Nilai Masyarakat Malaysia

Nilai Masyarakat Malaysia Salam sejahtera. Page in khas kami tubuhkan demi jabatan pengajian am Politeknik Sandakan Sabah, subjek Nilai Masyarakat Malaysia.

Kami dari kumpulan 7, akan membincangkan tentang Ideologi Songsang dalam konteks liberalisme.

09/05/2024

OBJEKTIF:
1. Kita dapat mempelajari lebih mendalam tentang ideologi songsang.
2. Kita dapat mengenal pasti faktor-faktor berlakunya ideologi songsang
3. Kita dapat menghuraikan langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya ideologi songsang.

09/05/2024

Kesimpulannya,

Ideologi songsang yang dilihat oleh liberalisme sebagai salah satu kebebasan, hakikatnya merosakkan institusi masyarakat. Kebebasan yang dilakarkan dengan hiburan tanpa batasan, seks bebas dan sebagainya hakikatnya bukanlah satu kebebasan. Bahkan ia cuma seruan untuk seseorang itu menjadi tidak terkawal, hidup tanpa pedoman, kurang pegangan agama dalam kehidupan harian dan menjadikan akal tidak dapat berfikir dengan baik. Di samping itu, tidak dinafikan bahawa kewujudan ideologi songsang ini mampu merosakkan akhlak masyarakat kini terutamanya pada generasi akan datang. Oleh itu, bagi mengelakkan isi ini terus berlaku dan semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia, kita perlu berganding bahu dalam membendung masalah ini agar tidak bertambah tersebar pada masa akan datang. deologi songsang ini,apabila dibiarkan akan menyebabkan sesebuah negara akan hancur dan melahirkan masyrakat yang tidak baik.Oleh itu,semua pihak terutamanya kerajaan dan ibubapa haruslah memainkan peranan masing-masing agar tidak terpengaruh dengan ideologi songsang Bagai aur dengan tebing. Ahkir sekali, sebagai masyarakat yang prihatin perlu menjalankan tanggungjawab dalam menangani isu ideologi songsang ini dengan tidak bersikap pentingkan diri sendiri serta bijak membuat keputusan bagi memilih ideologi yang betul dalam kehidupan kita.
Ideologi songsang ini tanpa sebarang tapisan boleh membawa implikasi negatif terhadap sesebuah negara dan juga masyarakat. Ideologi songsang ini,apabila dibiarkan akan menyebabkan sesebuah negara akan hancur dan melahirkan masyrakat yang tidak baik.Oleh itu,semua pihak terutamanya kerajaan dan ibubapa haruslah memainkan peranan masing-masing agar tidak terpengaruh dengan ideologi songsang Bagai aur dengan tebing.

SatanismSatanism atau lebih mudah difahami adalah penyembahan setan. Ideologi penyembahan ini telah lama wujud dari zama...
09/05/2024

Satanism

Satanism atau lebih mudah difahami adalah penyembahan setan. Ideologi penyembahan ini telah lama wujud dari zaman Mesir kuno sampai Yunani kuno, serta sejak abad pertengahan sampai ke hari ini. Satanism pada zaman dahulu hanya dipratikkan dalam kalangan ahli - ahli tukang sihir dan orang yang menolak agama dengan memuja setan. Pada zaman ni penyembahan setan mula diperkenalkan kembali dan dimodenkan oleh Anton Szandor LaVey iaitu pengasas kepada Church of Satan dalam bahasa melayu dikenali sebagai gereja satan. Secara amnya, penganut agama setan menjadikan setan sebagai tuhan dan menolak ajaran agama dan nilai keagamaan lain. Gerakan ideologi satanism mengajarkan hal-hal yang dianggap oleh mana-mana agama berdosa dan salah, sebagai contoh pesta seks dan pengorbanan bayi kepada tuhan mereka iaitu setan.
https://en.wikipedia.org/wiki/Satanism

Kebebasan bersuara atau speech of freedom?Kebebasan bersuara adalah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau komun...
09/05/2024

Kebebasan bersuara atau speech of freedom?
Kebebasan bersuara adalah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau komuniti untuk menyatakan pendapat dan idea mereka tanpa rasa takut akan pembalasan, penapisan, atau undang-undang. Istilah "kebebasan bersuara" kadang-kadang digunakan secara sinonim merangkumi tindakan mencari, menerima, dan menyampaikan maklumat atau idea, tanpa mengira medium yang digunakan.
Tindakan ini tidak salah jika seseorang yang bersuara tersebut mengambil kira tentang isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, dan budaya. Tetapi di negara Perancis, mereka menyalahgunakan kebebasan ini sehinggakan berlakunya porak poranda di antara agama dan kaum yang menyebabkan keharmonian di negara Perancis dan hubungan diplomatik di negara tersebut terjejas.
Rujukan.
https://www.loc.gov/law/help/freedom-expression/france.php https://edition.cnn.com/.../france-free-speech.../index.html

