17/09/2026
Salam UiTM Di Hatiku
Telah berlangsung Program Sambutan Semarak Kemerdekaan & Hari Malaysia dalam suasana penuh kemeriahan, semangat patriotisme dan kebersamaan warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.
Penganjuran program ini menyemarakkan semangat cintakan tanah air serta menghayati kembali nilai-nilai kemerdekaan yang telah diwariskan kepada generasi hari ini. Sambutan ini mencerminkan semangat kebersamaan warga kampus dalam meraikan kepelbagaian, memperkukuh perpaduan serta menghargai keharmonian yang dinikmati bersama.
Semoga semangat patriotisme dan kecintaan terhadap Malaysia terus subur dalam diri setiap warga UiTMCNS Kampus Seremban, seterusnya menjadi inspirasi untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara. Mudah-mudahan semangat Malaysia MADANI dan nilai perpaduan terus menjadi asas dalam membentuk masyarakat yang harmoni, saling menghormati dan bersatu hati.
Salam Kebersamaan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا