PENGURUSAN KOLEJ RAFFLESIA DAN ANGSANA
Unit Pengurusan Kolej mula beroperasi pada 1 April 2009 dan di terajui oleh 4 kakitangan yang terdiri daripada Penolong Pengurus Asrama, Penyelia Asrama dan 2 orang Pembantu Am Pejabat. Oleh kerana Unit Pengurusan Kolej masih baru ketika itu, pengurusan bersepakat untuk menguruskan kedua-dua kolej iaitu Kolej Rafflesia dan Angsana dibawah satu pengurusan. Se
hinggalah pada 1 Jun 2009, Unit Pengurusan Kolej mula menerima pertambahan staf yang terdiri daripada Pengurus Asrama Kanan, Pengurus Asrama, 2 orang Penolong Pengurus Asrama, 2 orang Penyelia Asrama dan 3 orang Pembantu Am Pejabat (PAP). Unit Pengurusan Kolej terletak di bangunan yang dikenali sebagai Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia (KKPR). Pejabat Pengurusan Kolej merupakan nadi utama dan pusat pentadbiran serta pengurusan semua hal-ehwal pelajar yang berkaitan dengan kediaman, makanan dan kemudahan serta kelengkapan di kolej atau dahulunya dikenali sebagai asrama. Sehingga kini Unit Pengurusan Kolej diketuai oleh seorang Pengurus Asrama Kanan, seorang Pengurus Asrama dan dibantu oleh 11 orang staf yang terdiri dari Penolong Pengurus Asrama, Penyelia Asrama dan Pembantu Am Pejabat. KU INTAN SAFINAS KU MOHAMAD
Pengurus Asrama
PN. AMINAH OTHMAN
Pen. Pengurus Asrama Kanan
EN. AHMAD OMAR YAMAN
Pen. Pengurus Asrama Non Resident
EN. MOHD KHAIRUL REZWAN NASIR
Pen. Pengurus Asrama
PN. NORPIAH SUDIN
Pen. SURAIDA SALEH
Penyelia Asrama Kanan
EN. MOHD NAJIB MOHAMAD SANUSI
Penyelia Asrama
PN. SITI KATIMAH RAMLAN
Penyelia Asrama