Terorisme:Apa itu terosisme? Seperti yang kita tahu kita telah banyak menyaksikan kejadian terorisme berlaku dimana iany...
09/05/2024

Terorisme:
Apa itu terosisme?
Seperti yang kita tahu kita telah banyak menyaksikan kejadian terorisme berlaku dimana ianya mencetuskan ancaman baru kepada keselamatan antarabangsa.
Oleh itu, apa yang dimaksudkan dengan terorisme adalah ianya ideologi songsang yang terlalu ekstrem dan taksub kepada kelompok sempit dan sekali gus menyimpang jauh daripada ajaran yang sepatutnya.
Sehingga kini istilah terorisme ini masih belum diketahui definisinya dengan tepat.
Walau bagaimanapun, Terorisme ini merupakan suatu kaedah yang dimana tujuannya adalah membuatkan orang merasa ketakutan dan tidak tenteram sehingga dapat
menarik perhatian masyarakat dengan lebih luas.
Rujukan: https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.google.com%2Furl%3Fsa%3Dt%26source%3Dweb%26rct%3Dj%26url%3Dhttp%253A%252F%252Fweb.usm.my%252Fkajh%252Fvol26_2_2019%252Fkajh26022019_01.pdf%26ved%3D2ahUKEwiewrCo9tTsAhW6yzgGHcnNDMIQFjACegQIBRAB%26usg%3DAOvVaw2d_AiEU43R6RMGDCCA5mNK%26fbclid%3DIwZXh0bgNhZW0CMTAAAR35ohx_9FOGxviiy5yb0IZHk3ky2ETDW6pjA_BtarB3v0xmZPfsc-UvEj0_aem_AdQLk129_mQa6pbXfsnrVSeCoCA3ZkVhzAPQlYDdWqaseHKqbWDveO3mRtKM5CinGVCuP8sycTwdrZ3FQjw8uiVi&h=AT3VjDOj8JmmELlp0vRKBeNdOjUtFNeoRpOBTKsSmER31_e3oBu1WBSEtjL700BRAu7lFsHZz2B-Jf9kp7iFYxxdRSHJxaIouu8As2_FIHaRV4K8TnGEaJm1OjeikgGCTFE5&__tn__=-UK-R&c[0]=AT0EsS5ojOceJPQRYuZzVWtBrj68EmSxbV7144wmwGjQzDGJz-hXUi6zmB1Uo_3bvoLw20_YBpF23qTjz1GM75SPWmxDER35bx86w6NMiTBEntewl92nC4C7ybPstJ2JeT_w5qwZjnEVZ2hwWB1IdvVDRhmyRWGNQNFxnjEro1LjXfQFBfx34UH3B-K4OQkVObV1exEM82sbp84b9TcGQKSG47FVG60GsX8

The Ahmadi Religion Peace and LightMasyarakat di Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kemunculan satu ajaran sesat m...
09/05/2024

The Ahmadi Religion Peace and Light
Masyarakat di Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kemunculan satu ajaran sesat menggunakan nama 'The Ahmadi Religion Peace and Light' atau 'Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya' yang dikepalai seorang individu mengaku dirinya ialah Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq manakala pendeta (bishop) mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Amaluddin.
Ajaran ini menyeru orang ramai turut menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin Imam Mahdi yang didakwa muncul masa kini, mereka mempercayai penjelmaan semula (reincarnation) juga mempercayai utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW.
Rujukan: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1069889/ajaran-ahmadi-sesat-dan-bersifat-plularisma-agama-ikim

Ideologi songsang yang ke-4Rusuhan:Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak t...
09/05/2024

Ideologi songsang yang ke-4
Rusuhan:
Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah lain.Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak puas hati. Sepanjang sejarah, rusuhan berlaku kerana keadaan kerja serta taraf hidup yang teruk, penentangan terhadap kerajaan, penentangan terhadap cukai, konklik antara kaum atau agama, ataupun setelah kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan terutamanya bola sepak.
Rujukan: https://ms.wikipedia.org/wiki/Rusuhan

Ajaran KomunismeKomunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang...
09/05/2024

