11/08/2020
Memperingati jasa seorang wira negara, Rjr Monir bin Edi. Anak beliau kini seorang Perajurit Muda PSSTLDM di PSTL Kuching.
Ahoy! Bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan 2020 yang lalu, PSTL Kuching ingin mengetengahkan seorang Wira berdarah Sarawak yang pernah mempertarungkan nyawa dari ancaman anasir luar dan mempertahankan kedaulatan negara.
Allahyarham Rjr 929424 Monir Bin Edi, arwah bapa kepada salah seorang anggota PSSTLDM Kuching, 8010185 Pt. M Sahrul Azzahar Bin Monir pernah berkhidmat sebagai 42 Commando, The Royal Marines Guide Interpreter di Era Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1962-1966.
Hasil daripada kepakaran yang banyak membantu, beliau telah diberikan pengiktirafan. Menurut satu dokumen yang pernah dikeluarkan The Royal Marines, menyatakan bahawa ;
βMonir Bin Edi bertugas di sini sebagai penterjemah.
Semasa di sini, saya amat berpuas hati dengan kerja beliau.
Beliau sesuai untuk diberikan amanah dalam menjalankan sebarang tugas.
Beliau lama bekerja secara berkump**an, menunjukkan hasil standard yang tinggi bila berhadapan dengan pengganas Indonesia.
Saya mengesyorkan beliau ke jawatan Konstabel Sarawak (Polis Sarawak) memandangkan beliau telah lama bertugas dan berpengalaman luas dalam Perkhidmatan Konstabel.β
3rd Troop, Kilo (K) Company
The Royal Marines
3 Mei 1966
Pada tahun 1967 hingga 1977, Allahyarham telah diserap ke pasukan 2nd Ranger Regiment, juga pernah dikenali sebagai Sarawak Ranger dan menumpahkan khidmat bakti sebagai Delta (D) Company Runner di kawasan kep**auan Sabah dan sekitarnya. Kemudian, dari tahun 1977 hingga 1979 p**a, Allahyarham menganggotai Pasukan Simpanan yang boleh dikerah, pada bila-bila masa sahaja.
Pelbagai pertempuran telah dilalui sepanjang Era Konfrontasi Indonesia-Malaysia, antaranya adalah pertempuran dengan Angkatan Siliwangi dan Paraku (The North Kalimantan Communist Party). Allahyarham juga pernah bertempur dari kawasan Sematan sehingga ke kawasan tengah Sarawak - Kanowit.
Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah dizahirkan kepada Allahyarham yang telah berkhidmat dalam masa darurat dan menentang pengganas komunis.
Terima kasih atas jasa dan pengorbanan, Allahyarham Rjr 929424 Monir Bin Edi.
al-Fatihah.
Sumber :
Perajurit Muda Sahrul Azzahar Bin Monir, PSTL Kuching
Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Markas Pemerintahan Armada Timur
Markas Wilayah Laut 2
PLAS TLDM Politeknik Kuching Sarawak