Farmasi Pusat Sejahtera USM

Call Contact the university

Farmasi Pusat Sejahtera USM Unit Farmasi Pusat Sejahtera USM. Perkhidmatan beroperasi bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Unit farmasi menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan melalui pendispensan ubat melalui kaunter farmasi, pengeposan ubatan serta farmasi pandu lalu.

Penyakit jantung boleh berlaku tanpa disedari. Kenali tanda-tandanya dan amalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan ris...
28/09/2026

Penyakit jantung boleh berlaku tanpa disedari. Kenali tanda-tandanya dan amalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko.

โค๏ธ Kenali tanda amaran:

โ€ข Sakit atau rasa tidak selesa di dada
โ€ข Sesak nafas
โ€ข Berpeluh sejuk
โ€ข Loya atau muntah
โ€ข Pening atau rasa hendak pengsan
โ€ข Sakit yang merebak ke lengan, bahu, belakang, leher atau rahang

๐Ÿ’Š Jika anda mengambil ubat jantung atau ubat darah tinggi,

ambil mengikut arahan dan jangan berhenti sendiri.

๐Ÿšจ JANGAN TUNGGU!

Jika mengalami sakit atau ketidakselesaan dada yang berlarutan, berulang atau disertai sesak nafas, peluh sejuk, loya, pening atau pengsan, hubungi 999 dengan segera.

Kenali Jenis-Jenis Tablet :Tahukah anda? Tidak semua tablet boleh ditelan, dikunyah atau dihancurkan dengan cara yang sa...
02/09/2026

Kenali Jenis-Jenis Tablet :

Tahukah anda? Tidak semua tablet boleh ditelan, dikunyah atau dihancurkan dengan cara yang sama.

Setiap jenis tablet mempunyai cara penggunaan yang berbeza untuk memastikan ubat berfungsi dengan baik dan selamat.

๐Ÿ“Œ Sentiasa ikut arahan pada label ubat dan nasihat doktor atau ahli farmasi.

Gunakan ubat dengan cara yang betul untuk mendapatkan kesan yang optimum.

๐Ÿšจ OBESITI BUKAN SEKADAR SOAL BERAT BADANObesiti ialah keadaan kesihatan kronik yang boleh meningkatkan risiko diabetes, ...
12/08/2026

๐Ÿšจ OBESITI BUKAN SEKADAR SOAL BERAT BADAN

Obesiti ialah keadaan kesihatan kronik yang boleh meningkatkan risiko diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, fatty liver dan masalah sendi.

Pengurusan obesiti memerlukan pendekatan menyeluruh โ€” pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, tidur yang mencukupi dan, jika sesuai, rawatan perubatan dengan pemantauan healthcare professional. โค๏ธ

๐Ÿ’‰ AWAS โ€œRETAโ€ DI MEDIA SOSIAL!

Retatrutide kini semakin banyak dipromosikan sebagai โ€œinjection kurusโ€. Namun, retatrutide belum diluluskan/berdaftar oleh NPRA untuk pemasaran di Malaysia.

โŒ Jangan beli atau suntik produk daripada sumber yang tidak sah.
โŒ Jangan percaya dakwaan โ€œconfirm kurusโ€ atau โ€œtiada side effectโ€.
โœ… Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan sebarang ubat untuk menurunkan berat badan.

Kurus bukan matlamat semata-mata. Kesihatan dan keselamatan lebih utama. ๐Ÿ’š

๐Ÿ’Š Ubat boleh membantu, tetapi bukan jalan pintas untuk mengatasi obesiti.Rawatan obesiti yang berkesan memerlukan gabung...
31/07/2026

๐Ÿ’Š Ubat boleh membantu, tetapi bukan jalan pintas untuk mengatasi obesiti.

Rawatan obesiti yang berkesan memerlukan gabungan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, perubahan gaya hidup dan, bagi sesetengah individu, penggunaan ubat yang disarankan oleh doktor.

