15/02/2026
Pameran dan Peragaan Pelajar Tahun Akhir
Program Sarjana Muda Seni Reka Teknologi Barang Kemas
Aurelian 2026 telah berlangsung dengan penuh jayanya, cemerlang dan menerima sambutan luar biasa dengan kehadiran penuh sehingga ke akhir majlis di GMBB Kuala Lumpur pada 14 Feb 2026.
Terima kasih diucapkan kepada para pelajar, pensyarah dan alumni atas komitmen serta dedikasi yang diberikan dalam menjayakan program ini. Penghargaan turut dirakamkan kepada rakan industri yang hadir memberikan sokongan penuh, antaranya, Nuwa Pierre , Bank Negara Malaysia, Institut Kraf Negara (IKN), HABIB, SMS DEEN Jewellers, GB GOLD Malaysia, Akademi Emas Malaysia. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan amat bermakna dalam memperkukuh hubungan antara akademia dan industri.
Pameran turut diserikan dengan koleksi barang kemas terpilih dari pelajar Diploma Seni Reka Logam Halus Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Uitm Cawangan Kelantan.
Ribuan terima kasih kepada para penaja Kedai Emas Azirul, Romah Kahwin Satu, HSDO Hairstylist, Vida Drink, Rezqwe Jewellery, Enaasaief Florist, dan Pro Service. Penghargaan khas kepada En. Irfan Ali di atas pengacaraan majlis yang profesional dan berwibawa.
Semoga Program Seni Reka Teknologi Barang Kemas terus melakar kecemerlangan dan melahirkan graduan yang kompeten, inovatif dan berdaya saing.
ADuitm Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi