21/09/2026
Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Hari Pertama Pitching Arena: Innovate & Connect sempena URIIS 2026.
21 September 2026, Kuala Lumpur - Sesi hari ini menghimpunkan beberapa rakan venture capital dan industri iaitu Aleonz Consultancy, WhizzbangIdea dan Bintang Capital, dengan penyertaan seramai 33 penyelidik daripada beberapa universiti.
Sepanjang sesi pitching, para peserta berpeluang membentangkan idea, produk dan inovasi masing-masing serta menerima maklum balas secara langsung daripada pihak venture capital.
Antara outcome utama yang diperoleh termasuk pandangan berkaitan pembangunan perniagaan, penentuan hala tuju produk, penambahbaikan idea dan produk, pengukuhan value proposition serta strategi pitching yang lebih berkesan untuk masa hadapan.
Lebih penting, sesi ini menjadi platform yang menghubungkan penyelidik dengan pemain industri dan pelabur, sekali gus membuka ruang kepada networking, validasi pasaran, pembangunan produk, pengkomersialan dan potensi kolaborasi seterusnya.
33 pitchers. Multiple universities. Valuable industry.
Shamsul Bahri Mohd Tamrin Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT Universiti Putra Malaysia Zaidi Tajuddin URIIS Official