Kursus Pendek Kolej Komuniti Nibong Tebal

Call

Kursus Pendek Kolej Komuniti Nibong Tebal Kolej Komuniti Nibong Tebal menawarkan pelbagai kursus pendek yang dijalankan setiap sabtu dan ahad.

10/10/2026
πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ π“π€π‡π…πˆπ™ ππ„π‘πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π: 𝐓𝐕𝐄𝐓 π“π€π‡π…πˆπ™ πŸπŸŽπŸπŸ” β€” πŒπ‚π’π€ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π ππ€π‘πˆπ’π“π€10 Oktober 2026 β€” Kolej Komuniti Ni...
10/10/2026

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ π“π€π‡π…πˆπ™ ππ„π‘πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π: 𝐓𝐕𝐄𝐓 π“π€π‡π…πˆπ™ πŸπŸŽπŸπŸ” β€” πŒπ‚π’π€ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π ππ€π‘πˆπ’π“π€

10 Oktober 2026 β€” Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) meneruskan komitmennya dalam memperluas akses pendidikan dan latihan kemahiran menerusi penganjuran kursus TVET Tahfiz 2026: MCSA Perkhidmatan Barista yang melibatkan pelajar Akademi Tahfiz Mutiara (ATM). Kursus yang dijadualkan pada 10, 11 dan 17 Oktober 2026 ini membuka ruang kepada pelajar tahfiz untuk meneroka kemahiran dalam bidang perkhidmatan makanan dan minuman.

Sesi pertama pada hari ini memfokuskan kepada Modul 1: Pengenalan kepada Barista Service. Melalui pendekatan β€œFarm to Cup”, para peserta diberi pendedahan tentang perjalanan kopi dari ladang hingga ke cawan, merangkumi asal usul kopi, struktur buah kopi serta perbezaan jenis kopi Arabica, Robusta dan Liberica.

Sesi ini dikendalikan oleh Encik Muhd Aminuddin Azizan selaku Tenaga Pengajar, dengan sokongan Puan Zarith Sofia binti Rahim sebagai Pembantu Tenaga Pengajar merangkap Fasilitator. Pelaksanaan program turut diselaraskan oleh Puan Norlia binti Md Bidi selaku Penyelaras PSH dan Puan Norain @ Fauzana binti Mohd Bokori sebagai Penyelaras PISH.

Sepanjang sesi pengenalan ini, peserta turut didedahkan kepada asas pengekstrakan espresso, peranan susu dalam penyediaan minuman serta kepentingan penyimpanan biji kopi bagi mengekalkan kualiti. Penekanan turut diberikan kepada etika dan tanggungjawab barista, pengendalian peralatan, kebersihan, keselamatan serta aliran kerja yang cekap dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Inisiatif ini diharap dapat melengkapkan pelajar tahfiz dengan kemahiran tambahan yang bermanfaat, membina keyakinan diri serta membuka laluan kepada peluang kerjaya dan keusahawanan. Sesi pembelajaran akan diteruskan pada 11 dan 17 Oktober 2026 bagi memperkukuh pengetahuan serta kemahiran peserta dalam bidang perkhidmatan barista.

β˜• Membina kemahiran, menyemai potensi, memperkasa generasi tahfiz!






🌸✨ JOM KUASAI KEMAHIRAN REFLEKSOLOGI! ✨🌸Nak belajar teknik Refleksologi Kaki & Tangan dengan cara yang betul dan praktik...
05/09/2026

🌸✨ JOM KUASAI KEMAHIRAN REFLEKSOLOGI! ✨🌸

Nak belajar teknik Refleksologi Kaki & Tangan dengan cara yang betul dan praktikal? 🦢🀲 Inilah peluang untuk anda menambah ilmu, kemahiran dan keyakinan yang boleh dimanfaatkan untuk diri sendiri atau sebagai peluang menjana pendapatan! πŸ’°

πŸ“… 13 SEPTEMBER 2026 (AHAD)
⏰ 8.30 pagi sehingga 4.30 petang
πŸ“ Kolej Komuniti Nibong Tebal
πŸ’° Yuran hanya RM150
πŸ‘₯ Terhad 15 peserta sahaja – Lelaki & Wanita

🌹 Jangan tunggu lama! Tempat TERHAD!

