Unit Pembangunan Insan YNS

Unit Pembangunan Insan YNS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Pembangunan Insan YNS, Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan Jalan Yam Tuan, Seremban.

Unit Pembangunan Insan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) bertanggungjawab menjalankan aktiviti kebajikan berteraskan pendidikan, belia serta mahasiswa di Negeri Sembilan.

02/12/2025

Majlis Penyerahan Bantuan Komputer Riba oleh Yayasan Negeri Sembilan (YNS) telah berlangsung dengan jayanya pada 15 September 2025 bertempat di Mahkota Hills Club House, Bandar Tasik Senangin.
Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohd Asna bin Amin, yang turut menyampaikan komputer riba kepada para penerima sebagai sebahagian daripada inisiatif YNS dalam memperkasa pendidikan dan meningkatkan akses pembelajaran digital kepada pelajar Negeri Sembilan.

YNS akan terus komited menyediakan bantuan yang memberi impak langsung kepada pembangunan insan dan masa depan generasi muda. Semoga bantuan ini memberi sinar baharu kepada para pelajar dalam mengejar aspirasi mereka.

🚨 BANTUAN SARA HIDUP πŸš¨πŸ“’ Berita baik untuk pelajar IPTA & POLITEKNIK dari Negeri Sembilan! Yayasan Negeri Sembilan kini m...
20/11/2025

🚨 BANTUAN SARA HIDUP 🚨

πŸ“’ Berita baik untuk pelajar IPTA & POLITEKNIK dari Negeri Sembilan! Yayasan Negeri Sembilan kini membuka permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH YNS) bagi mereka yang layak. Jangan lepaskan peluang ini!

βœ… Syarat-syarat permohonan:
πŸ“Œ Bermastautin atau bersekolah rendah di Negeri Sembilan selama 6 tahun
πŸ“Œ Pelajar IPTA & POLITEKNIK sepenuh masa
πŸ“Œ Ibu bapa penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) layak memohon
πŸ“Œ Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 golongan (B40)

πŸ“… Permohonan kini dibuka!
πŸ”— Mohon sekarang: www.yns.gov.my
πŸ“ž Hotline: 06-762 8046 / 06-763 142

πŸŽ‰ Tahniah kepada para pelajar Tingkatan 6 Negeri Sembilan yang telah menerima Bantuan Peranti Siswa! πŸ“±πŸŽ“Yayasan Negeri Se...
19/03/2025

πŸŽ‰ Tahniah kepada para pelajar Tingkatan 6 Negeri Sembilan yang telah menerima Bantuan Peranti Siswa! πŸ“±πŸŽ“

Yayasan Negeri Sembilan komited dalam menyokong pendidikan anak-anak negeri ini dengan menyediakan kemudahan peranti bagi memudahkan pembelajaran. Semoga peranti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencapai kejayaan akademik! πŸ’ͺπŸ“š

YB Nicole Tan Lee Koon berbesar hati menyampaikan bantuan komputer riba kepada pelajar-pelajar yang layak di bawah inisi...
13/03/2025

YB Nicole Tan Lee Koon berbesar hati menyampaikan bantuan komputer riba kepada pelajar-pelajar yang layak di bawah inisiatif Yayasan Negeri Sembilan. Bantuan ini bertujuan untuk menyokong pembelajaran digital serta memastikan para pelajar mempunyai akses kepada kemudahan teknologi yang lebih baik.

Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam perjalanan akademik para pelajar menuju kejayaan! πŸŒŸπŸ“š

πŸ“Œ Permohonan masih dibuka! Layari laman web Yayasan Negeri Sembilan untuk maklumat lanjut.