โš ๏ธ Elakkan membeli ubat atau produk penurunan berat badan daripada sumber yang tidak dipercayai kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak selamat.

Sebelum mengambil sebarang ubat atau suplemen, dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.

** **

๐Ÿ’Š JANGAN TANGGUH PENGAMBILAN UBAT KOLESTEROLRamai berhenti atau tertinggal makan ubat kolesterol apabila berasa sihat. H...
08/07/2026

๐Ÿ’Š JANGAN TANGGUH PENGAMBILAN UBAT KOLESTEROL

Ramai berhenti atau tertinggal makan ubat kolesterol apabila berasa sihat. Hakikatnya, kolesterol tinggi selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok jika tidak dikawal.

โœ… Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor setiap hari.
โœ… Jangan berhenti atau ubah dos tanpa nasihat doktor.
โœ… Gabungkan pengambilan ubat dengan amalan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, berhenti merokok dan mengekalkan berat badan ideal.

๐Ÿ’ก Ingat: Ubat kolesterol bukan untuk sementara, tetapi membantu melindungi kesihatan jantung anda dalam jangka panjang.

Jika anda mengalami kesan sampingan atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai ubat, dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.

โค๏ธ Jangan tangguh pengambilan ubat kolesterol. Lindungi jantung anda, lindungi masa depan anda.

Tahukah anda? Pesakit diabetes berisiko mengalami masalah kaki tanpa sedar ๐Ÿ˜ŸLuka kecil pun boleh jadi besar kalau diabai...
20/05/2026

Tahukah anda? Pesakit diabetes berisiko mengalami masalah kaki tanpa sedar ๐Ÿ˜Ÿ
Luka kecil pun boleh jadi besar kalau diabaikan. Sebab tu penting untuk kita jaga kaki setiap hari!
Jom lihat infografik ini untuk tahu cara penjagaan yang betul dan tanda bahaya yang perlu diberi perhatian ๐Ÿ‘‡

Ubat kolesterol, terutamanya daripada kumpulan statin, berkesan dalam menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risik...
17/04/2026

Ubat kolesterol, terutamanya daripada kumpulan statin, berkesan dalam menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Pengambilan ubat ini perlulah mengikut preskripsi dan nasihat doktor bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan.
Dapatkan maklumat lanjut untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Hepatitis A ialah jangkitan virus yang menyerang hati. Ia biasanya merebak melalui makanan atau air yang tercemar, serta...
03/04/2026

Hepatitis A ialah jangkitan virus yang menyerang hati. Ia biasanya merebak melalui makanan atau air yang tercemar, serta kebersihan tangan yang tidak terjaga.

Antara simptom yang biasa:
โ€ข Demam & letih
โ€ข Loya, muntah
โ€ข Sakit perut
โ€ข Kulit atau mata menjadi kuning (jaundice)

Walaupun kebanyakan kes boleh sembuh, jangkitan ini tetap boleh mengganggu kesihatan dan aktiviti harian, terutama bagi golongan berisiko.

๐Ÿ‘‰ Cara pencegahan terbaik:
โ€ข Ambil vaksin Hepatitis A
โ€ข Jaga kebersihan makanan & tangan
โ€ข Elakkan makanan/minuman yang diragui kebersihannya

๐Ÿ’‰ Lindungi diri & orang tersayang dengan vaksin Hepatitis A hari ini!

๐Ÿ“ Pusat Sejahtera, USM
๐Ÿ’ฐ RM125/dos
๐Ÿ“… 2 dos (jarak 6 bulan)

๐Ÿ“ž 04-653 4903

Jom ambil langkah kecil untuk perlindungan besar ๐Ÿ’™

19/03/2026

Address

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian, Universiti Sains Malaysia, Gelugor
Pulau Pinang
11800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6046534919

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Pusat Sejahtera USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Farmasi Pusat Sejahtera USM:

Shortcuts

Share