Department of Civil Engineering, UPM

Call Website

Department of Civil Engineering, UPM We bring to you new updates from Civil Engineering Department

All information on this page represents the official information with regards to any news, announcements and information from the management of the Department of Civil Engineering,UPM.

Lawatan Penanda Aras UMPSA ke Jabatan Kejuruteraan Awam Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada delegasi dari Unive...
02/10/2026

Lawatan Penanda Aras UMPSA ke Jabatan Kejuruteraan Awam

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada delegasi dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) atas Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Kejuruteraan Awam pada 24 September 2026.

​Sesi ini menjadi platform pertukaran pandangan, amalan terbaik (best practices) serta peluang jaringan kerjasama strategik dalam bidang kejuruteraan awam.

Semoga lawatan ini membawa manfaat berpanjangan kepada kedua-dua belah pihak.

​

Selamat datang ke Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia! Hari ini bermula langkah pe...
01/10/2026

Selamat datang ke Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia!

Hari ini bermula langkah pertama anda sebagai warga Jabatan Kejuruteraan Awam. Kami dengan penuh rasa bangga mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baharu program Bacelor Kejuruteraan Awam dengan Kepujian bagi Sesi Akademik 2026/2027!

Dunia kejuruteraan awam menanti bakat, daya usaha, dan inovasi anda untuk membina masa depan yang lebih mampan dan gemilang. Jadikan fasa pengajian ini sebagai medan untuk menimba ilmu, mengasah kemahiran dan membina jati diri seorang jurutera yang berkaliber.

Selamat maju jaya dalam perjalanan akademik anda. Semoga dikurniakan kecekalan dalam menghadapi cabaran, terus bersemangat dan berjaya menggenggam gulungan ijazah kelak!

Berilmu Berbakti!

LAWATAN BENCHMARKING DARIPADA UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA​Jabatan Kejuruteraan Awam berbesar hati menerima kunjun...
26/09/2026

LAWATAN BENCHMARKING DARIPADA UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA

​Jabatan Kejuruteraan Awam berbesar hati menerima kunjungan delegasi lawatan benchmarking daripada Universitas Gadjah Mada, Indonesia pada 21 Ogos 2026 (Jumaat) yang lalu.

​Lawatan ilmiah dan strategik ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik, mengukuhkan jalinan kerjasama akademik serta memantapkan penandaarasan perkhidmatan antara kedua-dua belah pihak.

​Semoga perkongsian daripada sesi penandaarasan ini memberi impak positif demi kecemerlangan bersama!

​

26/09/2026
KUNJUNGAN LAWATAN KOLABORASI DARIPADA UNIVERSITAS NEGERI MALANG, INDONESIA KE JABATAN KEJURUTERAAN AWAM UPM​Jabatan Keju...
23/09/2026

KUNJUNGAN LAWATAN KOLABORASI DARIPADA UNIVERSITAS NEGERI MALANG, INDONESIA KE JABATAN KEJURUTERAAN AWAM UPM

​Jabatan Kejuruteraan Awam telah menerima kunjungan mesra menerusi Lawatan Kolaborasi daripada delegasi Universitas Negeri Malang, Indonesia pada 19 Ogos 2026.

​Sesi lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama akademik, penyelidikan strategik, serta pertukaran ilmu dan budaya antara kedua-dua institusi.

Antara pengisian utama sepanjang sesi tersebut merangkumi:
*​Perbincangan potensi kerjasama akademik dan program pertukaran pelajar/staf.
*​Peluang penyelidikan bersama (joint research) serta penerbitan artikel ilmiah.
*​Sesi perkongsian amalan terbaik dalam bidang kejuruteraan awam dan teknologi terkini.
*​Lawatan ke Makmal Hidraulik Jabatan Kejuruteraan Awam.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh delegasi Universitas Negeri Malang atas kesudian berkunjung ke jabatan kami. Semoga jaringan kolaborasi rentas sempadan ini dapat memperkasakan lagi kualiti pendidikan dan penyelidikan demi manfaat bersama.

​

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIHSeluruh warga Jabatan Kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin...
22/09/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Seluruh warga Jabatan Kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mantan Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah FASc atas pemberian saguhati sebagai tanda ingatan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam UPM. Pemberian tersebut telah dibawa dan disampaikan oleh Pegawai Khas Pejabat Naib Canselor UPM, YM Raja Muhammad Muzamir Raja Mahadi pada 18 September 2026, Jumaat yang lepas.

Budi dan perhatian yang diberikan amat bermakna serta dihargai oleh seluruh warga jabatan. Semoga YBhg. Dato' sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, dan kejayaan dalam apa jua perkara yang diceburi.

Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan, dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di UPM.



02/09/2026
📢*WE ARE HIRING: SENIOR LECTURER POSITION*The Department of Civil Engineering, Faculty of Engineering, Universiti Putra ...
27/08/2026

📢*WE ARE HIRING: SENIOR LECTURER POSITION*

The Department of Civil Engineering, Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia (UPM) is seeking a qualified and motivated candidate to join the Water and Environmental Engineering Unit as a Senior Lecturer.

📌 Key Requirements

✅ Malaysian citizen

✅ *PhD in Water and Environmental Engineering* or a closely related field from a recognised university

✅ *Bachelor’s Degree in Civil Engineering* recognised by the Government of Malaysia, or an equivalent recognised qualification, *with a CGPA ≥ 3.50*

✅ *Strong commitment to teaching and research*, with potential to contribute to publications, research grants, postgraduate supervision, and research collaboration

✅ *Registered with BEM*; Professional Engineer status is an added advantage

✅ *Credit in Bahasa Melayu and English* at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level or an equivalent qualification recognised by the Government of Malaysia

📌 How to Apply

📧 Please email your latest CV and academic transcripts to:
[email protected] and cc to [email protected]

🗓️ *Application Deadline: 20 September 2026*

⚠️ *Only shortlisted candidates will be contacted and invited for interview.*

We welcome candidates who are passionate about contributing to teaching, research, and the continued growth of Water and Environmental Engineering at UPM.


Tahniah & Selamat Berjuang!​Warga Jabatan Kejuruteraan Awam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya ke...
05/08/2026

Tahniah & Selamat Berjuang!

​Warga Jabatan Kejuruteraan Awam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada Profesor Madya Dr. Fauzan Mohd. Jakarni yang mewakili Kontinjen UPM ke Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2026 bagi acara Tenis.

​Semoga dikurniakan kecergasan, ketenangan, dan kejayaan cemerlang di gelanggang pentas UniSZA!

Address

Civil Engineering Department, Level 6, Administration Block, Faculty Of Engineering, Universiti Putra Malaysia
Serdang
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397696377

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Department of Civil Engineering, UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share