Ajaran Komunisme
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya."Komunisme tulen" merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis iaitu Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet),China (Republik Rakyat China),Cuba (Republik Cuba),Laos (Republik Demokratik Rakyat Laos),Vietnam (Republik Sosialis Vietnam),Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea),Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman ),Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)dan Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea).Walaubagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu China,Laos,Vietnam,Cuba dan Korea Utara.Sungguhpun begitu, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia selepas pencetusannya.Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri,polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) dalam segi ekonomi yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi.Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991,namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.
Rujukan: https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-6370548/komunisme-pengertian-sejarah-dan-contoh-negara

Seterusnya, dukun.Selain itu,ideologi songsang yang seterusnya ialah dukun. Hal ini dapat dilihat pada masa dahulu iaitu...
09/05/2024

Seterusnya, dukun.
Selain itu,ideologi songsang yang seterusnya ialah dukun. Hal ini dapat dilihat pada masa dahulu iaitu ahli perubatan dalam masyarakat melayu dan juga segelintir masyarakat lain seperti iban dan dayak borneo. Mereka mengubati berdasarkan kepercyaan kepada kekuasaan roh dari alam sekeliling yang merupakan salah satu cara hidup.Hal ini kerana belum lahirnya ajaran agama-agama yang semakin berkembang di negara kita.Mereka juga sangat dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kerana dukun sahaja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib. Namun,aktiviti ini juga didapati masih digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak baik dan juga pastinya melanggar undang-undang setiap agama. Aktiviti yang dimaksudkan ini termasuklah santau, susuk dan sebagainya. Penggunaan cara ini untuk menimbulkan pergaduhan dan khianat adalah tidak betul sama sekali terhadap negara yang mempunyai kehidupan beragama.
Rujukan: https://lampung.nu.or.id/opini/memahami-makna-dukun-apakah-semua-dukun-itu-negatif-xvepC

LGBT-LGBT adalah istilah yang digunakan untuk merangkumi kumpulan orientasi dan pelbagai identiti jantina. LGBT bermaksu...
09/05/2024

LGBT-
LGBT adalah istilah yang digunakan untuk merangkumi kumpulan orientasi dan pelbagai identiti jantina. LGBT bermaksud orang yang mempunyai pelbagai identiti seksual seperti le***an, gay, biseksual dan transgender.
Walaupun masih ramai yang beranggapan bahawa LGBT adalah sejenis gangguan mental atau orientasi seksual yang menyimpang, tiada persetujuan lanjut daripada penyelidik berhubung punca perbezaan orientasi seksual dalam LGBT.

Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan di laman web Persatuan Psikologi Amerika, beberapa kajian menyatakan kemungkinan penyebab LGBT adalah disebabkan oleh pengaruh genetik, hormon dan persekitaran.

Semak penjelasan lanjut mengenai faktor yang membolehkan seseorang mengembangkan orientasi le***an, gay atau biseksual di bawah.

Malaysia bertegas tidak akan mengalah kepada sebarang tekanan untuk menerima amalan songsang di kalangan rakyat negara ini, terutamanya yang melibatkan unsur Le***an, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)

Rujukan: https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-6669493/memahami-arti-lgbt-faktor-penyebab-dan-berbagai-istilah-lgbt

Apa maksud liberalisme?Liberalisme bermaksud fahaman yang liberal, iaitu kefahaman atau pendirian yang inginkan demokras...
09/05/2024

Apa maksud liberalisme?
Liberalisme bermaksud fahaman yang liberal, iaitu kefahaman atau pendirian yang inginkan demokrasi serta kebebasan dalam bidang ekonomi.

Apakah itu Ideologi songsang? Ideologi songsang atau pemahaman yang tidak betul terhadap sesuatu perkara semakin menjadi...
09/05/2024

Apakah itu Ideologi songsang?
Ideologi songsang atau pemahaman yang tidak betul terhadap sesuatu perkara semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan dalam kalangan masyarakat di malaysia.Hal ini berlaku disebabkan oleh wujudnya pelbagai peranti mudah alih seperti telefon pintar yang kian mempengaruhi kanak-kanak khususnya yang bagaikan kain putih,ideologi songsang merangkumi pelbagai aspek sebagai contoh aspek yang paling penting adalah rohani dan emosi. Antara ideologi -ideologi songsang yang sedang berlaku di negara kita adalah LGBT(le***an,gay,bisexual dan transgender),dukun,ajaran komunisme,rusuhan dan liberalisme dalam sistem demokrasi.

Address

Education Hub, Jalan Sungai Batang, Batu 10
Sandakan
90000

Telephone

+60148124149

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nilai Masyarakat Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Nilai Masyarakat Malaysia:

Shortcuts

Share