Kolej Kediaman UIS

Kolej Kediaman UIS Semua berkenaan Kolej Kediaman KUIS termasuk aktiviti-aktiviti & program-program yang dijalankan

IG

Assalamualaikum semuaπŸ“’ Makluman Penting buat Semua Pelajar UIS  🌟 5 Garis Panduan Ikhtilat UIS 🌟  Sebagai mahasiswa/i ya...
16/10/2025

Assalamualaikum semua

πŸ“’ Makluman Penting buat Semua Pelajar UIS

🌟 5 Garis Panduan Ikhtilat UIS 🌟

Sebagai mahasiswa/i yang menjaga adab dan akhlak Islam, marilah kita bersama-sama mengamalkan batas pergaulan yang dibenarkan syarak bagi memelihara maruah diri dan institusi 🌺

🚫 1. Tidak menaiki kenderaan bersama antara lelaki & perempuan bukan mahram
🍽️ 2. Tidak makan semeja antara lelaki & perempuan
πŸ‘« 3. Tidak berdua-duaan di antara lelaki & perempuan
❌ 4. Tidak melakukan perkara maksiat secara terang atau sembunyi
πŸ§•πŸ§‘β€πŸ¦± 5. Menjaga batasan aurat & penampilan mengikut syariat

πŸ“Œ Rujuk Peraturan Tatatertib & Tarbiah Pelajar (UIS Pindaan 2011)

Jom jadi contoh pelajar berakhlak tinggi! 🌟
β€œBeradab, Berdisiplin, Berwibawa”

πŸŽ“ - Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP)

πŸ“± Scan QR Code dalam poster ini atau layari terus πŸ‘‰ https://kaunterzakat.com πŸ’« Empat langkah mudah untuk menunaikan zaka...
10/10/2025

πŸ“± Scan QR Code dalam poster ini atau layari terus πŸ‘‰ https://kaunterzakat.com

πŸ’« Empat langkah mudah untuk menunaikan zakat anda β€” cepat, selamat & patuh syariah!

50% Zakat anda akan diagihkan kepada warga UIS yang berkelayakan.

πŸ’›
πŸ’›
πŸ’›

πŸ“£ *PERINGATAN PENTING BUAT SEMUA MAHASISWA/I UIS πŸ“š*Sempena *Peperiksaan Akhir Diploma & Ijazah Sesi 1 2025/2026* yang ak...
02/10/2025

πŸ“£ *PERINGATAN PENTING BUAT SEMUA MAHASISWA/I UIS πŸ“š*

Sempena *Peperiksaan Akhir Diploma & Ijazah Sesi 1 2025/2026* yang akan berlangsung pada 06 - 24 oktober 2025, pihak STD/BPKP ingin mengingatkan semua pelajar agar:

🚫 *Elakkan Meniru atau Menipu Dalam Peperiksaan*

πŸ“– Sabda Rasulullah SAW:
_"Barangsiapa yang menipu kami, maka dia bukan daripada kalangan kami."_
_(H.R. Muslim no. 101)_ πŸ•ŠοΈ

βœ… Jaga integriti akademik
βœ… Tanggungjawab sebagai seorang Muslim & penuntut ilmu
βœ… Raih keberkatan ilmu dan kejayaan yang sebenar πŸŽ“βœ¨

🎯 *Teruskan usaha, doa & tawakal!*
πŸ’ͺ Semoga dipermudahkan dan cemerlang dalam setiap ujian.

*Seksyen Tarbiyyah & Disiplin,*
*Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP)* 🌟

|| Assalamualaikum ||*KULiM MiNGGU 13*Dalam dada ada cahaya,Bila dijaga hati pun tenang,Hindar dosa jauhi bahaya,Dekatka...
14/04/2025

|| Assalamualaikum ||

*KULiM MiNGGU 13*

Dalam dada ada cahaya,
Bila dijaga hati pun tenang,
Hindar dosa jauhi bahaya,
Dekatkan diri pada Tuhan yang sayang.

Selamat Beramal☺️

|| Assalamualaikum ||Jom Hadir Majlis ILMU. Hadiah Menarik Menanti Anda 🎊Pakat Share dan Hadir 😁Jumpa nanti πŸ’•
09/04/2025

|| Assalamualaikum ||

Jom Hadir Majlis ILMU.
Hadiah Menarik Menanti Anda 🎊

Pakat Share dan Hadir 😁

Jumpa nanti πŸ’•

🌸 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 🌸Harum semerbak bunga melur,Mekar mewangi di pagi hening,Muslimah sejati be...
07/04/2025

🌸 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 🌸

Harum semerbak bunga melur,
Mekar mewangi di pagi hening,
Muslimah sejati berakhlak luhur,
Peribadi terpuji jadi pembimbing.

