03/09/2026
SALAM TAKZIAH
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merakamkan ucapan takziah atas pemergian staf PTMK yang telah kembali ke rahmatullah pada 2 September 2026 iaitu,
Allahyarham Mohd Kamal Hafizin bin Abdul Rahman
Juruteknik Komputer Kanan
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK)
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh warga PTMK. Segala jasa, sumbangan dan kenangan bersama Allahyarham akan sentiasa dikenang.
Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Sekiranya terdapat sebarang salah dan silap Allahyarham sepanjang pergaulan dan urusan bersama, sudilah kiranya dimaafkan dan dihalalkan segala-galanya.
Al-Fatihah. 🤲🏻