Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Kinabalu

Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Kinabalu Manage by Commerce Department Club

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari warga Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Kinabalu โœจ๐ŸŽŠ



๐ŸŽ“ Kolokium Politeknik Kota Kinabalu Siri Ke-6 2026Program anjuran Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Kinabalu ini berja...
13/03/2026

๐ŸŽ“ Kolokium Politeknik Kota Kinabalu Siri Ke-6 2026

Program anjuran Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Kinabalu ini berjaya menghimpunkan penyelidik, pensyarah dan inovator dalam perkongsian ilmu di bawah tema:

โœจ Cross-Disciplinary Synergy: Transforming Research Towards a Dynamic TVET Ecosystem

Seramai 25 peserta dari pelbagai jabatan telah membentangkan hasil penyelidikan dalam kategori:
๐Ÿ”น Sains Sosial / Pendidikan / Pengurusan Pendidikan
๐Ÿ”น Kejuruteraan / Teknologi / Review Analisis
๐Ÿ”น Inovasi / Reka Bentuk / Produk

Tahniah kepada semua pemenang 'Best Paper Award' dan 'Best Presenter Award' atas kecemerlangan penyelidikan dan pembentangan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Abdul Razak bin Haji Mohd Daim, Timbalan Pengarah (Akademik) pada 13 Mac 2026 di Dewan Auditorium ULPL, Politeknik Kota Kinabalu.

Kolokium ini menjadi platform penting dalam memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik dalam ekosistem TVET.




๐ŸŽ‰ COMMERCE INNOVATION SHOWCASE ~ COINS 13 ๐ŸŽ‰Dengan sukacitanya menjemput semua untuk hadir ke Pameran Projek Inovasi Pela...
27/10/2025

๐ŸŽ‰ COMMERCE INNOVATION SHOWCASE ~ COINS 13 ๐ŸŽ‰

Dengan sukacitanya menjemput semua untuk hadir ke Pameran Projek Inovasi Pelajar: COINS 13!

๐Ÿ“… Tarikh: 5 November 2025
๐Ÿ•’ Masa: 8.00 Pagi - 2.00 Petang (Rabu)
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu

COINS 13 mempamerkan hasil kerja terhebat pelajar dari kursus:

ยท ๐Ÿ“Š Marketing Project
ยท ๐Ÿ’ผ Business Project
ยท ๐Ÿ” Marketing Research and Analytics
ยท ๐ŸŒŸ Professional Ethics

Apa yang menanti?
โœจ Projek inovatif & kreatif
โœจ Inovasi dalam pemasaran dan perniagaan
โœจ Pertunjukan idea segar dari minda generasi Z

Jangan lepaskan peluang untuk melihat projek inovasi pelajar Jabatan Perdagangan.

๐Ÿ“ฃ Terbuka kepada:
Semua Pelajar dan Staf PKK

Kongsikan hebahan ini!


๐ŸŒŸ Majlis Apresiasi Jabatan Perdagangan Sesi II 2024/2025 ๐ŸŒŸSyukur alhamdulillah, Majlis Apresiasi Jabatan Perdagangan ber...
24/08/2025

๐ŸŒŸ Majlis Apresiasi Jabatan Perdagangan Sesi II 2024/2025 ๐ŸŒŸ

Syukur alhamdulillah, Majlis Apresiasi Jabatan Perdagangan bertemakan โ€œMenghargai Pencapaian, Menginspirasi Masa Depanโ€ telah berlangsung dengan penuh meriah pada 22 Ogos 2025 bertempat di Dewan Rafflesia.

Majlis ini diadakan bagi meraikan usaha, pencapaian dan komitmen pelajar sepanjang Sesi II 2024/2025.

Seramai 415 orang pelajar telah diraikan sebagai penerima Anugerah Ketua Jabatan ๐Ÿ‘๐ŸŽ“โœจ.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha, mencapai kecemerlangan dan menginspirasi masa depan yang lebih gemilang. ๐Ÿš€๐ŸŒŸ



25/06/2025

PENAFIAN

Untuk makluman, tular di applikasi WhatsApp, terdapat beberapa pautan bagi bakal pelajar baharu untuk masuk ke dalam sebuah ruangan sembang di aplikasi Telegram.

