Unit Makmal Sains Uitm Perlis

  • Home
  • Unit Makmal Sains Uitm Perlis
Call

Unit Makmal Sains Uitm Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Makmal Sains Uitm Perlis, College & University, UiTM Perlis, Kampus Arau, .

Antara makmal di bawah seliaan Unit Makmal Sains adalah Makmal Instrumentasi, Makmal Kimia, Makmal Biologi, Makmal Agroteknologi, Makmal Marin, Makmal Lateks & Perician Polimer, Bengkel Getah dan Bengkel Plastik, Makmal Sains Ukur & Geomatik, Makmal Fizik

25/09/2026

UMS Family Day 2026
15 September 2026
Bottle Colour Game
Bengkel Agro UiTM Cawangan Perlis

24/09/2026

UMS Family Day 2026
15 September 2026
Lite Superbowl The Store Kangar Perlis

FAMILY DAY UNIT MAKMAL SAINS 2026 ERAT SILATURAHIM DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN15 September 2026, Arau – Unit Makmal Sa...
24/09/2026

FAMILY DAY UNIT MAKMAL SAINS 2026 ERAT SILATURAHIM DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN

15 September 2026, Arau – Unit Makmal Sains, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis telah berjaya menganjurkan Family Day Unit Makmal Sains (UMS) 2026 dalam suasana meriah dan penuh semangat kekeluargaan.

Program ini menghimpunkan warga Unit Makmal Sains menerusi pelbagai aktiviti yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh semangat kerja berpasukan serta menyemai ukhuwah dalam kalangan staf.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Pengurusan UiTM Cawangan Perlis atas sokongan dan pelepasan bertugas yang diberikan kepada staf bagi menjayakan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada semua staf yang hadir serta jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus-lumus memastikan program berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Semoga penganjuran Family Day UMS 2026 menjadi kenangan bermakna serta terus memperkukuh kebersamaan dan keharmonian warga Unit Makmal Sains.

UiTM Cawangan Perlis
Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis
Skim Sains Universiti Teknologi MARA

09/09/2026

Gerak Kerja Perlupusan Sisa Kimia Unit Makmal Sains 2026

Gerak Kerja Pelupusan Sisa Kimia Makmal Sains 2026 Alhamdulillah, program Gerak Kerja Pelupusan Sisa Kimia Makmal Sains ...
09/09/2026

Gerak Kerja Pelupusan Sisa Kimia Makmal Sains 2026

Alhamdulillah, program Gerak Kerja Pelupusan Sisa Kimia Makmal Sains 2026 yang berlangsung pada 9 September 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Polis Bantuan UiTM Cawangan Perlis dan En Shahir yang menyediakan kenderaan pengangkutan dan seluruh warga membantu dalam proses pengumpulan, pengangkutan serta penyusunan sisa kimia di Stor Sisa Bahan Kimia. Kerjasama yang diberikan bukan sahaja melancarkan urusan pelupusan, malah memastikan pengurusan sisa kimia dilaksanakan secara selamat, teratur dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Semoga usaha berterusan ini dapat menyokong persekitaran makmal yang lebih selamat, sistematik dan lestari. Terima kasih atas komitmen dan dedikasi semua pihak.

UiTM Cawangan Perlis
Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis
Skim Sains Universiti Teknologi MARA
Pejabat Polis Bantuan Uitm Cawangan Perlis

Mesyuarat Unit Makmal Sains Bil. 2/2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Mesyuarat Unit Makmal Sains Bilangan 2/2026 t...
09/09/2026

Mesyuarat Unit Makmal Sains Bil. 2/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesyuarat Unit Makmal Sains Bilangan 2/2026 telah berjaya diadakan pada 7 September 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Latihan Inovasi PJIM&A. Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan, perancangan aktiviti serta penambahbaikan perkhidmatan Unit Makmal Sains.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli mesyuarat yang telah hadir dan memberikan komitmen serta pandangan yang membina demi memastikan kecemerlangan perkhidmatan Unit Makmal Sains terus dipertingkatkan.

Bersama Melangkah ke Arah Kecemerlangan dan Inovasi.

UiTM Cawangan Perlis
Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis
Skim Sains Universiti Teknologi MARA

🔹 BENGKEL PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL UiTM CAWANGAN PERLIS BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS 🔹Unit Makmal Sain...
02/09/2026

🔹 BENGKEL PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL UiTM CAWANGAN PERLIS BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS 🔹

Unit Makmal Sains, UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Buangan Terjadual dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis bagi meningkatkan kefahaman warga universiti mengenai pengurusan buangan terjadual yang selamat, sistematik dan mematuhi peruntukan perundangan yang berkuat kuasa.

Bengkel ini memberi pendedahan berkaitan pengenalpastian, pengasingan, pelabelan, penyimpanan serta kaedah pelupusan buangan terjadual yang betul bagi memastikan keselamatan pengguna, melindungi alam sekitar dan mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan berkaitan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat. Diharapkan program seumpama ini dapat terus memperkukuhkan amalan pengurusan makmal yang selamat, berkualiti dan lestari di UiTM Cawangan Perlis.

UiTM Cawangan Perlis
Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis
Skim Sains Universiti Teknologi MARA

Tahniah dan syabas kepada En Haris bin Kamis yang terlibat sebagai pegawai teknikal dalam Kejohanan Woodball Piala Dunia...
31/07/2026

Tahniah dan syabas kepada En Haris bin Kamis yang terlibat sebagai pegawai teknikal dalam Kejohanan Woodball Piala Dunia Ke-10 dan Kejohanan Woodball Terbuka Malaysia 2026 pada 24 Julai - 30 Julai 2026 bertempat di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Unimap Pauh, Perlis.

Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang, penuh dedikasi dan profesionalisme. Terima kasih atas komitmen serta sumbangan yang diberikan dalam mengharumkan nama organisasi dan negeri Perlis di peringkat antarabangsa.

UiTM Cawangan Perlis
Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis
Skim Sains Universiti Teknologi MARA
Unit Makmal Sains Uitm Perlis

Address

UiTM Perlis, Kampus Arau

02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

049882530

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Makmal Sains Uitm Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share