Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah

  • Home
  • Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah KOSASS
[Pintar, Harmoni, Cemerlang] Facebook rasmi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Official Facebook for Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

SERDANG, 2026 - Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Penilai...
31/07/2026

SERDANG, 2026 - Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Penilaian Peringkat Kedua Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 28 Julai 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh pelaksanaan budaya kerja berkualiti, cekap dan kondusif selaras dengan amalan EKSA di UPM.

Sesi penilaian telah dilaksanakan oleh dua orang auditor, iaitu Puan Zaidina binti Mohd Daud, Pegawai Sains dari Fakulti Sains, dan Puan Norshahilda binti Md Shahril, Penolong Pendaftar dari Pusat Penerbit. Penilaian ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap kriteria EKSA, di samping mengenal pasti peluang penambahbaikan bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih sistematik, kemas, selamat dan kondusif.

Pihak pengurusan KOSASS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua auditor atas segala pandangan, teguran serta cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan sepanjang sesi penilaian. Ucapan terima kasih juga dizahirkan kepada seluruh warga KOSASS atas komitmen, kerjasama dan dedikasi dalam memastikan pelaksanaan EKSA sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.

Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan kerja berkualiti serta memperkukuh kecemerlangan penyampaian perkhidmatan di KOSASS.

   [SYABAS DAN TAHNIAH]💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS🦅💎Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Warga KOSASS menguc...
31/07/2026



[SYABAS DAN TAHNIAH]

💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS🦅💎

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Warga KOSASS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nurul Hadfina Afande telah dinobatkan sebagai Juara Anugerah Inklusif Putra bagi Anugerah Naib Canselor (ANC) 2026.

Ikuti hebahan kami, follow, like dan share di:

Instagram: https://bit.ly/37gLqNZ
Website: https://bit.ly/3de2esN
Facebook: https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter: https://twitter.com/kosass_upm
YouTube: https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp

Sekian, terima kasih.

“Pintar, Harmoni, Cemerlang”

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2026/2027

   [SYABAS DAN TAHNIAH]💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS🦅💎Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Warga KOSASS menguc...
31/07/2026



[SYABAS DAN TAHNIAH]

💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS🦅💎

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Warga KOSASS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada wakil-wakil KOSASS yang telah berjaya melayakkan diri sebagai Finalis Anugerah Naib Canselor 2026:

1.⁠ ⁠Nurul Izzah Amirul Hakim
-Anugerah Usahawan Putra
2.⁠ ⁠⁠Muhammad Irfan Hakimi
-Anugerah Kelestarian Hijau
3.⁠ ⁠⁠Sarinia A/P Seegar
-Anugerah Kelestarian Hijau
4.⁠ ⁠Nurul Hadfina Afande
-Anugerah Inklusif Putra (OHSEM)
5.⁠ ⁠⁠Pang Khong You
-Anugerah Inklusif Putra (OHSEM)
6.⁠ ⁠⁠Aisyahtulnur Thuraya Armanshah
-Anugerah Kepimpinan Fakulti

Ikuti hebahan kami, follow, like dan share di:
Instagram: https://bit.ly/37gLqNZ
Website: https://bit.ly/3de2esN
Facebook: https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter: https://twitter.com/kosass_upm
YouTube: https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp

Sekian, terima kasih.

“Pintar, Harmoni, Cemerlang”

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2026/2027

Program USIC 2026 Tingkat Kesedaran Mahasiswa Terhadap Pemuliharaan Alam SekitarPulau Redang, Terengganu – Program Usaha...
16/07/2026

Program USIC 2026 Tingkat Kesedaran Mahasiswa Terhadap Pemuliharaan Alam Sekitar

Pulau Redang, Terengganu – Program Usahawan Siswa Island Care (USIC) 2026 berjaya dilaksanakan dengan jayanya selama tiga hari dua malam di Pulau Redang, sekali gus memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan ekosistem marin.

Menurut Pengarah Program, Sharul Lokman, penganjuran USIC 2026 bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa terhadap kepentingan menjaga alam sekitar, khususnya hidupan marin seperti penyu. Selain itu, program ini turut menerapkan nilai kepimpinan, kesukarelawanan, kerja berpasukan dan tanggungjawab sosial, di samping mengeratkan hubungan antara mahasiswa, komuniti setempat serta rakan strategik.

Pulau Redang dipilih sebagai lokasi penganjuran kerana terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta kekayaan biodiversiti marin. Kehadiran kawasan konservasi penyu yang aktif menjadikan p**au ini lokasi yang sesuai untuk memberi pengalaman pembelajaran secara langsung kepada peserta berkaitan usaha pemuliharaan alam sekitar.

Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti pelbagai aktiviti seperti CSR pembersihan pantai (Beach Clean-Up), sesi pendidikan mengenai pemuliharaan penyu, lawatan ke kawasan konservasi penyu, aktiviti menggali kawasan penetasan anak penyu bersama pihak pengurusan konservasi, selain aktiviti pembangunan sahsiah, kerja berpasukan dan sesi refleksi.