12/03/2025
27/10/2024

Gemas - Showcase Yayasan Negeri Sembilan di program Karnival Pendidikan, keusahawanan dan kerjaya Karnival YUJ anjuran Yayasan Undang Johol di Kompleks Dewan Besar Gemas pada 26 hingga 27 Oktober 2024. Dirasmikan oleh Majlis Perasmian Karnival Pendidikan, Keusahawanan & Kerjaya 2024 yang dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Haji Muhammed Bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Negeri Sembilan Skill Development Centre m...
09/08/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Negeri Sembilan Skill Development Centre menawarkan peluang latihan dan kerjaya kepada graduan diploma elektrik, elektronik dan setaraf dengannya. Sekiranya berminat sila isi form dibawah untuk tindakan lanjut.

πŸ“ŒMula latihan 21 ogos 2023 (PERCUMA)
πŸ“Œ9 pagi - 5 petang
πŸ“Negeri Sembilan Skills Development Centre, Mantin
πŸ“ŒElaun RM 1,200
πŸ“ŒPeluang kerja selepas latihan DIJAMIN

Permohonan dibuka sehingga 13 Ogos 2023 (Ahad)
https://forms.gle/7omReJQN7k6fLYfN6

Selamat menjalankan ibadah berpuasa di bulan ramadan kepada semua umat islam.Semoga mendapat keberkatan dalam menjalanka...
23/03/2023

Selamat menjalankan ibadah berpuasa di bulan ramadan kepada semua umat islam.

Semoga mendapat keberkatan dalam menjalankan ibadah sepanjang bulan ramadan

Seremban, 15/3/2023 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan JPNNS telah d...
21/03/2023

Seremban, 15/3/2023 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan JPNNS telah diadakan sebuah pertemuan di antara Yayasan Negeri Sembilan Bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk membincangkan perancangan dan pelaksanaan Pusat tuisyen Fizikal.

Mesyuarat ini dipengerusi oleh En Anuar (Penolong Ketua Pengarah Kanan) bersama Pn Rozanah (Unit Sains Sosial ) Sejarah dan Pn Ng Aiching (Unit Bahasa). Mewakili Unit Pembangunan Insan Yayasan Negeri Sembilan, En Azis (Pegawai Pendidikan) dan 2 orang kakitangan. Agenda utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan idea membentuk modul pusat tuisyen bagi subjek Sejarah dan BM serta mencadangkan bengkel latihan khas kepada guru-guru dan mewujudkan modul latihan kepada guru.

Semoga hasil dan dapatan daripada mesyuarat ini dapat memberikan solusi ataupun manfaaat terhadap perancangan Unit Pembangunan Insan, Yayasan Negeri Sembilan untuk perlaksanaan pusat tuisyen pada tahun 2023.


Sendayan, 4 Mac 2023 – Dalam menerapkan kesedaran berkenaan kesihatan buah pinggang terhadap masyarakat yang kurang akse...
17/03/2023

Sendayan, 4 Mac 2023 – Dalam menerapkan kesedaran berkenaan kesihatan buah pinggang terhadap masyarakat yang kurang akses terhadap bantuan kesihatan dan memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan buah pinggang secara percuma di Balai Raya Kg Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Program Khidmat Masyarakat Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia ini merupakan terjemahan rasa tanggungjawab Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan, DaVita Malaysia, Kolej Yayasan Negeri Sembilan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Felda Sendayan untuk memastikan penduduk kampung dan komuniti setempat mendapat pemeriksaan kesihatan yang sempurna dan secukupnya seperti masyarakat lain.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Y.B Dr. Zaliha Mustafa.Seramai lebih 500 orang peserta telah menghadiri dan 250 orang telah melakukan pemeriksaan kesihatan yang disediakan secara percuma oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara pengisian dalam program ini adalah pemeriksaan kesihatan, pengenalan menu sihat, pertandingan memasak, pertandingan mewarna serta ceramah berkenaan kesedaran kesihatan buah pinggang.

Besar harapan penganjur agar program ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan buah pinggang dan tindakan pencegahan yang perlu diambil.



Address

Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan Jalan Yam Tuan
Seremban
70000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pembangunan Insan YNS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Unit Pembangunan Insan YNS:

Share