Kompleks Pendidikan MADI

Call Website Contact the university

Kompleks Pendidikan MADI Institusi pendidikan yang menawarkan pengajian berasaskan Bahasa Arab & 'Ulum Diniah serta berorientasikan peperiksaan awam : SPM.

Maklumat lanjut sila hubungi :

Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (MADI)
Kampung Jejawi Dalam, 02600 Arau, Perlis. Tel : 04-9763626 (Pejabat)

Ustaz Zul Hilmi bin Rasid (Mudir)
013-5883161

Ustaz Nazirwan bin Azir (PK Pentadbiran)
019-4562065

12/10/2026
🇲🇾🤝🇹🇭 MENYUBUR UKHUWAH, MEMPERKASA PERKONGSIAN PENDIDIKAN5 Oktober 2026 | 4.30 petang | MADIAlhamdulillah, MADI berbesar...
05/10/2026

🇲🇾🤝🇹🇭 MENYUBUR UKHUWAH, MEMPERKASA PERKONGSIAN PENDIDIKAN

5 Oktober 2026 | 4.30 petang | MADI

Alhamdulillah, MADI berbesar hati menerima kunjungan Delegasi Bandon Wittaya Foundation School, Pattani, Thailand dalam satu kunjungan yang sarat dengan nilai ukhuwah, perkongsian ilmu dan jalinan pendidikan.

Kunjungan ini turut disertai oleh wakil JAIPs, Ustaz Muhammad Haafizuddin bin Abirerah.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra ini memberi ruang kepada kedua-dua institusi untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam bidang pendidikan, meninjau institusi serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Lebih daripada sekadar sebuah kunjungan, pertemuan ini menjadi medan untuk berkongsi idea, mengenali pendekatan pendidikan yang berbeza serta membina jaringan kerjasama yang lebih luas merentasi sempadan.

MADI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Bandon Wittaya Foundation School -โรงเรียนบ้านดอนวิทยามูลนิธิ atas kesudian berkunjung dan berkongsi pengalaman bersama warga MADI.

Semoga jalinan yang terbina ini terus berkembang dan menjadi permulaan kepada lebih banyak perkongsian ilmu, kerjasama pendidikan dan ukhuwah serantau pada masa akan datang. 🤲🏻

Berbeza tempat, berkongsi cita-cita;
bersama membina generasi berilmu dan berakhlak. 🌿







29/09/2026
18/09/2026

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗠𝗔𝗗𝗥𝗔𝗦𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗔𝗛 (𝗠𝗔𝗗𝗜), 𝗝𝗘𝗝𝗔𝗪𝗜, 𝗔𝗥𝗔𝗨 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔

📌 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗠𝗔𝗗𝗥𝗔𝗦𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗔𝗛 (𝗠𝗔𝗗𝗜), 𝗝𝗘𝗝𝗔𝗪𝗜, 𝗔𝗥𝗔𝗨 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 ▶Dapatkan borang permohon...
17/09/2026

📌 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗠𝗔𝗗𝗥𝗔𝗦𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗔𝗛 (𝗠𝗔𝗗𝗜), 𝗝𝗘𝗝𝗔𝗪𝗜, 𝗔𝗥𝗔𝗨 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔

▶Dapatkan borang permohonan di pejabat MADI dan hantar secepatnya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
☎ 04-9763626 (Pejabat MADI)
⏰ Masa Operasi Pejabat :
8.00 pagi - 4.00 ptg (Isnin - Khamis)
8.00 pagi - 3.00 ptg (Jumaat)




Dapatkan info berkaitan sekolah di FB rasmi sekolah :

https://www.facebook.com/share/16VdjLX8jr/

🏆⚽ TAHNIAH & SELAMAT BERJUANG! ⚽🏆Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:👤 Abdullah Fahmi bin Azman👤 Muh...
13/09/2026

🏆⚽ TAHNIAH & SELAMAT BERJUANG! ⚽🏆

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
👤 Abdullah Fahmi bin Azman
👤 Muhammad Anas Darwisyh bin Syuhaimi
👤 Muhammad Adam Izzuddin bin Malikki

🇲🇾 Atas pemilihan untuk mewakili Negeri Perlis dalam acara Bola Sepak ke KESSUMA Peringkat Kebangsaan 2026.
📅 14 – 18 September 2026
📍 UTM Skudai, Johor
⚽ Acara Bola Sepak

👨‍💼 Turut bersama sebagai Pengurus Pasukan:
Ustaz Abdul Hadi bin Abd Rahman

🤲 Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan dan semangat juang yang tinggi serta mampu mengharumkan nama MADI dan Negeri Perlis.

🔥 Selamat berjuang! Berikan yang terbaik!

💜💛 Teruskan Usaha, Terapkan Budaya, MADI Terbilang!

⚽🏆

11/09/2026
🌤️📚 PERKAMPUNGAN SPM 2026 | HARI KETIGA 📚🌤️📅 1 September 2026 | Selasa📍 Norfa Camp House Resort, ChanglunTibalah hari te...
01/09/2026

🌤️📚 PERKAMPUNGAN SPM 2026 | HARI KETIGA 📚🌤️

📅 1 September 2026 | Selasa
📍 Norfa Camp House Resort, Changlun

Tibalah hari terakhir Perkampungan SPM 2026. Walaupun program hanya berlangsung selama 3 hari 2 malam, pelbagai pengisian telah dilalui oleh calon-calon SPM Tingkatan 5.

