Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI)

  • Home
  • Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI)

Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI), College & University, .

[๐‘๐š๐ค๐š๐ฆ๐š๐ง ๐€๐ช๐ข๐๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐›๐ซ๐š - ๐๐ซ๐จ๐Ÿ. ๐Œ๐š๐๐ฒ๐š ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐€๐ฒ๐ฆ๐š๐ง ๐š๐ฅ-๐€๐ค๐ข๐ญ๐ข]๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐€๐ค๐ข๐๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐›๐ซ๐š karya ๐ˆ๐ฆ๐š๐ฆ ๐š๐ฅ-๐’๐š๐งลซ๐ฌฤซ telah ...
02/12/2025

[๐‘๐š๐ค๐š๐ฆ๐š๐ง ๐€๐ช๐ข๐๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐›๐ซ๐š - ๐๐ซ๐จ๐Ÿ. ๐Œ๐š๐๐ฒ๐š ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐€๐ฒ๐ฆ๐š๐ง ๐š๐ฅ-๐€๐ค๐ข๐ญ๐ข]

๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐€๐ค๐ข๐๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐›๐ซ๐š karya ๐ˆ๐ฆ๐š๐ฆ ๐š๐ฅ-๐’๐š๐งลซ๐ฌฤซ telah lengkap dibaca oleh ๐๐ซ๐จ๐Ÿ. ๐Œ๐š๐๐ฒ๐š ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐€๐ฒ๐ฆ๐š๐ง ๐š๐ฅ-๐€๐ค๐ข๐ญ๐ข di bawah ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐“๐š'๐ฅ๐ข๐ฆ ๐€๐ง-๐๐ฎ๐ซ.

๐ŸŽฅ ๐๐š๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ซ๐š๐ค๐š๐ฆ๐š๐ง: https://youtube.com/playlist?list=PLPKbMLi_-12Q5qkkzp9DC0YiODuQSsbAa&si=-rDD7r-3kj6c0A8A

Ini sekaligus melengkapkan pengajian/daurah Silsilah Aqidah yang disusun oleh ๐ˆ๐ฆ๐š๐ฆ ๐š๐ฅ-๐’๐š๐งลซ๐ฌฤซ yang pernah dianjurkan oleh ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐œ & ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐œ ๐’๐ญ๐ฎ๐๐ข๐ž๐ฌ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ž (๐ˆ๐’๐’๐ˆ) seliaan ๐๐ซ๐จ๐Ÿ. ๐Œ๐š๐๐ฒ๐š ๐ƒ๐ซ. ๐€๐ฆ๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ pada tahun 2019.

๐ŸŽฅ ๐๐š๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ซ๐š๐ค๐š๐ฆ๐š๐ง: https://youtube.com/playlist?list=PLwmEqkvaOXDzi9RaW27B1WWhA9Moiof8a&si=w0o4npSBRLsliHqa

๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ง๐˜ข๐˜ข๐˜ต ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ต๐˜ช.

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ง๐—ฎ'๐—น๐—ถ๐—บ ๐—”๐—ป-๐—ก๐˜‚๐—ฟ
๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ผ๐˜€๐—พ๐˜‚๐—ฒ

16/03/2025
06/11/2024
13/08/2024
30 minit pencerahan tentang peranan dan sumbangan Ashaโ€™irah - Maturidiyyah dalam konteks:1)pembinaan tradisi arus perdan...
16/07/2024

30 minit pencerahan tentang peranan dan sumbangan Ashaโ€™irah - Maturidiyyah dalam konteks:

1)pembinaan tradisi arus perdana keilmuan Islam,

2)penjanaan malakah/competence pembinaan peradaban manusia, dan

3)pencetusan ilmu-ilmu sains alami, sains sosial dan sains psikologi berdasarkan pemikiran Ashaโ€™irah - Maturidiyyah.

Pencerahan ini menafikan tohmahan agamawan literal/harfiah malah agamawan anti-intelektual yg mendakwa Ashaโ€™irah - Maturidiyyah sbg manhaj/mazhab pemikiran yg sempit, tertutup serta menyekat kebebasan berfikir.

Kelompok agamawan buta sejarah perkembangan pemikiran dan peradaban Islam wajar mengemukakan alternatif2 hujah2 yg diberikan ttg kekayaan tradisi ilmu, kekuatan malakah peradaban dan keupayaan mencipta ilmu baru utk membuktikan kebenaran dakwaan2 palsu mereka.

Sesi Pencerahan ini adalah satu sesi dari sesi-sesi dlm Program Induksi Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Pahang anjuran Institut Ilmu Darul Makmur, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (IIDM - MUIP) pada 10 Julai 2024.

https://www.youtube.com/watch?v=pVjReL7B9F0 https://m.youtube.com/watch?v=pVjReL7B9F0&feature=youtu.be

"Pokok Ilmu Peradaban Ahli Sunnah Wal Jamaah" oleh Prof Madya Dr Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM)Kursus Induksi Pemeg...

