UMPSA Research & Innovation

UMPSA Research & Innovation Universiti Malaysia Pahang - Research & Innovation is a platform to engage University-Industry-Government-Community in R&D and Commercialisation

We aim to position UMP as an industry-preferred partner in research, development and commercialisation of new industrial services, processes and products by integrating Quadruple Helix Innovation Model i.e. University-Industry-Government-Community engagement

Seluruh warga kerja Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamk...
07/09/2026

Seluruh warga kerja Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
Gs. Dr. Syarifuddin bin Misbari atas pelantikan sebagai Pengarah, Pusat Infrastruktur Berdaya Tahan Iklim (CCRI) Jabatan Penyelidikan & Inovasi bagi tempoh 1 September 2026 Hingga 31 Ogos 2028

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan penyelidikan, inovasi dan pembangunan strategik penyelidikan dan inovasi universiti, seterusnya memperkukuh agenda penyelidikan UMPSA ke arah pencapaian yang lebih cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ikhlas daripada:
Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
dan seluruh warga kerja
Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI), UMPSA

UMPSA TERIMA KUNJUNGAN IIUM, PERKUKUH JARINGAN STRATEGIKPEKAN, 2 September 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan A...
02/09/2026

UMPSA TERIMA KUNJUNGAN IIUM, PERKUKUH JARINGAN STRATEGIK

PEKAN, 2 September 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan delegasi International Islamic University Malaysia (IIUM) dalam usaha memperkukuh jaringan strategik serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPA) pada jam 10.00 pagi itu diketuai oleh Timbalan Pengarah Kampus Kuantan IIUM, Profesor Madya Dr. Mohd Arifin bin Kaderi, bersama barisan dekan, profesor, profesor madya dan pegawai pentadbiran daripada pelbagai kulliyyah serta pusat penyelidikan IIUM.

Delegasi UMPSA p**a diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Abdul Adam bin Abdullah, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan, bersama wakil Pusat Pengurusan Dana Penyelidikan, Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (INKLUSIF), Jabatan Penyelidikan dan Inovasi serta pusat-pusat berkaitan.
Sesi ini turut memberi ruang kepada kedua-dua institusi untuk berkongsi kekuatan, kepakaran, bidang penyelidikan dan kemudahan penyelidikan yang tersedia, khususnya dalam bidang sains semula jadi, biodiversiti dan kesihatan.

IIUM Centre for Natural and Health Sciences merangkumi enam kulliyyah, iaitu Kulliyyah of Allied Health Sciences, Kulliyyah of Dentistry, Kulliyyah of Medicine, Kulliyyah of Nursing, Kulliyyah of Pharmacy dan Kulliyyah of Science, selain Institut Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM).

Perkongsian turut mengetengahkan pelbagai kump**an dan bidang penyelidikan seperti kesihatan awam, sains klinikal, kecerdasan buatan, farmasi, nanoteknologi, bioteknologi, sains marin, kesihatan mental, pemakanan serta kelestarian alam sekitar.

Kunjungan ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi strategik antara UMPSA dan IIUM, termasuk penerokaan projek penyelidikan bersama, perkongsian kepakaran dan fasiliti, jaringan penyelidik serta penglibatan dalam rangkaian penyelidikan kebangsaan dan antarabangsa.

JPI – Memacu Penyelidikan, Memperkasa Inovasi, Menginspirasi Impak.


UMPSA Wins Big at IPBM 2026 with Four Major AwardsPENANG, 1 September 2026 — Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdull...
02/09/2026

UMPSA Wins Big at IPBM 2026 with Four Major Awards

PENANG, 1 September 2026 — Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) made a strong mark at the Innovation Pitch and Business Matching (IPBM) 2026, securing four awards for innovations spanning smart technology, commercialisation, talent development and sustainable industrial solutions.

The wins highlight the breadth of UMPSA’s innovation pipeline and its continued focus on moving research beyond the laboratory towards industry application, market validation and commercial opportunities.

IPBM 2026 is designed to connect researchers from the Malaysian Technical University Network (MTUN) with industry players and potential users, creating opportunities to refine technologies based on real market needs while strengthening pathways towards industry adoption and commercialisation.