โ€ผ๏ธScam: https://t.me/+27ViOwAFaeQ0YWE1โ€ผ๏ธ

Untuk makluman, pautan Telegram dan ruangan sembang tersebut bukan hak milik JHEP PKK.

Kami mengingatkan anda untuk sentiasa berwaspada sebelum menekan mana-mana pautan.

Sekian, terima kasih

24/06/2025

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KOTA KINABALU KE-29

Makluman kepada Graduan Sesi I : 2023/2024 dan Sesi II : 2023/2024.

Majlis Konvokesyen PKK ke-29 akan berlangsung pada 3-4 September 2025 (Rabu-Khamis) bertempat di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu Sabah.

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini di Portal Rasmi Konvokesyen i-Konvo menggunakan komputer/ komputer riba bermula 24 Jun 2025:

http://spmp.polikk.edu.my/ukonvo/konvo_login.jsp


Sila layari laman sesawang http://spmp.polikk.edu.my/ukonvo/konvo_login.jsp untuk maklumat berkaitan urusan pendaftaran, pembayaran yuran konvokesyen, pengesahan kehadiran serta maklumat lanjut yang berkaitan.

JK Konvokesyen PKK ke-29

Tahniah buat Warga Jabatan Perdagangan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2024 ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜€
23/06/2025

Tahniah buat Warga Jabatan Perdagangan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2024 ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜€


Assalamualaikum dan salam sejahteraโœจWarga Jabatan Perdagangan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet Pol...
13/06/2025

Assalamualaikum dan salam sejahteraโœจ

Warga Jabatan Perdagangan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet Politeknik Kota Kinabalu yang akan menyertai Sukan IPT Sabah 2025 pada 12โ€“15 Jun di Universiti Malaysia Sabah.

Kami bangga dengan usaha, komitmen dan semangat juang anda semua dalam membawa nama PKK. Teruskan berlatih dengan disiplin, bersatu sebagai satu pasukan dan berikan yang terbaik di medan pertandingan.

Bertandinglah dengan semangat kesukanan, demi maruah dan nama institusi tercinta.



Tahniah buat Staf Jabatan Perdagangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024
22/05/2025

Tahniah buat Staf Jabatan Perdagangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024

| 17.05.2025

Tahniah kepada 33 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Politeknik Kota Kinabalu.

Penghargaan ini diberikan atas komitmen, kerjasama dan usaha gigih yang telah dizahirkan sepanjang tahun 2024.

Kejayaan ini diharap dapat memberi dorongan kepada warga PKK untuk terus bersama-sama bagi memastikan prestasi perkhidmatan sentiasa cemerlang seiring visi dan misi PKK.

Syabas! Selamat maju jaya buat seluruh warga Politeknik Kota Kinabalu.

27 April 2025-Program Khidmat Masyarakat: Pengurusan Aset & Wakaf di Masjid Al-Qawiy, Kundasang Sabah anjuran Program Di...
28/04/2025

27 April 2025-Program Khidmat Masyarakat: Pengurusan Aset & Wakaf di Masjid Al-Qawiy, Kundasang Sabah anjuran Program Diploma Perakaunan (DAT) , Politeknik Kota Kinabalu. Melibatkan 23 orang pelajar DAT semester 5 dan pensyarah DAT.

COMMERCE INNOVATION SHOWCASE (COINS12)TAHNIAH kepada Jabatan Perdagangan kerana berjaya melaksanakan  program COINS12 de...
23/04/2025

COMMERCE INNOVATION SHOWCASE (COINS12)

TAHNIAH kepada Jabatan Perdagangan kerana berjaya melaksanakan program COINS12 dengan jayanya. Program ini melibatkan pelajar-pelajar daripada Program Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran serta Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan. Tiga Kategori dipertandingkan iaitu Professional Ethics, Marketing Plan dan Business Project.

SYABAS..diucapkan kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat.

TAHNIAH kepada semua pemenang.


Address

Ranau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share