Taklimat pelaksanaan Kurikulum Wajib Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang telah disampaikan oleh Y.Brs. Prof...
16/05/2024

Taklimat pelaksanaan Kurikulum Wajib Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang telah disampaikan oleh Y.Brs. Prof. Madya. Dr Amran Muhammad selaku Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM), Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

Taklimat pelaksanaan Kurikulum Wajib Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang telah disampaikan oleh Y.Brs. Prof...
16/05/2024

Taklimat pelaksanaan Kurikulum Wajib Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang telah disampaikan oleh Y.Brs. Prof. Madya. Dr Amran Muhammad selaku Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM), Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

06/04/2024

TAZKIRAH JUMAAT INSTITUT ILMU DARUL MAKMUR โ€“ MUIP EDUCATION SDN BHD
(SIRI 1)

NARATIF ARUS PERDANA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEBAGAI HASIL TENUNAN ISLAM ASLI DI WATAN KITA

Oleh Prof Madya Dr Amran Muhammad,
Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM),
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Kualiti tenunan yang asli terhasil dari gabungan jurutenun yang mahir menggunakan fabrik dari benang yang bermutu. Tenunan yang asli lagi berkualiti terbukti berkekalan lama, menarik pandangan mata serta menjadi sebutan dan ikutan orang ramai. Islam yang berkualiti tinggi juga terhasil dari tenunan kemahiran tradisi keilmuan, keruhanian dan ketamadunannya dimanifestasikan oleh ratusan ulamanya yang tersohor, ribuan kitabnya yang muktabar serta jutaan umatnya yang terus menghayatinya sejak 1400 tahun yang lalu sehingga ke saat ini.

Dalam konteks ini, kita umat Islam di Watan Kepulauan Melayu tanpa diduga telah dianugerahkan keistimewaan yang tidak disangka dalam sejarah kita dengan dipakaikan hasil tenunan tradisi keilmuan, keruhanian dan ketamadunan Islam yang asli dan berkualiti tinggi dengan nama Tradisi Arus Perdana Ahli Sunnah wal Jamaah.

Tenunan Islam Tradisi Ahli Sunnah wal Jamaah di Kepulauan Tanah-Tanah Melayu yang dihasilkan dari fabrik dan jalur-jalur benang bermutu akidah Ashaโ€™irah, fekah Shafiโ€™iyyah dan tasawuf Ghazzaliyyah sejak lebih 500-600 tahun yang lalu bukan sahaja telah mentransformasikan sifat zahiriyyah dan jasmaniyyah umat Melayu di Watan Melayu ini malah lebih penting telah merevolusikan sifat batiniyyah dan ruhaniyyah mereka.

Dengan tidak semena-mena melalui akidah Ashaโ€™irah, umat Melayu mengenal hakikat kewujudan yang pelbagai dari yang hakiki sehingga yang majazi.

Dengan tiba-tiba melalui fekah Shafiโ€™iyyah, umat Melayu memahami sifat dan kategori amal-perbuatan dari yang wajib disisi agama sebagai bukti pengabdian sehingga yang sekadar adat kebiasaan masyarakat.

Begitu juga halnya dengan tasawuf Ghazzaliyyah, umat Melayu menghayati nilai dan ahlak kehidupan yang tinggi dengan dialektika sifat mahmudah (terpuiji) dan mazmumah (terkeji) yang mereka lalui selagi hayat dikandung badan.

Hasil tenunan Islam jalinan akidah Ashaโ€™irah, fekah Shafiโ€™iyyah dan tasawuf Ghazzaliyyah yang membentuk Naratif Arus Perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pilihan watan kita bagi mendepani pergelutan dan pertempuran antara naratif-naratif Islam dan bukan Islam ketika ini jika ingin dibandingkan dengan naratif-naratif Islam yang lain itu jelas sangat menyolok mata-hati orang yang mengetahui sejarah naratif-naratif Islam yang lain tersebut.

Bila kita berbicara tentang sebuah naratif yang telah lama berakar, menjadi pokok dan menghasilkan buah untuk kehidupan individu dan kolektif umat Watan Melayu, naratif-naratif Islam yang lain tersebut bukanlah tandingan Naratif Ahli Sunnah Wal Jamaah Ashaโ€™irah, Shafiโ€™iyyah dan Ghazzaliyyah.

Untuk sekian lamanya Naratif Arus Perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan tenunan benang-benang Ashaโ€™irah-Shafiโ€™iyyah-Ghazzaliyyah telah membina dan mencorakkan bukan sahaja pandangan dan pengalaman Islam umat Melayu di Watan kita malah telah mengatur dan menginstitusikan kegiatan-kegiatan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan di Watan ini.