Walaupun berdepan sedikit perubahan jadual akibat faktor cuaca dan perjalanan bot, keseluruhan program berjaya dilaksanakan mengikut perancangan hasil kerjasama erat antara jawatankuasa, peserta, pihak resort, pengusaha bot dan rakan strategik.

Program ini turut memberi impak positif kepada peserta dengan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah. Selain memperoleh pengetahuan mengenai usaha konservasi penyu, peserta juga berjaya mengembangkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan semangat kesukarelawanan. Pada masa yang sama, program ini membantu menyokong usaha komuniti setempat dalam meningkatkan kesedaran terhadap kebersihan pantai dan pemuliharaan hidupan marin.

Mengulas mengenai cabaran penganjuran, Sharul Lokman berkata antara cabaran utama sebelum program ialah penyelarasan jadual peserta, urusan kelulusan, penajaan dan logistik. Semasa program p**a, jawatankuasa perlu mengurus perubahan jadual akibat cuaca serta memastikan keselamatan peserta sepanjang aktiviti dijalankan. Selepas program, fokus diberikan kepada penyediaan laporan, dokumentasi dan tuntutan kewangan.

Beliau menjelaskan bahawa segala cabaran tersebut berjaya diatasi melalui perancangan yang rapi, komunikasi yang berkesan serta penyediaan pelan alternatif bagi menghadapi sebarang situasi di luar jangkaan. Semangat kerjasama daripada semua pihak menjadi faktor utama kejayaan penganjuran program.

Sambutan yang diterima daripada peserta juga amat memberangsangkan apabila mereka memberikan komitmen tinggi dan mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kerjasama baik daripada pihak resort, pengusaha bot serta pusat konservasi penyu turut memastikan semua pengisian program berjalan dengan lancar.

Mengakhiri temu bual, Sharul Lokman melahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan pelaksanaan Program USIC 2026. Beliau berharap program ini dapat diteruskan sebagai program tahunan dengan penyertaan yang lebih ramai daripada mahasiswa, penaja dan rakan strategik supaya manfaatnya dapat diperluaskan. Beliau turut berharap USIC akan terus menjadi platform yang melahirkan mahasiswa berjiwa sukarelawan, berdaya kepimpinan serta mempunyai kesedaran tinggi terhadap kelestarian alam sekitar.

15/07/2026
SERDANG, 2026 – Malam Apresiasi Semai Budi (MASEB) 2026 berjaya dianjurkan dengan penuh gilang-gemilang di Cyber Glass H...
15/07/2026

SERDANG, 2026 – Malam Apresiasi Semai Budi (MASEB) 2026 berjaya dianjurkan dengan penuh gilang-gemilang di Cyber Glass Hall sebagai simbol penghargaan kepada pelajar tahun akhir Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).

Majlis disempurnakan oleh Tan Sri Dato' Sri Haji Mazlan bin Lazim, Presiden Persatuan PALAPES Universiti Putra Malaysia (UPM) menghimpunkan barisan pengurusan universiti, tetamu kehormat, alumni serta warga KOSASS dalam meraikan jasa dan pengorbanan pelajar tahun akhir.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Izzul Hafiz bin Zulkhibri, MASEB 2026 membawa slogan "Gema Tradisi, Nuansa Klasik", yang melambangkan penghargaan terhadap kenangan dan nilai yang telah dibina sepanjang kehidupan di kampus. Konsep klasik yang
diketengahkan menjadi simbolik penutup perjalanan bermakna para pelajar tahun akhir, disamping mengekalkan tradisi KOSASS iaitu "Datang Bersambut, Pulang Berhantar".

Pada malam penuh bermakna itu, Amirul Irfan bin Zamry Fareed dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bakti Dikenang bagi kategori Permata KOSASS atas kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah.

Suasana majlis di Cyber Glass Hall p**a cukup meriah dengan dekorasi bertemakan klasik yang mewujudkan suasana
elegan, eksklusif dan penuh nostalgia. Kehadiran tetamu kehormat, barisan eksekutif serta pelajar tahun akhir menambahkan lagi seri sambutan pada malam tersebut.

Kerjasama erat daripada semua penaja telah menyumbang kepada kejayaan MASEB 2026 sebagai sebuah majlis penghargaan
yang bermakna dan berprestij buat warga KOSASS. Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malik Streams Corporation Sdn. Bhd., Segastia Sdn. Bhd., ASBA Architect Sdn. Bhd., Suria Katering Sdn. Bhd., Kelab Projek
Gempur Tani KOSASS, Perunding Abadi Sdn. Bhd., Raja Udang Mini Mart, Ayra Afeeya Kitchen, Meranti Marshal Sdn. Bhd., Alumni KOSASS Kelas 2024, Alumni KOSASS Kelas 2025, Ashima Setia Enterprise, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, dan Zuraidawati
Enterprise atas sumbangan serta sokongan yang diberikan.