Among UMPSA’s winners, Associate Professor Ir. Dr. Nurul Hazlina binti Nordin received the Best Category Award – Research and Development Collaboration for LiLex-3: Modular Smart Sensor Node for IoT Applications & Engineering Education.

Ts. Nurul Wahidah binti Arshad, inventor of DEWBOARD© SYSTEM, won the Best Category Award – Commercial Potential, recognising the technology’s potential for further market development and commercial application.

Meanwhile, Mohd Nizam bin Abdul Rashid Nizam Writes presented the Induction Machine Training Module for TVET with CDIO Approach, invented by Dr. Mohd Azri Hizami bin Rasid, which secured the Best Category Award – Capacity Building and Talent Development.

Completing UMPSA’s winning line-up, Najmuddin Bin Mohd Ramli received the Best Innovation Pitch Award for presenting Biodegradable Degreaser: Breaking Down Grease, Not the Environment, an innovation by Ts. Mohd Najib Razali

The four awards underscore UMPSA’s growing strength in developing industry-relevant technologies with clear potential for adoption, commercialisation and wider market impact, while reinforcing its role in connecting university innovation with real-world opportunities.

69 Tahun Merdeka begitu besar nikmat dirasai.Jalur Gemilang megah berkibar,Menyinari bumi penuh merdeka;Warga UMPSA teru...
30/08/2026

69 Tahun Merdeka begitu besar nikmat dirasai.

Jalur Gemilang megah berkibar,
Menyinari bumi penuh merdeka;
Warga UMPSA terus bersinar,
Menabur bakti demi negara.

🌾✨ TEMUI PASUKAN PENYELIDIK UMPSA DI MAHA SERDANG 2026! ✨🌾UMPSA dengan bangganya menyertai MAHA Serdang 2026, pameran pe...
28/08/2026

🌾✨ TEMUI PASUKAN PENYELIDIK UMPSA DI MAHA SERDANG 2026! ✨🌾

UMPSA dengan bangganya menyertai MAHA Serdang 2026, pameran pertanian utama Malaysia yang menghimpunkan pemain industri, penginovasi, penyelidik dan orang awam bagi meneroka kemajuan serta inovasi terkini dalam sektor pertanian dan industri asas tani.

🔬 Jom kunjungi booth UMPSA dan kenali lebih dekat inovasi hasil penyelidikan warga UMPSA:

🐝 Bee Crobes oleh
Prof. Madya Ts. Dr. Hajar Fauzan Ahmad

🌱 MNRg-Treat/Biodegradable Industrial Degreaser oleh
Ts. Najib Razali

🧬 SCENTBIO oleh
Prof. Madya Dr. Nadzirah Mohd Mokhtar

🐘 Gajah Safe oleh
Ts. Dr. Syafiq Fauzi Kamarulzaman

🌿 Prepecto oleh
Prof. Madya Ts. Dr. Noormazlinah Ahmad

📅 28 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 MAEPS Serdang
Dewan C, District 1 | Laman R&D&C&I

Di samping itu, 🎤 JANGAN LEPASKAN SESI POCKET TALK UMPSA!

🚁 AI-Powered Drone for Revolutionising Sustainable Agriculture
☀️🐟🌱Solar-Powered Vertical Aquaponic

🎙️ Disampaikan oleh:
Prof. Ir. Dr. Mohd Faizal bin Jamlos
Senior Director
Centre for Climate Transition & Disaster Risk

📅 1 September 2026
⏰ 12.00 tengah hari – 1.00 petang

🌾✨ Jom ramai-ramai singgah ke booth UMPSA dan saksikan sendiri inovasi penyelidikan yang berpotensi mencorakkan masa depan pertanian mampan!

Jumpa anda di MAHA Serdang 2026! 🤝

26 Ogos 2026: MITEC KLSekitar program Global Automotive & Technology Expo 2026 di MITEC yang dianjurkan oleh Malaysia Au...
26/08/2026

26 Ogos 2026: MITEC KL

Sekitar program Global Automotive & Technology Expo 2026 di MITEC yang dianjurkan oleh Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii). Program ini memberi fokus kepada platform utama yang mengetengahkan inovasi dalam industri automotif dan teknologi, dengan penekanan kepada kenderaan elektrik (EV), sistem kenderaan autonomi serta penyelesaian kepada mobiliti yang lestari.