Dalam istilah pemikiran dan peradaban, kita sebut Naratif Arus Perdana Ashaโ€™irah-Shafiโ€™iyyah-Ghazzaliyyah telah mengemukakan keperluan-keperluan ilmiah bertahap tinggi seperti Ontologi melalui Ashaโ€™irah dengan faham kewujudan, Praksiologi melalui Shafiโ€™iyyah dengan faham amal-perbuatan dan Aksiologi melalui Ghazzaliyyah dengan faham nilai dan kemuliaan insan. Kesemuanya ini terbina atas faham ilmu atau Epistemologi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang memaknakan Ontologi (Faham Kewujudan), Praksiologi (Faham Amal Perbuatan Manusia) dan Aksiologi (Faham Nilai-Nilai Kehidupan) kehidupan manusia sebagai โ€œkehidupan beragama berperadaban yang rasionalโ€

Umat Islam ketika ini terutamanya kita yang mendiami Watan Melayu perlu menginsafi dan menyedari cabaran sebenar kehidupan semasa lebih-lebih lagi bila kita menyaksikan depan mata-kepala kita tentang nasib kaum muslimin di watan geografi lain khususnya di Negara-Negara Arab Timur Tengah dan Afrika Utara, Benua Indo-Pakistan-Bangladesh juga keadaan umat Islam di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.

Cabaran hakiki umat Islam sebenarnya ialah mendepani cabaran dan serangan pemikiran dan peradaban, ideologi dan isme-isme dan juga nilai sains, teknologi dan organisasi politik, ekonomi dan sosial mereka. Ketika dunia pemikiran dan peradaban Barat sejak sekian lama tanpa henti-henti ingin melemahkan dan menjatuhkan kekuatan umat Islam, umat Islam masih lagi berpolemik tentang halal-haram, bidaโ€™ah dan kesesatan sesama mereka.

Gagasan dan wawasan Naratif Arus Perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah dari tenunan benang-benang Ashaโ€™irah-Shafiโ€™iyyah-Ghazzaliyyah dengan segala penambahbaikkannya sesuai dengan perubahan zaman dan lingkungan sudah mencukupi bagi umat Islam di Watan Melayu dalam menyediakan kita untuk menghadapi cabaran pemikiran dan peradaban Barat semasa.

Naratif Arus Perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak akan melemaskan dan mengheret umat Islam tentang bidaโ€™ah yasin, mawlid, tahlil dan talqin. Naratif Arus Perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak akan dengan mudahnya mendaifkan dan memalsukan hadith-hadith yang digunapakai umat Islam yang terbukti membina dan mengaturkan kehidupan mereka dengan penuh tertib.

Naratif Naratif Arus Perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak akan mewujudkan fenomena membidaโ€™ahkan, menyesatkan malah mentakfirkan mempelajari ilmu kalam dan falsafah, mengamalkan tarikat dan wirid-wirid, menziarahi perkuburan, memuliakan para wali dan pelbagai lagi yang boleh didapati di media sosial hari ini.

Umat Islam di Watan kita wajiblah menginsafi dan menyedari ketika mana dunia pemikiran dan peradaban Barat telah dan sedang memanfaatkan segala potensi aqliyyah sebagai anugerah teristimewa dari Tuhan Maha Pencipta untuk insan/manusia, umat Islam masih lagi berpolemik dan berbalah sama ada akal boleh atau tidak untuk memahami agama! Naratif Arus Perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan tenunan benang-benang Ashaโ€™irah-Shafiโ€™iyyah-Ghazzaliyyah jelas sekali telah merumuskan perkara pengunaan akal ini dengan mengharmonikan antara keduanya akal dan naqal atau wahyu dan pemikiran.

Umat Islam di Watan Melayu wajar memikirkan pilihan naratif keislaman mereka. Jika mereka mahu meneruskan Naratif yang telah sekian lama memaknakan kehidupan imaniyyah, amaliyyah dan ruhaniyyah mereka, mereka mesti mengambil sikap dan pendirian untuk mempelajari dan mempertahankan Naratif Naratif Arus Perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah hasil tenunan benang-benang Ashaโ€™irah-Shafiโ€™iyyah-Ghazzaliyyah ini yang asli bagi umat Islam di Watan ini.

Jika umat Islam di Watan Melayu ingin memulakan cara-bagaimana untuk menghadapi cabaran ilmu dan pemikiran serta kehidupan dan peradaban Barat yang sebenar-benar cabaran bagi mereka, mereka mesti tidak menyibukkan diri dengan soal-soal membidaโ€™ah, mensyirik dan mengkafirkan orang lain.

Ini adalah zaman pertembungan pemikiran atau naratif akidah antara umat Islam melawan syubuhat dan kekeliruan pemikiran dan naratif atheis, agnostik dan anarkis bukan zaman polemik tentang hadis sahih membaca qunut, yasin, tahlil, talqin dan doa!

INSTITUT ILMU DARUL MAKMUR - MUIP EDUCATION SDN BHD.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI):

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed University?

Share