🌅 Seperti hari sebelumnya, hari dimulakan dengan kendiri, solat dan bacaan Surah al-Waqiah sebelum diteruskan dengan pengisian akademik terakhir.

📖 Slot 7 — Bahasa Arab

Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengukuhkan pemahaman, mengaplikasikan teknik menjawab serta membuat persediaan yang lebih terarah bagi menghadapi peperiksaan SPM.

Setelah selesai sesi akademik, para peserta:
🧳 Berkemas dan membuat persiapan untuk pulang
🏡 Check-out dari tempat penginapan
🚐🚗 Bertolak pulang ke sekolah

Alhamdulillah, Perkampungan SPM 2026 akhirnya melabuhkan tirai.

👏 Tahniah kepada semua 29 orang calon SPM atas komitmen dan kesungguhan sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada barisan guru yang terlibat dalam menjayakan setiap slot pembelajaran, bimbingan, pemantauan serta pengisian kerohanian sepanjang tiga hari dua malam ini.

🤲 Semoga segala ilmu, nasihat dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk anak-anak MADI melangkah ke medan SPM dengan lebih yakin, tenang dan bersedia.

✨ Usaha sudah dimulakan. Ilmu sudah dibekalkan. Doa terus dipanjatkan. Kini, teruskan perjuangan menuju kejayaan!

SPM 2026 — MADI BOLEH! 💪🔥






🔥📚 PERKAMPUNGAN SPM 2026 | HARI KEDUA 📚🔥📅 31 Ogos 2026 | Isnin📍 Norfa Camp House Resort, ChanglunAlhamdulillah, hari ked...
01/09/2026

🔥📚 PERKAMPUNGAN SPM 2026 | HARI KEDUA 📚🔥

📅 31 Ogos 2026 | Isnin
📍 Norfa Camp House Resort, Changlun

Alhamdulillah, hari kedua Perkampungan SPM 2026 berlangsung dengan penuh pengisian dan semangat daripada para calon SPM Tingkatan 5.

🌅 Hari dimulakan dengan kendiri, solat dan bacaan Surah al-Waqiah, sebelum para peserta meneruskan sesi akademik yang padat dan berfokus.

📖 Antara slot pembelajaran yang dijalankan:

1️⃣ Slot 2 — Pendidikan Syariah Islamiah & Pendidikan Islam
2️⃣ Slot 3 — Sains
3️⃣ Slot 4 — Sejarah
4️⃣ Slot 5 — Matematik
5️⃣ Slot 6 — Tasawwur Islam

💡 Setiap slot dilaksanakan melalui:
🔹 Teknik menjawab soalan SPM
🔹 Latih tubi secara berfokus
🔹 Perbincangan soalan SPM sebenar
🔹 Sesi soal jawab bersama guru subjek

Selain pengisian akademik, para peserta turut diberikan ruang untuk riadah, rehat dan aktiviti santai bagi memastikan keseimbangan fizikal dan mental sepanjang program.

🌙 Pengisian kerohanian turut diteruskan pada sebelah malam dengan solat berjemaah, bacaan Surah al-Mulk dan sesi kendiri sebelum para peserta berehat.

💪 Satu hari yang penuh dengan ilmu, ibadah dan usaha.

Semoga segala ilmu yang dipelajari hari ini menjadi bekalan buat anak-anak MADI untuk menghadapi peperiksaan SPM dengan lebih yakin dan tenang.

SPM bukan sekadar tentang menjawab soalan, tetapi tentang sejauh mana kita bersedia untuk memberikan yang terbaik. ✨






🏕️📚 PERKAMPUNGAN SPM 2026 | HARI PERTAMA 📚🏕️📅 30 Ogos 2026 | Ahad📍 Norfa Camp House Resort, ChanglunAlhamdulillah, bermu...
01/09/2026

🏕️📚 PERKAMPUNGAN SPM 2026 | HARI PERTAMA 📚🏕️

📅 30 Ogos 2026 | Ahad
📍 Norfa Camp House Resort, Changlun

Alhamdulillah, bermulanya Perkampungan SPM 2026 yang melibatkan seramai 29 orang calon SPM Tingkatan 5 terdiri daripada 18 orang banin dan 10 orang banat.

🚐🚗 Para peserta bertolak dari sekolah menuju ke Norfa Camp House Resort dengan menaiki van sekolah dan kenderaan guru sebelum mengikuti beberapa pengisian yang telah disusun khas sepanjang program.

Antara aktiviti hari pertama:
🔹 Taklimat program
🔹 Solat berjemaah
🔹 Aktiviti bebas & riadah santai
🔹 Makan bersama
🔹 📖 Slot 1: Bahasa Inggeris
🔹 Sesi pembelajaran dan persediaan menghadapi SPM
🔹 Supper & persiapan diri sebelum berehat

Program ini bukan sekadar memberi penekanan kepada aspek akademik, malah menjadi ruang untuk membina disiplin, motivasi, kerjasama dan kekuatan rohani dalam kalangan calon SPM.

✨ Hari pertama menjadi langkah awal menuju kejayaan. Semoga setiap usaha yang dicurahkan menjadi asbab kejayaan anak-anak MADI dalam SPM 2026.





Address

Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (MADI), Kampung Jejawi Dalam, Arau
Perlis
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Pendidikan MADI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kompleks Pendidikan MADI:

Shortcuts

Share