Pada majlis tersebut juga, UMPSA dan MARii turut melaksanakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak bagi projek Consortium of Automotive Malaysian Universities (CAuto) serta kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pembangunan teknologi, inovasi dan pembangunan kapasiti melibatkan pusat kecemerlangan AEC dan SMRRT.



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمدSelamat Menyambut Maulidur Rasul 1448HYang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Ca...
25/08/2026

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan seluruh warga kerja Jabatan Penyelidikan & Inovasi mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati dan mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga semangat dan kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW terus subur dalam diri, menjadi inspirasi untuk kita melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan, integriti dan dedikasi, di samping terus menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
“Menyemai Cinta, Meneladani Sunnah, Membina Ummah.”







UMPSA & TDA TEROKA PEMBANGUNAN BOT ELEKTRIK UNTUK PULAU TIOMANPekan, 18 Ogos 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan...
24/08/2026

UMPSA & TDA TEROKA PEMBANGUNAN BOT ELEKTRIK UNTUK PULAU TIOMAN

Pekan, 18 Ogos 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Pahang menerusi sesi perbincangan dengan Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) bagi meneroka pelaksanaan projek Bot Elektrik di Pulau Tioman.

Inisiatif ini bertujuan membangunkan bot elektrik yang lebih pantas, selesa dan mesra alam dengan menggantikan enjin sangkut petrol konvensional kepada sistem motor sangkut elektrik. Teknologi ini dijangka menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih senyap, bebas asap ekzos serta menyokong agenda kelestarian dan mobiliti hijau di Pulau Tioman.

UMPSA diwakili oleh Profesor Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim, Penolong Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Ts. Dr. Abdul Adam Abdullah, Pengarah Kanan REM, Ir. Ts. Dr. Muhammad Ikram Mohd Rashid, Pengarah AEC dan Tuan Haji Amirul Ahmad, Eksekutif Kanan REM JPI, Delegasi TDA p**a diketuai oleh Tuan Haji Jumshoiry Novdany Mohd Sulaiman, Pengurus Besar, bersama Encik Muhammad Zikri Zaini, Jurutera Bahagian Mekanikal TDA.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen UMPSA dalam memacu penyelidikan berimpak tinggi serta menyokong pembangunan teknologi hijau bagi agenda kelestarian negeri Pahang.



Kunjungan hormat daripada delegasi MIMOS Services Sdn. Bhd., sebuah syarikat subsidiari milik penuh MIMOS Berhad, bagi m...
24/08/2026

Kunjungan hormat daripada delegasi MIMOS Services Sdn. Bhd., sebuah syarikat subsidiari milik penuh MIMOS Berhad, bagi meneroka potensi kolaborasi dalam bidang teknologi penderiaan jauh dan analitik data geospatial di Centre for Climate Transition & Disaster Risk (CCTDR) atau UMPSA Climate Centre.

Mesyuarat juga dilaksanakan bersama untuk membincangkan insiatif berkaitan Pengurusan Fasiliti, Kecerdasan Buatan (AI), Data Centre serta pembangunan bahan bernilai tinggi daripada sumber mineral yang melibatkan COE Pusat Teknologi Industri Termaju (AIT), Pusat Kecerdasan Buatan Dan Sains Data (CAIDaS) dan Pusat Kecerdasan Bahan Termaju (CAIM).

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperluas jaringan kerjasama strategiknya bersama industri apabila menerima kunjungan hormat daripada delegasi MIMOS Services Sdn. Bhd., sebuah syarikat subsidiari milik penuh MIMOS Berhad, bagi meneroka potensi kolaborasi dalam bidang teknologi penderiaan jauh dan analitik data geospatial.

Kunjungan yang berlangsung di Centre for Climate Transition & Disaster Risk (CCTDR) atau UMPSA Climate Centre itu menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pembangunan penyelesaian teknologi berasaskan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan oleh industri, khususnya dalam sektor sumber asli, perlombongan, pertanian dan pembangunan bandar pintar.

Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/general/umpsa-teroka-kerjasama-strategik-bersama-mimos-services-dalam-teknologi-dron-hiperspektral

Address

Universiti Malaysia
Pekan
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMPSA Research & Innovation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to UMPSA Research & Innovation:

Shortcuts

Share