πŸ“² Berminat? Hubungi CIKGU IDA – 017-388 0821
www.wasap.my/60173880821/REFLEXSIOLOGITANGANKAKI

✨ Ilmu Bermanfaat β€’ Diri Sihat β€’ Rezeki Berkat ✨

🌱 **KURSUS ASAS HIDROPONIK** 🌱Alhamdulillah, telah berlangsung Kursus Asas Hidroponik yang memberikan pendedahan secara ...
23/08/2026

🌱 **KURSUS ASAS HIDROPONIK** 🌱

Alhamdulillah, telah berlangsung Kursus Asas Hidroponik yang memberikan pendedahan secara teori dan amali berkaitan kaedah penanaman hidroponik serta pengurusan tanaman secara praktikal. πŸŒΏπŸ’§

Peserta turut berpeluang mempelajari teknik asas hidroponik secara terus di kebun, di samping berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang pertanian bandar. Aktiviti ini bukan sahaja menambah pengetahuan, malah dapat memupuk minat terhadap amalan pertanian yang lebih lestari dan mesra alam. πŸŒ±β™»οΈ

πŸ“š Pengajar: Puan Zuranaton binti Manap
πŸ‘©β€πŸ« Pembantu Tenaga Pengajar: Puan Rozarina binti Ruslan
πŸ“ Tempat: Kebun Bandar Taman Markisah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
πŸ“… Tarikh: 23 Ogos 2026

✨ Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan seterusnya menggalakkan amalan pertanian bandar yang mampan.

πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πŠπ”π‘π’π”π’ π‘π„π“πŽπ‘π“ππ‘π„ππ„π”π‘: πŒπŽπƒπ”π‹ πŸ” πŒπ„π‹π„ππ†πŠπ€ππŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 πŒπ„ππ„π‘π€π‰π” πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ ππ„π‘πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π16 Ogos 2026 β€” Kolej K...
16/08/2026

πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πŠπ”π‘π’π”π’ π‘π„π“πŽπ‘π“ππ‘π„ππ„π”π‘: πŒπŽπƒπ”π‹ πŸ” πŒπ„π‹π„ππ†πŠπ€ππŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 πŒπ„ππ„π‘π€π‰π” πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ ππ„π‘πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π

16 Ogos 2026 β€” Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) meneruskan usaha memperkasa usahawan tempatan menerusi penganjuran PUB: Kursus Retortpreneur – Modul 6: Pemasaran Menggunakan Teknologi Digital & Kecerdasan Buatan (AI) bagi Penghasilan Poster dan Video yang berlangsung dengan jayanya hari ini.

Program Upaya Bakat (PUB) di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ini merupakan kesinambungan daripada Modul 5 yang memberi tumpuan kepada penghasilan sos menggunakan teknik pengawetan makanan serta pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang. Menerusi Modul 6, para peserta didedahkan kepada strategi pemasaran digital yang kreatif dan berkesan bagi meningkatkan daya tarikan, keterlihatan serta potensi pasaran produk masing-masing.

Sesi latihan berimpak tinggi ini dikendalikan oleh Tenaga Pengajar Luar yang berpengalaman, Encik Fahmi Ahmad, dengan sokongan fasilitator, Puan Zarith Sofia Rahim, serta diselaraskan oleh Penyelaras PSH, Puan Norlia Md Bidi.

Sepanjang sesi latihan, peserta dibimbing secara praktikal dalam menghasilkan bahan promosi berbentuk poster dan video dengan memanfaatkan pelbagai aplikasi digital serta teknologi AI. Peserta turut mempelajari asas reka bentuk visual, penyediaan kandungan pemasaran, penulisan ayat promosi, penghasilan imej yang menarik dan penyuntingan video pendek yang sesuai digunakan di platform media sosial.

Pendekatan latihan secara amali memberi peluang kepada peserta untuk meneroka teknologi terkini dan menghasilkan sendiri bahan pemasaran yang lebih profesional, kreatif serta bersesuaian dengan identiti produk. Kemahiran ini amat penting dalam membantu usahawan Retortpreneur memperluas capaian pelanggan dan mempromosikan produk secara lebih strategik dalam pasaran digital yang semakin kompetitif.

Inisiatif berterusan KKNT ini diharapkan dapat melahirkan usahawan komuniti yang bukan sahaja mahir dalam penghasilan produk makanan berkualiti dan selamat, malah berkeupayaan memanfaatkan teknologi digital serta AI untuk membina jenama, meningkatkan jualan dan mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, tenaga pengajar, fasilitator serta pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Retortpreneur Modul 6 ini!












15/08/2026
Nama Kursus : ASAS HIDROPONIKTarikh cadangan : 23 Ogos 2026Masa kursus : 9am-12:30pmBil sasaran peserta : 10-20 (max)Yur...
06/08/2026

Nama Kursus : ASAS HIDROPONIK

Tarikh cadangan : 23 Ogos 2026
Masa kursus : 9am-12:30pm
Bil sasaran peserta : 10-20 (max)
Yuran : RM75/peserta
Tempat: KEBUN BANDAR TAMAN MARKISAH
22 Lorong Markisah 20
Tmn Markisah
14000 Bkt Mertajam

Tentative
1. Pengenalan kepada sistem hidroponik
2. Cara membuat bekas hidroponik menggunakan bekas-bekas terbuang
3. Cara membancuh air baja tanpa meter
4. Cara menyemai anak pokok/biji benih dalam takung hidroponik
βœ…Bonus: melawat kebunbandar aquaphonik (tilapia/Keli/ lobster air tawar ) Dan kebunbandar fertigasi, tanaman anggur fertigasi Dan stroberi hidroponik NFT dan banyak lagi
βœ…Jamuan ringan Di sediakan
βœ…Para peserta bawa balik takung Dan penutup ( #4), pekatan baja A dan B serta biji benih dan keratan anak
pokok
GROUP : https://chat.whatsapp.com/C5PPzaZXgHM4G9IuFS80c0

πŸ“’ HEBAHAN KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL (KKNT)Assalamualaikum dan salam sejahtera.Jemputan kepada semua warg...
04/08/2026

πŸ“’ HEBAHAN KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL (KKNT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jemputan kepada semua warga komuniti untuk menyertai Kursus Pendek Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) yang menawarkan pelbagai kursus menarik, praktikal dan bermanfaat.

✨ Antara kelebihan menyertai kursus:
βœ… Terbuka kepada orang awam.
βœ… Yuran yang berpatutan (tertakluk kepada kursus).
βœ… Tenaga pengajar yang berpengalaman.
βœ… Sijil penyertaan disediakan.
βœ… Menambah pengetahuan dan kemahiran serta membuka peluang menjana pendapatan.

πŸ“Œ Hebahan kursus terkini akan dikongsikan dari semasa ke semasa di kumpulan ini.

πŸ“ž Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi pihak Urus Setia Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Nibong Tebal : 045082284

Jom tingkatkan kemahiran bersama KKNT. Sertai kursus yang diminati dan manfaatkan peluang pembelajaran sepanjang hayat!

Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
Kolej Komuniti Nibong Tebal

Terima kasih atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang diberikan. Jom sertai pelbagai kursus pendek menarik anjuran Kol...
04/08/2026

Terima kasih atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang diberikan. Jom sertai pelbagai kursus pendek menarik anjuran Kolej Komuniti Nibong Tebal dan tingkatkan kemahiran bersama kami!

Address

NO 2 Jalan TASEK SS1
Simpang Ampat
14120

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+6045082284

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kursus Pendek Kolej Komuniti Nibong Tebal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share