Dengan segala hormatnya, Seksyen Disiplin dan Tarbiyyah (STD), Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP), Universiti Islam Selangor (UIS) menjemput semua mahasiswi (UIS) untuk menghadiri satu program istimewa seperti berikut:

πŸ“Œ CERAMAH PERSONALITI MUSLIMAH
πŸ“… Tarikh: 10 April 2025 (Khamis)
πŸ•£ Masa: 8:30 malam – 11:00 malam
πŸ“ Tempat: Auditorium Mohd Adanan Isman
πŸ§• Penceramah: Dr. Fatimah Syarha binti Mohd Noordin (Penceramah Bebas)
πŸ‘— Tema Pakaian: Busana Muslimah
βœ… Cop Mentoring Disediakan

Program ini bertujuan untuk memperkasa jati diri dan sahsiah Muslimah sejati dalam menghadapi cabaran kehidupan kampus serta masa hadapan. Ayuh hadir bersama rakan-rakan dan hayati perkongsian bermanfaat daripada penceramah yang cukup berpengalaman dan menginspirasikan semua.

"Muslimah Berkualiti, Ummah Diberkati."

Sekian, terima kasih.

Seksyen Disiplin dan Tarbiyyah (STD)
Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP)
Universiti Islam Selangor (UIS)

πŸ“’ NOTIS PENTING: LARANGAN SEMASA PEPERIKSAAN πŸŽ“Kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir, sila ambil per...
07/03/2025

πŸ“’ NOTIS PENTING: LARANGAN SEMASA PEPERIKSAAN πŸŽ“

Kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir, sila ambil perhatian mengenai peraturan berikut semasa peperiksaan:

❌ BARANG LARANGAN ❌
🚫 Telefon bimbit
🚫 Jam pintar
🚫 Earbuds & peranti audio
🚫 Nota atau bahan rujukan tidak dibenarkan

βœ… ETIKA PEMAKAIAN βœ…
πŸ‘¨β€πŸŽ“ Siswa: Berkemeja, bertali leher, seluar slack & kasut kulit
πŸ‘©β€πŸŽ“ Siswi: Berbaju kurung & kasut bertutup
🎟 Kad Matrik wajib dipakai & dipamerkan

β›” DILARANG: Jeans, pakaian ketat, selipar, sandal & pakaian tidak kemas/tidak sopan.

⚠ Pelajar yang gagal mematuhi peraturan boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan.

SEKSYEN TARBIYYAH DAN DISIPLIN, UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

|| Assalamualaikum ||Makluman kepada semua pelajar, Pelaksanaan Ops Ziarah Jumaat akan dilaksanakan pada hari Jumaat || ...
23/01/2025

|| Assalamualaikum ||

Makluman kepada semua pelajar, Pelaksanaan Ops Ziarah Jumaat akan dilaksanakan pada hari Jumaat || 24 Januari 2025.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar siswa diminta kekal di Masjid Al-Azhar Selama 10-15 minit bagi memberi ruang kepada petugas untuk menjalankan tugas.

Kerjasama semua pelajar a at kami hargaiπŸ˜„

Terima Kasih

Assalamualaikum Mahasiswa/i CemerlangPagi-pagi mentari bersinar,  Mari kita mula menuntut ilmu,  Buka buku, buka minda, ...
23/01/2025

Assalamualaikum

Mahasiswa/i Cemerlang

Pagi-pagi mentari bersinar,
Mari kita mula menuntut ilmu,
Buka buku, buka minda,
Penuh semangat menuju kejayaan yang satu

KULIAH 5 MINIT - MINGGU PERTAMA : SEBARKAN SALAM

Sebarkan Salam, Eratkan Ukhuwah!

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata :

β€œSeorang lelaki telah bertanya Rasulullah : Ciri-ciri Islam manakah yang paling baik?

Nabi SAW bersabda : β€œKamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari (11), (27), (5767) dan Riwayat Muslim (56)]
Mengucapkan salam bukan sahaja tanda kasih sayang sesama Muslim, tetapi juga amalan sunnah yang mengeratkan hubungan sesama kita.

Jadi, jangan lupa sebarkan salam hari ini! Ucapkan β€œAssalamualaikum” kepada rakan, keluarga, dan sesiapa sahaja yang anda temui. Semoga dengan salam, ukhuwah kita semakin kuat.

Selamat Beramal🀩

     &disiplin
23/01/2025



&disiplin

Nasihat Luqman al-Hakim.  Tarbiyah & Disiplin
23/01/2025

Nasihat Luqman al-Hakim.
Tarbiyah & Disiplin

Address

Selangor
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60389117000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Kediaman UIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share