22/10/2026
19-21 OKTOBER 2026 | KKSB MEWAKILI GPS NEGERI SELANGOR KE MAJLIS PERDANA GERAKAN PENGGUNA SISWA (MPGPS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 🇲🇾
Kolej Komuniti Sabak Bernam mengucapkan tahniah kepada dua Ahli Jawatankuasa Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) iaitu Mohamad Danial bin Azhari dan Muhammad Alwafi bin Sharun Nizam yang telah mewakili GPS Negeri Selangor dalam Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.
Program ini merupakan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Program berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur.
Sepanjang program, para peserta aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti menarik dan berimpak tinggi antaranya Sesi Perkongsian Advokasi Dasar Pengguna Negara (DPN) 2.0, GPS Idea Lab 2026, Cabaran Eksplorasi GPS 2026, Sesi Perkongsian Ilmu oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDN serta Kuiz Kahoot Kepenggunaan.
Turut berlangsung ialah sesi pembentangan peserta MPGPS, pelancaran Modul Aktiviti Kepenggunaan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) 2.0 dan sesi Walkabout Program Ihsan Food Bank (i-FB). Aktiviti-aktiviti ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang isu kepenggunaan, kepimpinan, kreativiti dan tanggungjawab sebagai pengguna yang bijak serta beretika.
Penyertaan ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan dan kemahiran kepimpinan ahli GPS KKSB, sekali gus menyemarakkan gerakan kepenggunaan dalam kalangan warga kolej dan masyarakat. Syabas kepada wakil KKSB! Semoga terus menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi pengguna yang bijak, berilmu dan bertanggungjawab.
KKSB Hebat, GPS Terus Melangkah! 💪
“BUILD YOUR FUTURE WITH US”
💕