Mengulas kejayaan program, Muhammad Izzul Hafiz melahirkan rasa syukur dan bangga atas komitmen seramai 265 orang eksekutif bersama 33 orang pelajar tahun akhir yang bertungkus-lumus menjayakan MASEB 2026. Beliau berharap program ini akan terus menjadi platform menghargai jasa warga KOSASS serta diperkasakan melalui perancangan yang lebih sistematik, kerjasama yang lebih erat dan pengurusan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bertemu lagi di MASEB nanti.

   [SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2025/2026]💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS 🦅💎Assalamualaik...
12/07/2026



[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2025/2026]

💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS 🦅💎

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 sesi 2025/2026 kepada semua pelajar.

Diharapkan anda semua dapat menjawab dengan tenang dan yakin sepanjang tempoh peperiksaan.

Semoga Berjaya!

Ikuti hebahan kami, follow, like dan share di

Instagram: https://bit.ly/37gLqNZ
Website: https://bit.ly/3de2esN
Facebook: https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter: https://twitter.com/kosass_upm
YouTube: https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2026/2027

JIWA PUTRA @ KOSASS Perkasa Komuniti Prospek Melalui Pertanian dan KeusahawananSERDANG, 2025–2026 – Program Jiwa Putra @...
11/07/2026

JIWA PUTRA @ KOSASS Perkasa Komuniti Prospek Melalui Pertanian dan Keusahawanan

SERDANG, 2025–2026 – Program Jiwa Putra @ KOSASS: Program Khidmat Masyarakat Penglibatan Komuniti Prospek dalam Pertanian telah berjaya dilaksanakan sebagai inisiatif pemerkasaan komuniti melalui perkongsian ilmu dan latihan praktikal dalam bidang pertanian, penternakan serta keusahawanan. Program ini dianjurkan oleh Kelab Projek Gempur Tani KOSASS (PGTK) bersama Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) KOSASS dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa UPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Jabatan Penjara Malaysia, Pusat Pertanian Putra (PPP) serta Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).

Program ini melibatkan 20 orang fasilitator, 2 orang panel penceramah dan 10 orang komuniti prospek daripada Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang. Sebanyak enam modul telah dilaksanakan, merangkumi pembuatan Effective Microorganisms (EM), penanaman buah naga, pengurusan ternakan ayam Saga, penyembelihan ayam, pembuatan kompos dan pembajaan pokok, penetasan telur ayam serta penghasilan produk berasaskan buah naga dan ayam.

Penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti prospek terhadap kemahiran pertanian moden, penternakan dan pemprosesan makanan sebagai persediaan untuk meningkatkan kebolehpasaran, menjana pendapatan serta menyokong proses reintegrasi mereka ke dalam masyarakat. Selain itu, program ini turut menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan ilmu, mengukuhkan semangat kesukarelawanan dan memupuk tanggungjawab sosial melalui khidmat komuniti.

Impak program ini dapat dilihat melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang pertanian serta penghasilan produk bernilai tambah yang berpotensi dikembangkan sebagai sumber pendapatan. Di samping itu, kerjasama strategik antara universiti, agensi kerajaan dan komuniti telah memperkukuhkan jaringan kolaborasi dalam usaha membangunkan masyarakat yang lebih berdaya saing.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai peserta dan rakan strategik agar manfaat ilmu, kemahiran serta peluang keusahawanan dapat diperluaskan, sekali gus menyokong pembangunan komuniti yang mampan dan memperkukuh peranan universiti sebagai agen perubahan masyarakat.

   [TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BARISAN MPK KOSASS SESI 2026/2027]💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS 🦅💎Assalamualaikum ...
11/07/2026



[TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BARISAN MPK KOSASS SESI 2026/2027]

💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS 🦅💎

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) sesi 2026/2027 di atas pelantikan anda.

Selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh komitmen dan integriti, serta meneruskan legasi kecemerlangan kolej.

Selamat Maju Jaya!

Ikuti hebahan kami, follow, like dan share di

Instagram: https://bit.ly/37gLqNZ
Website: https://bit.ly/3de2esN
Facebook: https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter: https://twitter.com/kosass_upm
YouTube: https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2026/2027

   [TERIMA KASIH BARISAN MPK KOSASS SESI 2025/2026]💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS 🦅💎Assalamualaikum dan selamat ...
11/07/2026



[TERIMA KASIH BARISAN MPK KOSASS SESI 2025/2026]

💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS 🦅💎

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Warga KOSASS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) sesi 2025/2026 di atas komitmen dan sumbangan cemerlang anda semua sepanjang sesi ini.

Kepimpinan dan usaha gigih anda dalam memastikan kecemerlangan dan kebajikan kolej amat dihargai.

Ikuti hebahan kami, follow, like dan share di

Instagram: https://bit.ly/37gLqNZ
Website: https://bit.ly/3de2esN
Facebook: https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter: https://twitter.com/kosass_upm
YouTube: https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2026/2027

Address


43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah:

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed University?

Share