02/08/2025
[MAJLIS NUQABA' UniSHAMS]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِ مُحَمَّدٍ
Assalamualaikum wbt,
Majlis Nuqaba’ menyeru seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk mengambil peluang menyertai Program Bakti Siswa Kedah 2.0, sebuah inisiatif anjuran Kerajaan Negeri Kedah yang memberi ruang kepada mahasiswa mahasiswi untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
📍 Seluruh 36 DUN Negeri Kedah
📅 27 Ogos – 2 September 2025
Penyertaan ini bukan sahaja memberi pengalaman bermakna dalam aktiviti kemasyarakatan, malah dapat memupuk semangat kesukarelawanan dan cinta akan negeri tercinta.
Jom jadi sebahagian daripada gerakan mahasiswa yang cakna dan peduli!
Ikuti media sosial kami untuk perkembangan terkini:
https://www.instagram.com/majlisnuqaba_unishams
تربية دڤركاس، بيئة صالحه ترڤليهارا
تعارف | تفاهم | تكافل
______________________________
مجليس نقباء يونيشامس تاهون ٢٠٢٥
يونيۏرسيتي اسلام انتارابڠسا سلطان
عبدالحليم معظم شاه (يونيشامس)