, KESUMP telah menganjurkan Hari Keluarga KESUMP 2026 buat julung kalinya bersempena cuti Hari Malaysia, bertempat di Pantai Sepat, Kuantan.
Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran YH. Dato' Saiful Bahri bin Ahmad Bakarim yang sekaligus merasmikan Hari Keluarga KESUMP 2026. Kira-kira 200 orang ahli keluarga KESUMP hadir memeriahkan program yang berlangsung dalam suasana penuh ceria dan harmoni.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya sesi perkenalan Ahli MJKT KESUMP Sesi 2025/2027, sukaneka bagi kategori dewasa lelaki, dewasa wanita dan kanak-kanak, serta acara khas yang dinanti-nantikan iaitu acara untuk pasangan.
Turut diadakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik untuk para peserta, termasuk televisyen 32 inci, smartwatch, air fryer dan pelbagai hadiah lain.

Secara keseluruhannya, Hari Keluarga KESUMP 2026 berjalan dengan lancar dan meriah, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh ukhuwah serta mewujudkan hubungan yang lebih erat dalam kalangan ahli dan keluarga KESUMP.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai wadah untuk menyemai semangat kekeluargaan dan memperkukuh ukhuwah sesama warga KESUMP.





🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 🇲🇾Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan saling menghormati terus menjadi ke...
15/09/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 🇲🇾

Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan saling menghormati terus menjadi kekuatan kita bersama.

Konvensyen Kebangsaan Kesatuan Sekerja 2026Pada 10 September 2026, seramai 3 orang wakil Majlis Jawatankuasa Kerja Terti...
12/09/2026

Konvensyen Kebangsaan Kesatuan Sekerja 2026

Pada 10 September 2026, seramai 3 orang wakil Majlis Jawatankuasa Kerja Tertinggi KESUMP iaitu Presiden, Setiausaha dan Bendahari telah hadir mewakili KESUMP ke Konvensyen Kebangsaan Kesatuan Sekerja 2026 yang berlangsung di The Vertical, Connexion Conference & Event Centre, Kuala Lumpur.

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia dan menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kesatuan sekerja, perkongsian pandangan serta membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan dan kebajikan pekerja.

Penyertaan KESUMP mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh peranan kesatuan serta membawa suara dan kepentingan warga kerja ke peringkat yang lebih luas.





KESUMP turut bersama dalam Kunjungan Hormat Delegasi GAKUM ke atas YB Menteri Pendidikan Tinggi.Terima kasih YB Menteri ...
07/09/2026

KESUMP turut bersama dalam Kunjungan Hormat Delegasi GAKUM ke atas YB Menteri Pendidikan Tinggi.

Terima kasih YB Menteri atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi pandangan berkaitan kebajikan serta kepentingan warga kerja universiti awam.

KUNJUNGAN HORMAT GAKUM KE ATAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI📍 Putrajaya | 7 September 2026Presiden KESUMP telah menghadir...
07/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT GAKUM KE ATAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

📍 Putrajaya | 7 September 2026

Presiden KESUMP telah menghadiri Kunjungan Hormat Gabungan Kakitangan Am Universiti Awam (GAKUM) ke atas YB Menteri Pendidikan Tinggi.

Pertemuan ini menjadi ruang penting untuk memperkukuhkan hubungan serta menyampaikan aspirasi dan kepentingan warga kakitangan sokongan Universiti Awam.

Semoga kunjungan ini terus memperkukuhkan kerjasama dan usaha bersama dalam memperjuangkan kebajikan serta kepentingan warga pelaksana Universiti Awam.






🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾KESUMP mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾

KESUMP mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua.

Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada negara terus mekar dalam diri kita. 🤲

28 Ogos 2026 | Majlis Penganugerahan Atlet SUKUM 2026Tahniah diucapkan kepada semua atlet dan ahli KESUMP yang telah ber...
29/08/2026

28 Ogos 2026 | Majlis Penganugerahan Atlet SUKUM 2026

Tahniah diucapkan kepada semua atlet dan ahli KESUMP yang telah berjaya mengharumkan nama UMPSA dengan merangkul pingat dalam Kejohanan SUKUM 2026! Kejayaan ini adalah bukti usaha keras, semangat kesukanan, dan dedikasi tinggi anda semua. Kami di KESUMP amat bangga dengan pencapaian ini! 🥇🥈🥉👏

5 Ogos 2026 | Majlis Serahan Manfaat Kematian melalui Takaful Perlindungan Staf UMPSA – Etiqa Family Takaful BerhadSemog...
29/08/2026

5 Ogos 2026 | Majlis Serahan Manfaat Kematian melalui Takaful Perlindungan Staf UMPSA – Etiqa Family Takaful Berhad

Semoga manfaat yang disampaikan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan urusan dan beban keluarga yang ditinggalkan.

KESUMP menghargai usaha dan keprihatinan UMPSA dalam memastikan kebajikan warga kerja serta keluarga sentiasa diberi perhatian. 🤝

Selamat Hari Pekerja - " Pekerja MADANI kesuma bangsa"Terima kasih atas komitmen, dedikasi dan usaha anda semua. Sumbang...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja -
" Pekerja MADANI kesuma bangsa"

Terima kasih atas komitmen, dedikasi dan usaha anda semua. Sumbangan anda amat dihargai dan menjadi tunjang kejayaan organisasi.

Teruskan semangat kerja berpasukan dan kecemerlangan.

Iklhas daripada :
Presiden, MJKT dan warga
Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA

Address

University Malaysia Pahang, Campus Pekan

26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share