27/08/2026
๐ฟ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐ฅ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ทโโ๏ธ๐ทโโ๏ธ
๐
26 Ogos 2026
๐ SMK FELDA Besout
Program Kenali Alam Jurutera 2026 telah berlangsung dengan jayanya di SMK FELDA Besout, sebagai satu platform untuk memperkenalkan bidang kejuruteraan serta laluan pendidikan TVET kepada para pelajar.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Haji Razali Bin Johari, serta turut dihadiri oleh:
๐ Dr. Nazratulhuda Binti Awang @ Hashim
Timbalan Pengarah Akademik (TPA), PSAS
๐ Muhamad Adha Bin Shamdin @ Shamsuddin
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), PSAS
๐ซ Puan Haryati Binti Hashim
Pengetua SMK FELDA Besout
๐ท Ts. Azmi Mohamad
Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, PSAS
Program ini memberi peluang kepada para pelajar SMK FELDA Besout untuk mengenali dengan lebih dekat bidang-bidang kejuruteraan yang ditawarkan di PSAS, antaranya:
๐๏ธ Kejuruteraan Awam
๐ Ukur Bahan
โก Kejuruteraan Elektrik
๐ข Perkhidmatan Bangunan
โ๏ธ Kejuruteraan Mekanikal
Selain memberikan pendedahan berkaitan bidang kejuruteraan, program ini turut membuka ruang kepada para pelajar untuk meneroka potensi diri, mengenali laluan pendidikan TVET, serta membina keyakinan dalam memilih bidang kejuruteraan sebagai pilihan pengajian dan kerjaya pada masa hadapan.
๐ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK FELDA Besout atas kerjasama, sokongan dan sambutan yang diberikan dalam menjayakan Program Kenali Alam Jurutera 2026.
kuti kami di media sosial:
๐ฑ TikTok :
โถ๏ธ YouTube : UKHK JKA PSAS
๐ธ Instagram :
๐ Facebook : JKA PSAS