24/09/2026
📚 SELAMAT DATANG MAHASISWA BAHARU SARJANA HADITH
Sidang Akademik 2026/2027 | Bahagian Pengajian Islam, PPIK USM
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. 🌿
Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM) mengalu-alukan kehadiran mahasiswa baharu Program Sarjana Sastera dalam Hadith (Mod Campuran/Mix Mode) bagi Sidang Akademik 2026/2027.
Pada semester ini, program Sarjana Hadith menerima antara jumlah pendaftaran mahasiswa yang agak ramai. Kehadiran para penuntut ilmu ini menjadi satu amanah dan kesinambungan dalam usaha memperkasa pengajian Hadith di peringkat pascasiswazah.
Ilmu Hadith bukan sekadar berkaitan dengan riwayat dan teks, tetapi menuntut ketelitian, amanah ilmiah, adab terhadap ilmu dan kesungguhan dalam meneliti Sunnah Rasulullah SAW.
Semoga para mahasiswa baharu terus istiqamah sepanjang perjalanan pengajian. Moga Allah SWT melapangkan urusan, mengurniakan kesabaran, ketekunan dan kefahaman, serta mempermudah setiap langkah sehingga berjaya menamatkan pengajian.
Lebih utama, semoga ilmu yang diperoleh menjadi ilmu yang bermanfaat dan diberkati, membentuk pemikiran yang matang, akhlak yang mulia serta memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan ummah.
🤲 Selamat datang dan selamat menuntut ilmu.
📖 Semoga perjalanan mencari ilmu ini dipermudahkan hingga ke penghujungnya.
Bahagian Pengajian Islam
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK)
Universiti Sains Malaysia (USM)