24/09/2026
🌟 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Muhamad Faiz Othman! 🌟
Warga Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA merakamkan ucapan tahniah atas kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan Gred DUF14, berkuat kuasa 29 Mei 2024.
Pencapaian ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan sumbangan beliau dalam bidang pengajaran, penyelidikan serta perkhidmatan profesional.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang ke arah kecemerlangan Fakulti Farmasi serta UiTM.
Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini.